Jan 22, 2013

BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN..ADAKAH IA SATU JAMINAN KEKAL????








Bagi setengah orang perkerjaan adalah salah satu perkara yang amat penting di dalam alam kehidupan kerana ia mendatangkan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga.Di india perkerjaan umpama segala-galanya bagi masyarakat India hatta kiranya mereka diberhentikan kerja kehidupan akan direndung kesempitan dan kesusahan justeru ada diantara mereka sanggup membunuh diri bilamana kehilangan perkerjaan.

Mungkin aduan yang diadukan kepada PAR permas oleh seorang pemuda pagi semalam tidaklah seperti yang penulis gambarkan dalam mukadimah diatas tetapi ia mengambarkan pentingnya perkerjaan sebagai sumber pendapatan bagi setengah manusia secara fitrahnya.








Addey Mohd Aris 35 tahun, bapa kepada 3 orang anak yang yang masih kecil telah menabur khidmatnya dengan kementerian luar negara Malaysia sebagai budak pejabat di kedutaan Malaysia di Singapura.Mula berkhidmat pada 28hb July 2000 dan telah ditamatkan perkhidmatan pada 26hb March 2008.

Beliau mendakwa diberhentikan perkhidmatan kerana dituduh terlibat di dalam satu sindiket haram yang beroperasi dalam urusan mempercepatkan pengeluran visa ke Malaysia kepada agen-agen dan permohon-permohon perseorangan.Oleh kerana tuduhan terhadap beliau adalah tidak benar beliau telah menyaman kerajaan Malaysia atas tuduhan yang tidak berasas itu.

Dakwa beliau lagi,seorang pegawai kementerian luar telah memanggil beliau untuk berbincang agar meminta beliau menarik balik saman tersebut dan dijanjikan perkerjaan semula.Atas dasar kepercayaan dengan janji yang ditaburkan oleh pegawai kerajaan terSebut,akhirnya beliau menarik balik saman dan kembali beberapa waktu semula untuk berjumpa dengan pegawai tersebut tapi malangnya pegawai itu telah dipindahkan untuk berkhidmat diluar negara.

Beliau berkata semenjak 5 tahun beliau diberhentikan,beliau mengalami berbagai masalah dalam kehidupan seharian terutama untuk memohon  perkerjaan kerana namanya disenarai didalam sistem Good conduct of Certif"dan sistem tersebut memaparkan beliau seorang yang bermasalah dengan kerajaan Malysia.Anak beliau tidak bersekolah hampir setahun kerana beliau tidak mempunyai wang serta isteri beliau meminta cerai dan sekarang ini mereka duduk berasingan walaupun masih ada ikatan yang sah.beliau juga ada melakukan kerja-kerja sub contract tetapi telah ditipu oleh rakan niaganya sendiri.

Beliau mendakwa pernah meminta Adun Johor Jaya untuk menbantu agar kes beliau ini dapat dipertengahkan kepada kerajaan tetapi Adun tersebut hanya mampu meminta beliau merujuk kes beliau kepada Biro pengaduan Awam (BPA).Tidak berpuashati dengan jawapan dari Adun tersebut beliau menemui Dato Azreez pengerusi Putera Umno 1Malaysia tetapi jawapan yang diberi oleh dato Azreez adalah beliau gagal untuk membantu kerana kes beliau terlalu rumit.

Tidak berputus asa dengan usahanya itu beliau cuba untuk menemui YB khalid Nordin tetapi gagal dan hanya dapat bercakap melalui talian telefon dengan PA Yb khalid iaitu Saudara Norazam ketua pemuda umno pasir gudang dan dakwanya beliau diarah menyiapkan kronologi masalah yang beliau hadapi.

Beliau berkata denga nada sedih kepada penulis dan penyelia PAR permas,beliau hanya ingin menegakkan keadilan buat dirinya.Beliau tidak pernah didakwa maupun ditangkap atas kesalahan yang dilemparkan terhadap beliau.Ini semua adalah permainan politik yang bersifat hasad dengki serta dendam kesumat terhadap beliau.Mana mungkin katanya seorang pembantu pejabat boleh mempercepatkan pengeluaran memproses visa.

Beliau tidak mengharapkan untuk mendapatkan perkerjaan semula tetapi kerajaan harus bertanggungjawap atas masalah yang beliau alami selama ini kerana telah mengaibkan beliau dan memusnahkan kehidupan sekeluarganya dengan tuduhan serta fitnah yang tidak berasas terhadapnya.Beliau juga meminta Kerajaan  membayar  pampasan kepada beliau.

Mengulas mengenai aduan tersebut Penyelia PAR permas Tuan syed Othman Abdullah berkata beliau akan mengkaji aduan tersebut dan setelah itu barulah PAR akan melakukan tindakan susulan bagi membantu pengadu dengan kadar segera.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas





No comments:

Post a Comment