Jan 18, 2013

SUMBANGAN PAR PERMAS UNTUK AJK UMNO CAWANGAN PLENTONG


Walaupun bebeda fahaman politik tetapi ukhuwah islamiyyah tetap utuh dijalin selagi NIAT hati berpaksikan Allah dan rasul.Begitulah dulu dan selamanya PAR permas mengamalkan dasarnya demi mendapatkan keredaan Allah dalam setiap gerakkerja  kebajikan.Bukan sekadar semata-mata mendapat undi pilihanraya tapi paling besar adalah tanggungjawap sosial yang perlu dilaksanakan.



Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah bersama Setiausaha PAR permas Abusiraj almuner telah menziarahi dan memberi sumbangan kepada Mohd Nor Bin Mat Husin 63 tahun yang dikenali sebagai Pak Joe.Beliau merupakan Ahli jawatakuasa UMNO cawangan Plentong.Beliau yang baru keluar daripada wad akibat mengidapi penyakit kencing manis,paru-paru berair dan jantung telah dipotong ibu jari kakinya.

Ini adalah ziarah dan sumbangan PAR kali ke 2.Semasa pak joe berada di hospital PAR telah pun menziarahinya pada ketika itu pak joe belum lagi menjalani pembedahan kaki beliau.Beliau sangat terharu dengan kedatangan PAR yang sangat perihatin terhadap beliau kerana mampu memberi sumbangan keperluan asas dan wang untuk beliau sekeluarga.katanya hingga ke saat ini,tidak seorang pun pemimpin UMNO cawangan maupun bahagian yang datang menjenguk beliau.

PAR permas sentiasa menyelusuri kebajikan untuk semua kaum tanpa mengira agama,fahaman,idelogy dan bangsa.Nyata kerja-kerja kebajikan mampu menyedarkan kita betapa beruntungnya kita atas nikmat Allah yang luas yang dikurniakan kepada Kita.kepada yang diberikan kelebihan rezeki sama-samalah menghulurkan zakat anda untuk membantu insan diluar sana.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas


No comments:

Post a Comment