Jan 30, 2013

UMNO TEBRAU TIDAK MAMPU BELA AHLINYA SENDIRI!!!!


Setelah sekian lama menyokong kuat tanpa berbelah bagi parti ketuanan  Melayu barulah kesedaran menjelma bahawa parti keramat melayu yang senantiasa melaungkan kalimah keramat HIDUP  MELAYU dan MEMPERTAHANKAN ISLAM sebenarnya retorik semata-mata.

Apabila penyokong tegar parti itu sendiri sudah muak dan jelik dengan janji-janji yang ditaburkan  kepimpinannya maka sudah tentu parti ini tidak berupaya untuk menbela nasib dan derita yang ditanggung oleh rakyat khususnya ahli partinya sendiri.

Bilamana disebut penyokong tegar sudah pasti  membayangkan kepada kita tingkah laku mereka ini dahulu. Pantang bila dengar nama PAS maupun PKR disebut,boleh mencetuskan pergaduhan.Mereka ini juga sudah tentu  melakukan kerja-kerja menurunkan bendera,mengoyakkan poster dan menganggu ceramah pakatan.Inilah tegar dan karatnya mereka,kalau disiyat kulitnya sudah pasti darah biru yang terpacul.

Amat malang bagi mereka ketaatan mereka pada parti keramat UMNO ini tidak dibalas dengan ganjaran setimpal malah kepimpinan mereka tidak ambil pusing masalah yang ditanggung kerana berlumba-lumba mengaut kekayaan dan mengenyangkan tembolok masing-masing.



Pusat Aduan Rakyat (PAR) permas petang tadi menerima aduan dari beberapa orang penyokong tegar UMNO termasuklah Ajk kepimpinan pemuda UMNO bahagian tebrau.Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah bersama PAR tebrau Saudara Shamsul Bakri dan Setiausaha PAR permas abusiraj almuner turun padang untuk menemui serta mendengar aduan dan rintihan masalah yang dihadapi.

Jayen@supaat bin Taros 42 tahun,ketua pemuda cawangan Taman Nora yang mewakili penduduk 9 Taman antaranya Tmn Nora,Maluri,Murni,kasih,Maju jaya, Mesra dan Bunga Raya yang kesemua taman tersebut terletak di kawasan ulu tiram.Menurutnya Masalah yang mereka hadapi adalah kenderaan dan jentera berat yang melalui taman mereka mengancam keselamatan penduduk.Kenderaan berat yang dipandu melebihi had laju  membahayakan keselamatan penduduk taman tersebut terutama kanak-kanak.Setiap hari katanya kenderaan yang melalui Taman Nora sahaja melebihi 100 buah dan kesan daripada jentera berat yang mengunakan jalan tersebut menyebabkan Jalan rosak teruk dan membawa debu yang banyak hingga menyusahkan penduduk taman tersebut.

katanya lagi,kenderaan dan jentera berat kerap mengunakan jalan  tersebut kerana ia adalah jalan pintas untuk memasuki kawasan kilang berhampiran.Terdapat sebuah kilang terletak berhampiran taman tersebut antaranya kilang membuat acuan batu bata,bengkel jentera berat dan ladang perternakan ayam mega terletak disitu.

Aduan telah diadukan sudah hampir 20 tahun.Dari Jkkk,wakil rakyat,ahli majlis,kepimpinan Umno bahagian hatta Exco kerajaan negeri pun sudah dimaklumkan tetapi semuanya gagal bertindak untuk menyelesaikannya,Wakil rakyat tiram dakwanya pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah tetapi hingga ke saat ini  tiada tanda-tanda usaha kearah itu dilakukan.

Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah mengulas mengenai masalah ini berkata tindakan penyelesaian akan diambil segera bagi membantu penduduk 9 taman ini.beliau berkata kenderaan berat tidak melebihi satu tan sahaja dibenarkan melalui jalan taman perumahan maka dengan itu  beliau akan merujuk perkara tersebut kepada pihak berkaitan untuk diambil tindakan.

disitu UMNO memerintah...disitulah melayu merana!!!!!

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

8 comments:

  1. Pkr dan pas ni pandai ambil kesempatan tapi masalah tak selesai jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon bangang. yang buat masalah tu sapa? PKR dan PAS ke? Kau ni tak sedar2 diri awak tu dibangsatkan oleh UmnoKau sekolah sampai darjah berapa? Kau tau tak Tebrau letak kat negeri mana dan kerajaan negeri tu parti mana yang perintah. Alahai, bodoh sampai ke hujung kaki.

      Delete
    2. Alamak....melenting. Tak tau isu jgn cakap la. Pas ni mmg suka ambil kesempatan. Yg bawa lori bukan orang umno. Masalahnya lori masuk kg dan berabuk. Penduduk cuma adu pada majlis tapi pas spin ini cerita. Jangan jangan yg bawa lori tu Mat Sabu tak......hehe

      Delete
    3. Satu lagi fitnah pas ialah dia kata diatas masalah dah 20 tahun tapi 20 tahun dulu belakang taman nora tu hutan lah.....kaki fitnah betullah PAS ni. Kalau menang pru dengan fitnah maka haram hukumnya dapat gaji wakil rakyat...hehe.

      Delete
  2. Replies
    1. bodoh banggang org umno>

      Delete
    2. Tak lah sebodoh pas yg sanggup gadai kalimah Allah kpd Guan Eng

      Delete
    3. bekaS KTUA KG SG TIRAM LG BANGGANG BAHLOL >>BANGSAT>

      Delete