Jan 1, 2013

SUMBANGAN UNTUK KAMPUNG PASIR GUDANG BARU...DARI PAR PERMAS DAN PAS PASIR GUDANG

Program kebajikan Pusat Aduan Rakyat (PAR) permas dengan kerjasama lujnah kebajikan Pas kawasan pasir gudang dan Pas cawangan kampung pasir gudang baru telah diadakan ahad lepas.Sumbangan berupa kelengkapan sekolah dan wang ringgit kepada 3 keluarga dhaif dan tidak kemampuan di kampung pasir gudang baru telah disampaikan oleh penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh masyarakat setempat.

Program kebajikan ini adalah salah satu program yang dirangka oleh PAR dan lujnah kebajikan pas kawasan pasir gudang bagi menunaikan tanggungjawap sosial bagi membantu meringankan sedikit bebanan keluarga ini untuk persediaan persekolahan anak mereka.Di samping itu,PAR juga memberi sumbangan tetap setiap bulan kepada hampir 30 keluarga di kampung pasir gudang baru ini.




Masih segar dalam ingatan Penulis tragedi menimpa penulis bersama sahabat-sahabat di kampung pasir gudang baru ini semasa kempen PRU12 tahun 2008 lalu.Kampung pasir gudang baru ini wargaemasnya amat karat birunya.

Semasa kempen di kampung itu,sebelum memulakan gerakkerja,kami bercadang untuk singgah ke masjid untuk menunaikan solat asar.Setiba kami ke masjid kami dapati  sudah berhimpun puak-puak pencacai tua menanti kehadiran kami.Mereka mula memarahi kami kerana katanya perlu ada kebenaran memasuki kampung mereka.Marah mereka itu bukan kepalang lagi hingga tidak menbenarkan kami bersolat malah dihalaunya kami keluar dari kampung.

Yang menyedihkan bila didapati kelompok yang ramai menghalau ialah wargaemas kampung yang sudah lanjut usianya dan didapati juga setengahnya bertongkat.terdetik timbul dihati dan imaginasi penulis,Kalau sekali penulis smackdown,sudah pasti ada yang mampus keras.

Tetapi itu bukan Matlamat,Memang benar sekiranya ikhlas dalam perjuangan agama Allah dengan niat yang suci akan ada titik cahaya dihujung cahaya gelap dan akhirnya berduyun-duyun golongan belia kampung menjulang tinggi perjuangan Islam ini.

Dengan iltizam pemuda kampung najtijahnya tertubuh markaz cawangan kampung pasir gudang baru ini yang didukung sebahagian besarnya anak-anak muda setelah 6 bulan peristiwa belaku.Malangnya markaz yang dibina hasil sumbangan serta titik peluh dan keringat itu dirobohkan oleh setan-setan yang dikenali dengan bantuan pihak berkuasa temapatan.

Anak-anak muda yang menjadi pendukung bukan sebarangan.Bilangan adalah lepasan pengajian tinggi,menjawat berbagai jawatan profesional hingga menbawa kepada ramai lagi pemuda kampung untuk turut serta.


abusiraj almuner







No comments:

Post a Comment