Apa sudah jadi dengan belia di sarawak nie?sungguh jahil murakah.Tak pernah dibuat orang,SAMBUTAN maulidur rasul dihidangkan dengan pertandingan karaoke.Sesiapa sahaja yang waras dan mempunyai ilmu agama terbaca mesej yang terpapar pada poster ini nescaya terdetik di hati mereka betapa ceteknya pemahaman agama individual yang menganjurkannya.
Majlis menyambut Maulidur rasul sepatutnya diserikan dengan majlis marhaban,selawat dan pengisian ilmu sirah perjalanan hidup baginda Rasuluallah, bukan diadakan acara seperti ini.Mana dia pemimpin masyarakat,kenapa tidak ditegur belia-belia ini atau mereka sendiripun jahil.
Inilah dia hasilnya bila Islam ditolak dalam kehidupan.Apabila kehidupan berlandaskan dunia melebihi segalanya dan akan tercicirlah akhirat justeru akan lahirlah orang-orabg yang jahil tetapi mengaku berilmu.
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
No comments:
Post a Comment