Dec 26, 2012

USRAH PAS CAWANGAN TAMAN SCIENTEX




Usrah merupakan tunjang kepada gerakan Islam dan Tarbiyyah insan bagi melahirkan individu yang mempunyai rasa cinta terhadap islam dan akhirnya berjuang dalam menegakkan Islam sehingga sanggup berkorban dan meninggalkan kepentingan duniawi mereka. 

Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.










Usrah mengajar kita untuk melaksanakan apa yang diucap dan dibincangkan. Maka, proses ini amat wajar bagi sebuah gerakan islam untuk terus maju kehadapan. Tanpa usrah, sesebuah gerakan islam tidak mampu bergerak dengan lebih baik kerana mereka tidak dapat memahami antara satu sama lain yang menyebabkan lahir sifat-sifat mazmumah dan tidak menghiraukan orang lain.

Usrah yang betul mengikut adab dan rukun mampu memberikan impak yang besar pada diri setiap individul.Sesungguhnya Usrah perlulah dijayakan disetiap peringkat samada di peringkat pimpinan mahupun ahli terutama diperingkat cawangan agar ukhuwwah,ilmu dan istiqamah akan lebih mantap.









Semalam PAS cawangan Taman scientex telah mengadakan usrah mingguan mereka seperti biasa di pasti Taman Scientex.Usrah yang dibawa oleh nakib Al-fadhiltul sheikh Al-Ust Ostadi Othman dengan tajuk "Model perjuangan Islam oleh Rasulullah".Dihadiri oleh kesemua ahli cawangan Pas Taman scientex  berserta ahli keluarga masing-masing.


Usrah mingguan ini diadakan selain meningkatkan haraki islamiyyah ia juga kesempatan untuk membincang isu-isu semasa ,aktiviti dan persiapan PRU13 yang kian hampir.

Turut Hadir Pengerusi PAR permas Syed Othman yang juga di akhir usrah memberi ucapan pembakar semangat kepada sekelian ikhwan dan ikhwat 




abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment