Tindakan drastik dan berani jentera UMNO pasir gudang yang memboikot dengan menutup bilik gerakan gara-gara kecewa dengan janji yang ditaburkan oleh Menteri besar Johor akhirnya mendapat amaran keras dari ketua penerangan UMNO Malaysia Ahmad maslan.
Ahmad Maslan memberi amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang sambil berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum.katanya lagi kepada sesiapa yang hendak buat cerita boikot ini, tidak ada tempat untuk mereka dalam Umno, pergilah cari NGO lain.
Kenyataan Ahmad Maslan ini sudah cukup mengerunkan jentera UMNO pasir gudang serta penyokong tegarnya.Penulis merasakan isu ini memang sudah dijangka dapat diselesaikan dengan mudah.sketsa wayang sebenarnya ditunjukan bagi mengaburi mata sekelian penduduk setinggan agar kelihatan parti keramat melayu tertua ini membela mereka.
lebih-lebih lagi yang bersuara lantang itu adalah pemimpin cawangan yang perlu diberi makan atau menunggu habuan atas kelantangan itu.Tunggu sahaja seketika masa lagi apabila habuan sudah dalam gengaman maka suara dalam anak tekak pun sudah kehilangan.begitulah amalan pencacai UMNO dulu,kini dan selamanya.
Walauapapun andaian penulis namun penghujung sketsa UMNO pasir gudang tetap akan kita saksikan natijahnya.Adakah mereka akan terus melakukan tindakan mereka itu tanpa menghiraukan amaran Ahmad Maslan.Pilihan bagi mereka samada bersama UMNO atau bersama
RAkyat.
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
No comments:
Post a Comment