Jan 28, 2013

PAR PERMAS DAN PUSAT KHIDMAT PKR TURUN PADANG


Pemilik rumah pangsa ataupun pangsapuri kerap menghadapi masalah dengan badan penyenggaraan dan pengurusan bangunan.Akta bangunan dan harta bersama telah diperkenalkan bagi  memastikan segala kerja-kerja penyenggaraan dan pengurusan bangunan dilakukan dengan lebih sempurna malah Akta ini mencontohi model negara jiran singapura yang mengunakan akta serupa bagi penyenggaraan kediaman bertingkat di singapura.hingga ternyata berkesan pelaksananya.




Masalah yang dihadapi oleh sebahagian pemilik rumah bertingkat tetap sama dimana sahaja,masalah jerap berlaku antara Ajk badan pengurusan penduduknya,kontractor pembersihan yang dilantik maupun kepada pihak  pemaju sendiri.

Inilah yang berlaku kepada penduduk rumah pangsapuri sri okid di taman ekhsan jaya.Menurut salah seorang penduduk Norzailza bt Ismail 32 tahun keadaan sekitar kediaman mereka tidak diselenggara walaupun telah membayar yuran penyelenggaraan setiap bulan.Lampu jalan dan lampu di kaki lima juga sudah tidak dinyalakan.Rumput tidak dipotong serta sampah sarap tidak dipungut hingga mendatangkan bau yang amat meloyakan.Pengawal keselamatan  yang dilantik juga sudah tidak kelihatan.

Akibat daripada itu,kerap berlaku kegiatan jenayah seperti kecurian kereta,motor dan ragut  hingga menakutkan penduduk untuk keluar.Pejabat pengurusan katanya hanya dibuka apabila tibanya waktu menerima bayaran wang penyelenggaraan dan akan ditutup semula selepas itu.

Norhaida bte awang 38 tahun.surirumah berkata beliau  telah tinggal di pangsapuri berkenaan sejak ia siap dibina  5 tahun dahulu.Beliau mengharapkan agar pihak berkaitan dapat menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi.

Hadir dalam sidang media di kawasan pangsapuri sri orkid,Jimmy Puah pengerusi khidmat masyarakat PKR johor Jaya dan penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah.

Mengulas mengenai masalah yang dihadapi penduduk itu,Penyelia PAR permas syed othman Abdullah berkata beliau akan meminta penduduk untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi memilih  ajk badan pengurusan bangunan yang baru mengikut akta bangunan dan harta bersama (penyenggaraan dan pengurusan)

Manakala Jimmy puah pengerusi pusat Khidmat masyarakat pkr johor jaya yang juga seorang peguam muda berkata beliau bersedia  memberi khidmat nasihat kepada penduduk bagi menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi ini.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

1 comment: