Aug 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA DARI PADA PENYELIA PUSAT ADUAN RAKYAT PG

Assalamualaikum wbt.
Bersyukur kita kerana sekali lagi dapat menjalani ibadah puasa dan merayakan Idul Fitri pada tahun ini.  Semoga ibadah yang telah kita jalankan mendapat keredaan Illahi, menginsafkan kita tentang betapa bernasib baiknya kita diberi kemurahan rezeki dan kesihatan yang baik dan dapat beribadah dalam suasana yang aman dan tenteram.
Sempena menyambut Idul Fitri kali ini, bersama-samalah kita berdoa dan menguatkan azam untuk menjadi insan yang lebih baik dan menunaikan tugas dan tanggungjawab kita sebagai Pemimpin sama ada di peringkat Cawangan atau pun Kawasan angapalah perjuangan ini sebagai satu ibadah suci yang mendapat keberkatan dan keredaan Illahi.
Kepada rakan rakan  Pakatan dan Pejuang Islam  yang merayakan Idul Fitri, saya berharap anda semua berwaspada dari segi keselamatan diri dan keluarga dan berhati-hati dijalan raya.
Saya dan keluarga memohon maaf lahir dan batin dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat islam sekalian senoga tahun ini kita akan membuat perubahan di dalam pilihanraya akan datang .

Aug 27, 2011

Sudahlah ANUAR, Jangan Sukarkan ROSMAH - CheguBard


Pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard telah mengecam pembelot parti Anuar Shaari berkenaan isu cincin berlian RM24.4 juta yang didakwa milik Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kontroversi.

Rosmah telah dituduh membeli cincin itu dan membawanya masuk ke Malaysia tanpa membayar cukai.

Menerima maklumat itu, yang telah beredar dengan panas di dalam Internet, Badrul kemudiannya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ini menyebabkan Anuar, bekas rakan yang bertukar menjadi lawan, telah menyerangnya. Anuar mencabar Badrul untuk membuat laporan yang sama dengan pihak polis dan juga menuduh beliau mereka-reka tuduhan terhadap Rosmah.

"Anuar tahu yang keadaan sebenar di dalam Umno - bahawa semua keputusan secara tidak langsung datang dari Rosmah. Beliau cuba untuk menunjukkan sokongan beliau dan menarik perhatian Rosmah. Beliau berharap bahawa beliau akan mempunyai peluang untuk bertanding di satu tempat pada pilihan raya umum yang akan datang,.." Badrul menembaknya kembali.


Dari Maira untuk Rosmah?

Badrul kemudian mencabar kembali kepada Anuar untuk menjelaskan mengapa dia berkata cincin itu bukan kepunyaan Rosmah tetapi kepada bakal besannya, Maira Nazarbayev,dan akhbar utama dari Indonesia, Kompas telah melaporkan ia mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Sekarang, Anuar katakan bahawa cincin itu milik Maira ... jadi mana satu versi yang betul?" kata Badrul.

Badrul merujuk kepada berita penulis-penulis blog UMNO yang lain, yang mungkin panik dengan berita cincin tersebar umpama virus, telah memusingkan cerita dengan alasan bahawa 'rakan' yang mengimport cincin untuk 'pameran peribadi' yang berlangsung hanya untuk beberapa hari.

Menurut penulis blog ini, Rosmah hanya membantu 'rakan' dan cincin itu sekarang telah meninggalkan Malaysia ke Singapura.

"Dia bukan pegawai Kastam, juga bukan seorang pakar barang kemas. Mengapa namanya ada pada bahagian penerima borang Kastam?" tegas Badrul.

"Rosmah perlu tampil ke hadapan dan menjelaskan perkara ini. Saya cadangkan kepada penyokong Rosmah, termasuk ahli-ahli Umno dan penulis-penulis blog, supaya senyap atau jika tidak mereka akan menjadikan keadaan lebih sukar untuknya."

Spekulasi kedai-kedai kopi di dalam negara mengatakan bahawa cincin itu adalah hadiah khas untuk Rosmah dan ia sebagai sebahagian daripada mas kahwin perkahwinan untuk anak perempuannya Nooryana yang bakal berkahwin dengan Daniyar Nazarbayev. sumber

PAS CAWANGAN PELENTONG SAMPAIKAN SUMBANGAN, DI KUBU KUAT UMNO

Dakwah tidak semestinya dengan hanya berceramah dan berkuliah, dakwah juga boleh datang dengan ziarah.....kata Juhir orang kuat Rahim.


Pas Cawangan Kg Pelentong Sampaikan sumbangan di bantu oleh Ketua Cawangan Saudara Abd Rahim selaku bekas Mantan YDP, sampaikan sumbangan kepada 25 keluarga yang bergerak dari rumah ke rumah,dulu kata Rahim... Kg Plentong ini adalah kubu kuat UMNO....

Aug 21, 2011

PAS CAWANGAN AIR BIRU PASIR GUDANG RAIKAN WARGA EMAS

                                         Haji Azhari Ydp Kawasan


Pada 20 Ogos  Pas  Taman Air Biru telah  menyampaikan sumbangan derma berupa wang ringgit dan makanan asas kepada warga emas yang menetap di sekitar Taman Air Biru Pasir Gudang
     Dalam program tersebut sebanyak 25 sumbangan  telah dapat di sampaikan demi untuk membantu memberikan sedikit sinar keceriaan kepada warga emas dan golongan yang kurang Berkemampuan, untuk merayakan bulan Syawal yang kian menjelang.       Dalam keadaan yang serba dhaif dan tiada daya upaya golongan ini masih dapat mengukirkan senyuman menerima sumbangan daripada Pas Cawangan Taman Air Biru   Pas Caw  berharap dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan perbelanjaan yang ditanggung oleh golongan ini dalam merayakan Syawal. yang bakal tiba  Turut hadir sampaikan sumbangan saya sendiri   (Syed Othman) dan Ydp kawasan Haji Azhari .

Aug 19, 2011

TEMBELANG UMNO SUDAH PECAH!!! ADA ELEMEN UMNO DALAM ISU SERBUAN GEREJA: CIKGU PA




Nampaknya isu serbuan gereja kembali "panas" . Semacam ada komplot dan konspirasi dalam peristiwa tersebut. Ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan :

1) Pendedahan terbaru SU PAS Dato Mustafa Ali tentang ada "elemen" UMNO dalam serbuan tersebut. UMNO Selangor melenting dan memberi tempoh 3 hari kepada Cikgu Pa untuk minta maaf. Cikgu Pa tetap dengan kenyataannya.

2) Keenganan JAIS berjumpa PAS atas alasan arahan Istana. Apa kaitan JAIS dengan Istana dalam soal ini? Adakah benar Istana atau UMNO yang memberi arahan?

3) Mengapa begitu lama siasatan diambil untuk kes ini? Hingga lepas raya. Seolah ada sesuatu "rahsia" di simpan.

4) Pertemuan PAS dengan Gereja juga dibatalkan. Jika ini daripada pimpinan PAS, ianya keputusan yang betul. Ini kerana PAS ingin mendengar kedua pihak JAIS dan Gereja. Jadinya kunci penyelesaian kes ini bergantung kepada pertemuan PAS dengan JAIS. Selagi PAS-JAIS tidak berjumpa, selagi itulah kes ini tergantung.

Tentunya UMNO seronok jika tiada pertemuan PAS-JAIS. Ini kerana mereka boleh "memanjangkan" permainan mereka.

Bagi PAS, dasar dan pendirian mereka jelas. Akidah Islam mesti dipertahankan. Kenyataan Timbalan Presiden PAS amat jelas dan tepat. Semua pihak termasuk Gereja mesti memahami dasar PAS.

Jika berlaku benar usaha pemurtadan tempoh hari, pihak Gereja mesti memohon maaf dan berjanji tidak melakukan lagi.

Bagaimanapun, kita melihat kes ini seolah-olah mahu menarik PAS masuk lubang "perangkap". Hanya kebijaksanaan pimpinan PAS untuk mengelakkan masuk atau menimbus lubang itu.

Cikgu Pa telah memulakan langkah bijaksanaannya untuk perkara ini.

Sumber:shalehudin.blogspot.com

Aug 14, 2011

PATI Halau Imam, Rampas Surau



Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad melalui pintu belakang, Wahab Bin Nonong telah bertindak menghalau Imam Rawatib yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan melantik dirinya sebagai ‘Imam Bertauliah’ di surau yang dibina di atas tanah adat yang dicerobohnya; milik Anak Negeri Sabah, Nina Bte Gaya. Natijahnya, penduduk kampung terpaksa membina surau sementara beratap dan berdindingkan karung plastik terpakai untuk membolehkan mereka menunaikan solat lima waktu, tarawih dan majlis tadarus Al-Quran.


Selepas kejadian Surau PPRT di Bukit Belacon, Lahad Datu, Surau di Kampung Lamak Bukit, 20 kilometer dari Lahad Datu ini lebih daif kerana hanya berlantaikan plastik dan mudah diterbangkan angin sehingga jemaah terpaksa menunaikan sembahyang dalam hujan lebat. “Kita bercadang mahu bina surau baru, tetapi JHEAINS tidak benarkan kerana ada surau yang dibuat Wahab di atas tanah adat peninggalan bapa saya. Wahab halau imam yang dilantik JHEAINS, jadi saya ambil imam itu untuk berkhidmat di surau sementara yang kami buat secara gotong-royong,” ujar Nina sambil menitiskan air mata kesedihan kerana terkenangkan kezaliman Wahab terhadap Umat Islam di kampungnya.

Kata Nina, beliau sedih kerana penduduk kampung terpaksa beribadah dalam keadaan tidak selesa dan daif di sebuah Negara yang agama rasminya Islam dan Adun serta Ahli Parlimennya beragama Islam. “Kelmarin hujan lebat dan semua jamaah basah kuyup, tapi mereka tetap teruskan solat tarawih kerana Wahab tidak benarkan kita sembahyang di suraunya,” kata Nina yang menegaskan Wahab tidak layak menjadi imam kerana fasik dan jahil.

Memandangkan Imam Rawatib (Imam Tetap) berkenaan, Jimlok Bin Zakariah telah lama berkhidmat di Kampung Lamak Bukit, maka kata Nina beliau menggunakan khidmat Imam Jimlok sejak Januari 2011 (tarikh dihalau Wahab) di surau sementara yang dibina di tanah wakaf yang diperuntukan arwah bapa, Gaya Bin Mansur.

Menurut Nina, beliau bercadang untuk membina surau atau Madrasah di lokasi surau sementara kerana sudah mula mengumpul bata, tiang dan perkakas lain tetapi tergendala kerana ketiadaan bekalan simen. Dalam separa berbisik, Nina mengharapkan penduduk kampung dapat sembahyang di surau yang didirikannya sebelum fajar Aidil Fitri menjelang tiba, namun hambatan birokrasi menyebabkan hasratnya terpaku di atas kedegilan JHAEINS mengiktiraf surau yang bakal dibinanya secara gotong royong.

“JHEAINS tidak mahu melayan rayuan kami dan hanya mendengar aduan Wahab sahaja; sedangkan hakikatnya beliau menumpang di tanah adat milik bapa saya dan mendirikan surau secara haram; tetapi dibenarkan JHEAINS sekalipun arah kiblatnya tidak tepat,” kata Nina yang menggesa campurtangan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Sabah, Dato’ Seri Nasir Tun Sakaran.

Bagaimanapun, jika keadaan berterusan, Nina bercadang akan memfailkan kes ini ke mahkamah, termasuk mendapatkan perintah mengusir Wahab daripada tanah adat yang dicerobohnya dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedangkan permohonan tanah Wahab telah dibatalkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.

Kes Wahab ini telah dilaporkan Sabahkini.net bertajuk ‘PATI IC Projek Kini Menjadi 'Raja' Di Tanah Adat?’ namun PATI berkenaan terselamat daripada tindakan undang-undang kerana menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood.

/sabahkini

SUMBANGAN DI DUN PERMAS

 Pada Hari sabtu 13.08 2011, 27 keluarga  di Flat Dun Permas terima sumbangan yang  di mana rombongan kami ziarah dari rumah ke rumah untuk sampaikan subangan pada  mereka yang layak terima sumbangan .

