Jan 11, 2013

UMNO PASIR GUDANG DAH GOYANG..TUNGGU MASA NAK TUMBANG


Satu ketika dahulu apabila kedudukan ditahap kemuncak dan kukuh,mendapat sokongan padu lagi  hebat jarang kedengaran kenyataan dikeluarkan oleh sang pemimpin parti keramat melayu di pasir gudang.Lupa diri bila di puncak tahta kekuasaan bilamana rakyat dipinggirkan dari mendapatkan pembelaan.Rakyat yang pernah memberikan mandat kekuasaan untuk mereka diabaikan malah dihalau dari penempatan,kroni-kroni bermaharajalela mengaut projek-projek demi membesarkan tembolok dan menbiarkan rakyat hidup kemiskinan.Akhirnya sang pencacai terhenti lamunan mimpi-mimpi enak apabila menyedari sokongan kian pudar,melayu sendiri menolak secara total dan malangnya tidak releven lagi bagi orang melayu sendiri.Sekarang tercari-cari alasan umpama mencari sesuatu didalam keadaan gelap untuk dijadikan alasan untuk terus berkuasa.

Tergelak hingga terkeluar air mata penulis apabila terbaca kenyataan ketua umno pasir gudang yang juga Menteri UMNO ini didalam laporan akhbar sinar harian Isnin lepas.'JANGAN GADAI PASIR GUDANG' itulah tajuk rencana yang ditulis.Siapakah yang mengadaikan pasir gudang ini kalau tidak pencacai-pencacai ini sendiri.

Dalam laporan portal berita,beliau berkata pengundi harus berfikir bahawa kerajaan mana yang boleh mengurus tadbir negara dengan baik dan berupaya melaksanakan kemajuan negara serta melaksanakan tanggungjawap dengan meminta pengundi membuat pilihan terbaik dalam PRU13 supaya tindakan yang dilakukan tidak mengadaikan masa depan pasir gudang.

Kenyataan ini boleh dikira kenyataan kempen Pilihanraya.Dato Khalid statusnya sebagai Menteri kabinet Malaysia masih berfikiran kuno dengan ramalanya bahawa pengundi pasir gudang itu semuanya lembu seperti pencacai UMNO yang mengekorinya setiap waktu yang mudah dicucuk hidungnya dan menganguk sahaja kebatilan serta kebangsatan yang telah dilakukan oleh pemimpin UMNO kecil dan besar.

Kalau diambil kira sosio-ekonomi pengundi di pasir gudang kebanyakkan pengundi adalah masyarakat yang berhijrah untuk berkerja di sektor perindustrian dan hampir 75 peratus adalah golongan profesional yang berkelulusan tinggi dan peka dengan isu persekitaran.Mereka ini juga membentuk satu minda yang mana mereka adalah juga golongan pengkaji dan pengamatan yang tidak mudah diperdaya dengan hasutan dan penipuan.

Sudah tentu kenyataan dibuat itu merujuk kepada kerajaan UMNO BN.semua rakyat sudah tahu ketidak tirisan kerajaan UMNO,penyelewengan dan kezaliman.kenyataan itu boleh membuatkan ada yang muntah-muntah dan ketawa berguling-guling di tanah.sekiranya UMNO BN mengurus tadbir negara dengan baik kenapa ada ketirisan dalam laporan audit negara?Isu pembelian kapal selam,isu Rosmah,Altantuya,isu lembu,dan banyak lain yang masih tidak terjawap hingga sekarang.

Jangan pergi jauh,lihat sahaja di pasir gudang parlimen Dato khalid itu sendiri.Mengimbas kembali peristiwa kezaliman pengusiran penduduk Melayu setingga Plentong yang diusir seperti pendatang haram,mereka meminta pertolongan tetapi tidak diendahkan lagi malang tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari pemimpin UMNO pasir gudang yang selama ini mereka sokong bermati-matian.

Lebuhraya pasir gudang yang dijanjikan untuk dibina mengantikan yang lama hingga sekarang tiada tanda ingin dilaksanakan.Janji dibuat dah hampir 5 kali pilihanraya tapi lebuhraya itu tanda pun tak nampak.Masalah berpuluh kawasan perumahan setingga yang tidak ada grant hingga sekarang tidak diselesaikan bila hampir saja pilihanraya ditaburnya janji tidak kesudahan.Adapun hanya Borang 5A sahaja,itu pun untuk mengaburi mata-mata pencacai tua.Borang 5A itu bukan hak milik kekal diberi dan bila-bila masa boleh dirampas dan dihalau sekiranya kerajaan hendak membangunkan tanah itu.

Tetapi persoalan besar yang bermain di fikiran penulis adalah kenapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian?Dato khalid pasti sudah mengetahui bahawa parlimen pasir gudang khususnya Dun Permas akan tumbang jua akhirnya ditangan PAS dimana calon PAS sudah diketahui kewibawaannya.

Dato khalid sendiri belum mengetahui kedudukan beliau samada kekal di parlimen atau dipindahkan ke dun yang uar-uar tersebar beliau antara calon baru Menteri Besar.Bukan beliau sahaja keseluruhan calon BN untuk pru13 belum diketahui lagi gara-gara takut disabotaj oleh kerabat mereka sendiri.

Khabar angin juga Dato khalid akan diletakan di dun permas berhadapan dengan calon PAS nanti.Apa-apa pun letak sesiapa sahaja calonnya hatta letak mat sembab muhyideen sekalipun pas tidak akan getar dan lawan tetap lawan.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas







1 comment:

  1. Gudang dah pecah, pasir mencurah2 keluar mengalir arak ke Pakatan. Bila dah terhantuk baru tengadah, memang muka kena ludah. Dah nampak kuasa akan hilang, silap2 diri akan dirundung malang baru tersentak, tersedar yang kuasa dan pangkat yang dipegang adalah milik rakyat, milik pengundi di Pasir Gudang. Bye,bye Khalid.

    ReplyDelete