Jan 14, 2013
PEMUDA UMNO PASIR GUDANG MERAPU 1MALAYSIA
UMNO pasir gudang telah menaikkan banner tertulis'CHANGE YES WE CAN'dalam terjemaah bahasa melayunya 'BERUBAH KITA MAMPU'disetiap tiang-tiang lampu kawasan plentong.Banner yang dinaikan itu atas nama Pemuda Umno pasir gudang telah menimbulkan rasa keliru dan loya penduduk setiap kali memandangnya.
Mana tidaknya tulisan tersebut tidak mengambarkan sikap sebenar mereka.kebarangkalian mereka sudah terdesak dan tiada apa yang nak ditawarkan untuk dipemsembahkan kepada masyarakat pasir gudang.Malah sikap mereka yang selama ini sudah diketahui amat buruk KPI nya.
Pemuda Umno pasir gudang jika dinilai tiada sedikitpun atau tiada langsung peranan di dalam Masyarakat di pasir gudang.Tiada usaha membantu serta melakukan kerja-kerja kemasyarakat adapun hanya program bermusim.Ketua pemudanya tiada diketahui hala-tujunya sekira dibandingkan dengan ketua pemuda UMNO Johor bahru saudara khalid Muhammad yang kian menonjol kepimpinannya.Mungkin sudah menjadi setiausaha menteri kabinet jadi yang lain hanya remeh temeh baginya.
Hanya satu sahaja peranan mereka yang amat menonjol ialah menganggu ceramah pakatan rakyat.Ceramah pakatan yang diadakan baik yang ada permit hinggakan yang diadakan di restaurant tidak terlepas dari diganggu.
Satu insiden berlaku di ceramah timbalan presiden PAS MAT SABU di taman Air biru apabila gerombolan pencacai pemuda UMNO dihantar menganggu ceramah dan telah dibelasah oleh hadirin hingga salah seorang dari mereka kepalanya berjahit gara-gara menbakar bendera dan melakukan provokasi.itu belum lagi kisah berlaku di serata tempat ceramah lain.
Itulah saja kerja rutin mereka atau mereka namakan kerja politik parti mereka selain menyebarkan fitnah.Macammana nak mendapat sokongan sekiranya kerja yang tidak bertamadun dan berfeadah dilakukan.Tiada kelas langsung,pemikiran suku abad yang ditunjukkan padahal sekarang sudah menuju era milemium.
Apa yang penulis perhatikan pada ayat-ayat yang ditulis itu,satu persoalan timbul di kotak pemikiran penulis.BERUBAH KITA MAMPU...APA YANG NAK DIUBAHKAN???UMNO BN sudah memerintah sejak merdeka,sudah mencapai 53 tahun..masa yang cukup lama, berubah untuk apa lagi?sepatuhnya ayat UBAH itu tiada dalam kamus perjuangan asobiyyah mereka.
Tapi yang pasti kita akan UBAHkan kerajaan UMNO BN kepada kerajaan PAKATAN RAKYAT pada PRU13 dan kita akan tumbangkan UMNO BN dan sekutunya di parlimen PASIR GUDANG nanti.
abusiraj alumner
setiausaha PAR permas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment