Negeri Johor merupakan negeri di Malaysia yang memproses susu tenusu terbesar.Setiap dearah sekitar Negeri Johor dari kota negerinya Johor bahru sehinggalah ke dearah segamat,terletak ladang penternakan lembu dan kambing untuk tujuan penghasilkan susu tenusu.
KOPERASI PETERNAKAN LEMBU TENUSU JOHOR BERHAD yang mempunyai seramai 250 orang ahli,ditubuhkan adalah bagi tujuan menjaga perhasilan,pembiakan dan urusniaga selain menjaga kebajikan perkerja dalam sektor penternakan lembu dan kambing di negeri Johor.
Baru-baru ini Koperasi ini telah membuat Aduan kepada Penyelia pusat aduan Rakyat Permas (PAR) Tuan Syed Othman mengenai masalah kecurian lembu ternakan.Mengikut Aduan yang diterima,kecurian besar-besaran bermula bulan November tahun lepas dimana lembu dan kambing ternakan telah dilarikan oleh penjenayah.Kejadian membawa lari lembu dan kambing berlaku bukan dalam kuantiti yang kecil tetapi didalam kuantiti yang banyak dan ia berlaku di seluruhan ladang pentenakan koperasi sekitar Negeri Johor hingga mendatangkan kerugian yang besar terhadap koperasi.
Vijayendram 31 tahun seorang penternak muda mendakwa modus operandi penjenayah ialah mereka melakukan rompakan dengan mengunakan senjata api.Penjenayah akan mengikat para pentenak dan mengangkut lembu dan kambing mengunakan lori.Rompakan dilakukan tidak mengira waktu siang maupun malam.ladang yang kerap berlaku kehilangan adalah di simpang renggam,kulai dan kota tinggi.beliau juga mendakwa telah membuat laporan polis setiap kali berlaku kecurian tetapi tiada tindakan dari pihak polis dan kejadian sama tetap berulang.
Pagi semalam Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah dan Saudara Selvamkumaran merangkap naib pengerusi PKR negeri Johor telah turun padang menemui para penternak lembu di sungai tiram bagi membincangkan dan mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Saudara Selvakumaran selaku naib pengerusi PKR negeri Johor berkata laporan polis sudah banyak dibuat tetapi tiada usaha dan tanda bagi menyelesaikan masalah ini dan kecurian tetap berulang.beliau meminta pihak polis meningkatkan rondaan bagi mencegah berulangnya kejadian seumpama dan memohon kerajaan Johor untuk membantu koperasi ini memandangkan koperasi ini pemnyumbang kepada ekonomi negeri Johor.
Penyelia PAR permas Syed Othman berkata sidang media akan diadakan untuk membangkitkan masalah ini agar pihak tertentu peka dengan permasalah dan mengambil tindakan untuk menbantu.
Desakan hidup serta sara hidup yang tinggi inilah index jenayah di Johor melambung.Tidak kira apa bentuk asalkan ia mendatangkan wang tetap tidak terlepas menjadi sasaran penjenayah.Hinggakan tidak pernah di lakukan lagi sebelumnya merompak binatang ternakan mengunakan senjata api.Ini menunjukkan sesuatu yang parah dari segi ekonomi hingga terdesaknya perlakuan jenayah seperti ini.
Penulis menimbas kembali kenyataan oleh presiden dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas katanya Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia,kerana kos hidup meningkat disebabkan orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia.
Apa yang jelas dimata,kegagalan kerajaan UMNO yang memerintah membawa kepada kesusahan dan sengsaraan rakyat. PEMIMPIN umno hidup selesa serta mewah dan rakyat dibiarkan hidup miskin hingga terdesak hidupnya lantas melakukan jenayah untuk kesinanbungan kehidupan.
Yang pasti DIMANA UMNO PALING KUAT.. DISITU RAKYATNYA HIDUP MEREMPAT.
Ayuh jom ubah!!!!
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
No comments:
Post a Comment