Jan 30, 2013
DERITA SEORANG IBU TUNGGAL
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.derita yag ditanggung hanya Allah saja yang mengetahui.begitulah pepatah yang mengambarkan betapa pilunya saat-saat kehidupan yang ditempuhi oleh seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri.Dalam usia yang amat muda tidak seperti anak remaja yang lain,bisa aktif dengan kegiatan sukan dan pelajaran tetapi takbir sudah menentukan anaknya terlantar sakit dan perlu perhatian dan penjagaan darinya.
Hasil maklumat dari insan yang perihatin yang telah memaklumkan kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) permas mengenainya,pagi tadi penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah bersama pengerusi lujnah kebajikan PAS kawasan pasir gudang saudara Aziz Abdullah dan setiausaha PAR abusiraj almuner turun padang melawat serta melihat sendiri remaja yang malang itu dirumah sewa mereka di Taman Mawar.
Menurut ibunya Normah Rami 40 tahun,anaknya Mohd Nor Izeham bin Abdul Hamid yang berusia 16 tahun telah mengidap penyakit misteri semenjak 2 tahun lalu.keadaannya bertambah buruk akhir-akhir ini dan terpaksa terlantar dikatil dan tidak mampu untuk bergerak.Sejak mula mengidap penyakit itu,beliau hanya membawa anaknya mendapat rawatan secara tradisional.setelah keadaannya bertambah teruk barulah dirujuk ke hospital pakar di pasir gudang dan pakar perubatan hospital tersebut katanya telah mengambil contoh darahnya.
Puan Normah Rami berkata anak sulung beliau juga mengidap penyakit yang sama tetapi telah meninggal dunia setahun yang lalu.Beliau seorang ibu tunggal sejak 15 tahun telah berhenti berkerja dan menumpang dirumah ibunya.katanya lagi beliau bergantung kehidupan kepada Ibunya yang menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan hasil menjual kerepek disekitar pasir gudang.
Penyelia PAR permas Syed Othman berkata PAR amat perihatin dengan nasib yang menimpa puan Normah dan akan membantu sedaya upaya bagi memastikan mereka sekeluarga dapat dibantu seadanya.
Aziz Abdullah pengerusi lujnah kebajikan pas pasir gudang juga berkata beliau akan memberi bantuan untuk ibu puan Normah bagi membolehkannya mengusahakan perniagaan kerepek bagi menyara mereka sekeluarga.
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment