Dec 31, 2012

SUDAH 56 TAHUN MENETAP DI MALAYSIA TETAPI MASIH GAGAL MENDAPATKAN STATUS WARGANEGARA




Walaupun sudah menetap hampir 56 tahun di Malysia dan kesemua anak-anaknya seramai 4 orang adalah warganegara Malaysia tetapi beliau sendiri masih memegang kad pengenalan merah bermastautin tetap.

Puan Dhanam a/p kamtemani 59 tahun mengadu kepada PAR permas dan menceritakan masalah yang beliau hadapi.Beliau yang kematian suami 7 tahun dahulu berkata beliau datang bersama ibubapanya dari india sejak beliau masih bayi lagi dan apabila dewasa mendirikan rumahtangga dengan seorang India warganegara Malysia.

katanya sukar baginya berstatus penduduk tetap kerana tidak mampu untuk menikmati seperti mana warganegara Malaysia.Beliau juga Hairan kenapa beliau yang sudah bertahun-tahun lamanya menetap dan sudah mempunyai anak berwarganegara Malaysia masih gagal untuk mendapatkan warganegara.




Beliau memdakwa pernah mengadu kepada pimpinan Mic setempat tetapi rintihan dan masalah beliau tidak pernah diselesaikan umpama menunggu bulan jatuh ke riba.Oleh kerana itu beliau memohon pada PAR permas untuk membantu menyelesaikan masalah yang beliau hadapi.

Pengulas mengenainya Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah berkata beliau akan menghubungi pihak berkaitan untuk maklumbalas dan akan mencari menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan kadar segera.


abusiraj almuner

SOKONGLAH TAIB DAN PBB SAMPAI MAMPUS!!!!!WAHAI ORANG SIBU APA DAH JADI NIE!!!!



SARAWAK Negeriku...SIBU kampungku!!!terkedu bila penulis terbaca satu laporan dari postal berita bumi kenyalang yang melaporkan satu kejadian menyayat hati berlaku di Sibu, Sarawak.Penulis sebenarnya  tidak bercadang nak mengulas laporan ini tetapi setelah membaca berita ini berulangkali timbul emosi pada diri penulis...

Kejadian yang menimpa hostel kayu sekolah  SK Punan Ba di Belaga apabila awal tahun ini bangunan kayu iaitu hostel yang menempatkan pelajar-pelajar telah runtuh. Kejadian itu menyebabkan 5 pelajar perempuan cedera teruk, dan 13 mengalami kecederaan di tubuh badan mereka.

Hampir setahun dibiarkan berlalu namun bangunan baru mereka masih tidak siap.Tahun ini  2012 mereka telah melalui hari-hari yang teruk di waktu persekolahan,tidur di bilik yang sempit, bila hujan, mereka basah disebabkan bumbung bocor, tiada bantal, selimut apatah lagi terpaksa bersabar dengan kehadiran nyamuk.lebih malang lagi pelajar tidur umpama pekerja bangla tiada permit berhimpit 20 orang dalam satu bilik.

Perasaan terkejut,terkedu,hairan serta sedih bercampur aduk dengan kejadian berlaku,timbul persoalan yang bermain di fikiran,kenapa kejadian ini boleh berlaku,yalah kalau diukur pimpinan negeri sarawak yang kaya raya yang rakyatnya tidak bebelah bahagi memberi sokongan kepada kerajaan pemerintah yang pemimpinnya terkenal dengan kekayaannya....tetapi sanggup membiarkan kanak-kanak merana dan derita tanpa diberi perhatian.

Mana dia Wakil rakyat BN dan pimpinan masyarakat setempat!!!!!Mana dia ketua Menteri Sarawak yang kaya raya itu!!!!Kenapa tidak keluarkan peruntukkan segera untuk sekolah ini!!!kenapa mengambil masa yang lama untuk menyediakan bantuan untuk mereka ini dan sampai bila harus mereka berdepan dengan suasana begini.

Adakah tempat atau kawasan ini dikuasai oleh pakatan rakyat hingga membiarkan sahaja keadaan mereka sebegini!!Sedar atau tidak bahawa mereka ini bukan dewasa,mereka ini kanak-kanak sekolah,perlu diberi kemudahan untuk pembelajaran,itulah hak asasi manusia yang telah diperuntukkan oleh undang-undang. kenapa mereka ini tidak diberi perhatian dan pembelaan sewajarnya selepas terjadinya incident terhadap mereka.

Amat menyedihkan  bilamana laporan postal berita itu menyebut, ada sebahagian dari mereka tidur di quarters pengetua dan sebahagian lagi di quarters cikgu. Dan penulis paparkan gambar diatas bagi merujuk kepada quarters guru. Jika quarters guru pun "seperti ini" bagaimana pula keadaannya dengan hostel para pelajar!!!!

Ternyata sudah didepan mata,kerajaan pimpinan Taib mahmud dan sekutunya gagal memberikan khidmat terbaik untuk rakyat sarawak.Masalah rakyat sekecil ini pun tidak mampu untuk menyelesaikannya apatah lagi yang besar.Ingat bahawa rakyat ada hak dan kuasa menentukan serta memilih pemimpin dan bukan pemimpin sendiri yang menentukannya.Jika pemimpin yang tidak mempunyai jiwa rakyat serta tidak memberikan khidmat terbaik kepada rakyat wajar ditolak...tetapi sebaliknya berlaku di sarawak ini!!!Dengan ertikata lain yang lebih mudah difahami,letak lembu sebagai calon BN pun boleh menang.

Dalam buku demokrasi tulisan para ahli falsafah Rom purba...ada menyebut definasi peranan wakil rakyat dalam kontek demokrasi,ia mendefinasikan wakil rakyat sebagai hamba rakyat dan sentiasa memberi khidmat pada rakyat tidak kira masa dan waktu dan keadaan.Dan kegagalan seorang wakil rakyat disebut apabila gagal dalam membela kebajikan dan membawa suara pemasalah rakyat..

Bagi  Rakyat Sarawak.....tepuk dada tanya selera!!!!kuasa ada di tangan anda,samada perlu perubahan atau tidak...itu hak dan keputusan anda semua!!!!

hakikat ketaranya Regim Taib tidak peduli dengan masalah rakyat dan sedang menikmati serta meratah khazanah kepunyaan rakyat sesama mereka!!!!

JOM UBAH!!!!

abusiraj almuner


Dec 30, 2012

SIDANG MEJA BULAT PAKATAN RAKYAT DAN GABUNGAN NGO PENGERANG


Isu rapid pengerang yang hangat diperjuangkan oleh pakatan rakyat turut disertai oleh beberapa NGO  bagi mendapatkan hak penduduk pengerang.Isu pengerang yang diperjuangkan bukan memprotes pembangunan yang dilakukan tetapi untuk mempertahankan serta mendapatkan hak penduduk yang telah diabaikan hatta rintihan  permasalahan penduduk tidak didengari oleh pemerintah.



Satu majlis sidang meja bulat isu pengerang telah diadakan di hotel New York petang tadi yang melibatkan pemimpin pakatan rakyat dan Ngo gabungan pengerang untuk mencari resolusi penyelesaian.Majlis ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Pas Johor Dato Mahfoz Muhammad.Dalam ucapan yang disampaikan beliau menegaskan bahawa pakatan tidak membantah pembangunan tetapi permasalah yang timbul hasil daripada projek tersebut yang tidak mengambil kira kebajikan penduduk.






Anis Alfilda pengerusi gabungan NGO pengerang dalam ucapannya berkata isu pengerang bermula dengan isu nelayan pantai hinggakan kepada timbulnya isu rapid yang sedang dijalankan.Rentetan daripada projek rapid inilah bermulanya episod masalahan yang lain timbul hingga menidakkan hak asasi manusia.






Zaaba Abdullah,ahli jawatankuasa Ngo pengerang turut berucap dan menceritakan didapati proses pemindahan kubur yang dilakukan oleh pihak kontractor tidak beradab seolah-olah tidak menghormati waris.




Turut hadir dalam sesi meja bulat ialah Mazlan Aliman pengerusi Anak,Cikgu Normala Pengerusi pendidik,Anis Afida Pengerusi Ngo Pengerang,Syed Othman Abdullah Pengerusi pusat aduan rakyat(PAR) Johor  dan Abdul Rahman Maidin Pengerusi Ngo Peduli rakyat. Pemimpin pakatan rakyat yang hadir Suhaizat kayat ketua pemuda pas Johor,Tan hong bin ketua dapsy,Hasan karim t/pengerusi Pkr  Johor danYb Er teck hwa Ahli parlimen bakri.

abusiraj almuner



Dec 29, 2012

PAPISMA JOHOR SAHAM AKHIRAT

Papisma Johor tidak melepaskan peluang untuk menambahkan Amal Jariah sebagai saham dan bekalan akhirat dengan bersama-sama turut serta dalam program kebajikan'Jom ke Sekolah'Pusat Aduan Rakyat(PAR)Permas petang tadi.


Bertempat di Rumah Saudara Rahim Abdullah di jalan permas 1/20 permas jaya,diadakan program penyerahan sumbangan kebajikan kepada 7 keluarga miskin.  Sumbangan berupa kelengkapan sekolah,keperluan asas dan wang ringgit hasil sumbangan para dermawan.

Papisma Johor diwakili oleh Ahli Jawatankuasanya Saudara Mohd Azamnie Ab kader telah menyampaikan sumbangan kepada Puan Zunaidah Mohd 39 tahun,Beliau seorang surirumah dan mempunyai 5 orang anak.4 daripada anaknya akan ke sekolah tahun depan.Suaminya sudah tidak berkerja selama 5 bulan.Oleh kerana mengidap penyakit kencing manis majikannya di singapura enggan untuk memperbaharui permit kerjanya.

 



Beberapa hari lepas rumahnya telah dipotong bekalan elektrik kerana tidak mampu mujurlah saudara Rahim datang menyelesaikannya hasil sumbangan kawan-kawannya.

Selepas program dipermas berakhir,Suk papisma Johor abusiraj almuner bersama saudara Azamnie bergegas ke taman plentong utama untuk menyerahkan satu lagi sumbangan kepada satu keluarga seorang ibu tunggal yang telah ditinggalkan suaminya.
 
Nor Abayah bt Miskim 41 tahun seorang ibu tunggal yang mempunyai 6 orang anak dan 4 daripadanya masih bersekolah.Beliau yang tidak berkerja selama 3 bulan akibat mengalami gangguan,tiada punca pendapatan hanya mengharapkan simpati keluarganya untuk keperluan seharian.Beliau yang sudah menjadi ibu tunggal selama 8 tahun kerana suaminya menghilang sehingga kini,mengambil alih tugas ayah dan ibu.

 


Papisma Johor amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini dan telah
menyumbang seadanya bagi mengurangkan sedikit bebanan yang mereka tanggung.


Maka kepada saudara-saudara semua, Allah Swt telah memberi kita banyak Nikmat dan kelapangan dan kemurahan rezeki jika dibandingkan dengan mereka.

kita makan makanan yang enak-enak dan kenyang,sekenyang-kenyangnya,hidup mewah bergaya!!!tapi adakah kita sedar saudara Islam kita ada yang tidak makan dan ada anaknya tidak bersekolah.....

'sesungguhnya bukan dari kalangan umatku sekiranya ia tidak mengambil berat saudaranya'.


abusiraj almuner











PROGRAM KEBAJIKAN 'PAR PERMAS' JOM KE SEKOLAH


Setiap keluarga yang fakir atau tidak kemampuan apabila tibanya musim persekolahan adalah detik yang amat sukar.Hati setiap insan ingin melihat zuriatnya mendapatkan ilmu untuk menempah kejayaan dan mampu mengubah kehidupan yang sentiasa direndung kesukaran kepada kehidupan yang lebih bercahaya.Ternyata masih ada insan yang mengambil berat atas kesukaran yang dihadapi oleh mereka dan ini memberikan cahaya kegembiran kepada mereka.





Par permas dengan kerjasama Lujnah kebajikan Pas kawasan pas gudang dan sebuah NGO Islam telah mengambil peluang bagi menambahkan pahala amal jariah dengan membantu insan-insan yang amat memerlukan.









Program penyerahan sumbangan telah diadakan di rumah saudara Rahim b Abdullah 52 tahun di jalan permas 1/20 permas jaya petang tadi.Seramai 7 keluarga serta anak-anak mereka menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah,keperluan asas dan wang ringgit.sumbangan telah disampaikan oleh pengerusi Par Permas Tuan Syed Othman Abdullah.







Dalam ucapan beliau sebelum penyerahan bermula,beliau sebagai berkata program kebajikan seperti ini kerap diadakan setiap tahun oleh Pas bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan kerana Islam itu sendiri adalah kebajikan apatah lagi saudara seislam yang ditimpa kesusahan.


abusiraj almuner





KEBAJIKAN PAR PERMAS UNTUK MEMBANTU KELUARGA INDIA




Kebajikan yang dilakukan oleh PAR permas tidak hanya kepada masyarakat melayu sahaja,ia meliputi segenap lapisan masyarakat yang memerlukannya.Niat bukan untuk meraih sokongan atau undi,ia dilakukan semata-mata sebagai tanggungjawap sosial masyarakat maupun yang lebih besar ingin memdapat pahala.

Pusat Aduan Rakyat Permas telah mengunjung serta menghantar sumbangan kepada seorang lelaki India di kota putri masai bagi meringankan sedikit bebanan yang beliau tanggung.




S Raman a/l Subramian 48 tahun,seorang pemandu forklift kilang yang baru menjalani pembedahan usus November lepas mendapat perhatian PAR untuk menerima sumbangan kebajikan.Sejak menjalani pembedahan beliau tidak mampu untuk berkerja dan beliau setakat ini masih belum ada pendapatan.Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah dan sesi persekolah kian hampir dan memerlukan kewangan untuk menyekolahkan anaknya.

PAR permas perihatin dengan nasib yang memimpanya dan berusaha sedaya yang mampu untuk membantunya.


abusiraj alumner

DAP JOHOR JAYA SEDIA GEMPUR DUN JOHOR JAYA



DAP Johor Jaya mengorak langkah mendepani sebagai persediaan menghadapi PRU13 dengan pembukaan bilik gerakan pertama mereka di Dun Johor jaya.Keseriusan dan keazaman yang tinggi serta iltizam untuk menyantuni masyarakat,memberi khidmat serta menyalurkan maklumat bagi masyarakat bebilang bangsa di dun johor jaya adalah natijahnya.


Tarikh 28hb disember 2012 adalah tarikh keramat bagi setiap Masyarakat dun Johor Jaya khususnya penduduk plentong yang telah sekian lama menanti kehadiran sebuah parti yang benar-benar boleh memberikan saingan pada Parti komponen BN MCA yang sekian lama mendominasi kawasan tersebut.





Semalam Majlis Pembukaan Rasmi Bilik gerakan Dap Johor Jaya di Jalan Matahari Taman plentong baru telah disempurnakan oleh gabungan pemimpin pakatan Rakyat.Antara yang hadir kepimpinan DAP Negeri dan pusat termasuk Anthony loke ahli parlimen rasah yang juga ketua pemuda Dap pusat,Liew chin Tong Ahli parlimen Bukit bendera,Tan kok Wai Ahli parlimen Cheras yang juga timbalan pengerusi Dap pusat,Pengerusi DAP Negeri Johor Dr Boo cheng Hau yang juga adun skudai,Steven Choong timbalan Setiausaha Agung PKR pusat serta Syed Othman Abdullah penyelia pusat Aduan Rakyat Permas merangkap Ahli jawatankuasa Pas Negeri Johor.







Majlis yang dimulakan dengan pemotongan ribben perasmian yang dilakukan serentak oleh kesemua pemimpin pakatan rakyat dan penyerahan bendera DAP sebagai simbolik kepada pengerusi bilik gerakan Dap Johor Jaya Liow Cai Tung yang disampaikan oleh Pengerusi Dap Negeri Dr Boo Cheng Hau.










Diadalam ucapan pembukaannya,Dr Boo menegaskan bahawa sepakatan yang telah dibina sekian lama menjadi kekuatan antara 3 parti didalam pakatan rakyat khususnya negeri Johor.Sepakatan ini adalah ramuan terbaik bagi pakatan rakyat bagi mencapai matlamat dan hasrat ke Nusajaya.Beliau mengingatkan kepada hadiri bahawa pemimpin yang bermoral,telus serta berintregeti adalah model terbaik yang hanya ada pada pemimpin pakatan rakyat.Beliau berseloroh mengajak rakyat dengan slogan 'Jom ubah' bagi menukar kerajaan baru pada PRU13 bagi memberikan masa depan yang terbaik pada generasi yang akan datang.









Dalam ucapan Tan kok Wai,timbalan pengerusi DAP pusat itu berkata beliau bangga dengan DAP JOHOR kerana mempunyai visi yang jauh dalam melakukan gerakerja bagi menawan hati rakyat dan percaya bahawa Dap Johor jaya mampu untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Pas telah diwakili oleh Pengerusi pusat aduan rakyat permas Syed Othman Abdullah yang memang namanya sinonim dengan masyarakat cina kerana sentiasa mewarnai media cetak bebahasa cina kerana isu rakyat yang diperjuangkan,apabila beliau mula memberi ucapan,beliau telah mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada masyarakat cina.Dalam ucapannya beliau menegaskan PAS sentiasa bersama dalam pakatan rakyat hatta bersama masyarakat Cina dan India bagi menegakkan keadilan dan keadilan yang dibawa oleh Islam itu indah,dimana ia tidak mengira bangsa dan agama.




Pembukaan bilik gerakan Dap ini adalah satu tamparan yang hebat buat parti komponen BN sekutu kuat kepada Parti Nasionalis Melayu.Lokasi bilik gerakan Dap ini terletak berhampiran dengan bilik gerakan MCA.lokasi ini jugalah kubu kuat Mca dimana deretan kedai disitu satu ketika dahulu adalah penyokong tegar Mca dan menjadi tempat perjumpaan Ajk tertinggi Mca bahagian sehingga kini.Dilokasi ini  jugalah Najib pernah singgah minum kopi bersama masyarakat cina dan dilokasi ini jualah tempat berkumpulnya YB Johor Jaya Tan chek puk bersantai bersama pencacainya.




Kehadiran masyarakat cina pada majlis semalam sungguh luar biasa termasuk masyarakat melayu dan india juga turut hadir memberi sokongan.kehadiran ini membuktikan bahawa rakyat sudah menolak UMNO BN serta sekutunya.

Apa yang menarik dikubu kuat MCA pun Majlis Pakatan rakyat mendapat sambutan.Akhirnya kita Tunggu pembubaran parlimen,untuk kita kuburkan UMNO BN dan adik-beradiknya.



JOM UBAH.


abusiraj almuner