CAWANGAN TAMAN MAWAR SAMPAIKAN SUMBANGAN

Kegiatan tahunan iaitu sampaikan sumbangan kepada fakir miskin  Pas Cawangan Taman Mawar Pasir Gudang dalam DUN Permas satu usaha yang baik harus di contohi oleh Pas Cawangan lain ucapan tersebut disampaikan oleh saya sendiri (Syed Othman) semasa memberikan ucapan sempena sumbangan kepada 30 orang Fakir miskin dan Ibu tunggal   yang diadakan di Upu Pas Cawangan Taman Mawar
Hadir sama dalam majlis itu ialah  Timbalan Ydp PAS Kawasan, Hj. Jailani Merangkap Ketua cawangan Taman Mawar dan Naib Ydp Puat selaku Pengerusi Majlis
 Dalam Ucapan  "Saya menyeru supaya semua yang hadir petang ini untuk menghayati satu sifat mahmudah yang dianjurkan oleh Islam iaitu qanaah dengan maksud rasa cukup dengan apa yang ada"
"Kalau kita merasakan kita orang yang paling kaya, ingatlah ada orang yang lebih miskin dari kita, begitu juga sebaliknya jika kita rasakan kitalah yang paling susah dan miskin, ingatlah ada orang lain yang lebih miskin dan susah dari kita, demikianlah pelbagai nikmat dari Allah SWT yang perlu dihiasi dengan sifat qanaah kerana dengan itu kita akan sentiasa bersyukur dengan segala anugerah dari Allah" Katanya.
Saya juga menyatakan betapa penting sifat syukur kerana akan diberikan dua kelebihan iaitu nikmat kita akan di kekalkan dan keduanya akan ditambah oleh Allah.

Sumbangan tahunan Cawangan  Taman Mawar  untuk kali ini kebanyakannya diterima oleh golongan ibu tunggal (armalah) yang dipilih tidak mengira dari kelolompok manpun. Setiap penerima diberikan sumbangan dalam bentuk wang dan makan keperluan asas.dan pada masa yang sama juga majlis Berbuka puasa bersama Pas Cawangan

Aug 11, 2011

PAS Johor satukan wartawan, dedah penyelewengan dan salah urus wang rakyat



JOHOR BAHRU, 10 OGOS : Badan Perhubungan PAS Negeri Johor telah berjaya menyatukan sekumpulan wartawan yang terdiri daripada media arus perdana dan media alternatif di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru lewat petang semalam. Program yang bermula seawal jam 5.30 petang itu dihadiri kira-kira 40 orang wartawan daripada pelbagai media.






Dalam satu kenyataan akhbar di majlis tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Prof. Dato’ Dr. Hj Mahfodz bin Mohamed bersama barisan kepimpinan PAS Negeri Johor telah mendedahkan sejumlah penyelewengan serta salah urus wang rakyat dan telah mengambil tindakan segera dengan menubuhkan satu ‘Task Force’ yang diketuai oleh salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

"PAS Negeri Johor akan melaksanakan cadangan yang bakal dikemukakan oleh ‘Task Force’ bermula selepas kita menyambut Hari Raya Aidilfitri," tegas Prof. Dato’ Dr. Hj. Mahfodz bin Mohamed.


Antara pendedahan bentuk penyelewengan yang dibuat adalah berkenaan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) melalui Master Agreement bertarikh 30 Mei 2007, dengan Credence Resources Sdn. Bhd. (CRSB), Danga Bay Holding Sdn. Bhd. (DBH) dan Danga Bay Sdn. Bhd. (DBSB) telah menjual dua daripada sembilan lot tanah yang berkeluasan 25.75 hektar (63.63 ekar) pada harga RM 22.38 juta sedangkan Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan telah menilai dua lot tanah tersebut pada harga RM 72.17 juta.

“Kita akan terus dedahkan satu persatu penyelewengan dan salah urus wang rakyat, dan biar rakyat negeri Johor sendiri yang menilai. Kita yakin rakyat akan mula buka mata dan akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat selepas pendedahan ini dibuat,” jelas Tuan Haji Dzulkefly bin Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Antara pendedahan lain yang bakal menyusul selepas ini adalah berkaitan dengan penswastaan pembinaan kampus induk Kumpulan YPJ (KPYPJ) oleh KPRJ dan Pembinaan Limbongan Setia Berhad (PLS), pembinaan sekolah-sekolah Agama di negeri Johor yang dilaksanakan secara monopoli, isu pemberian tanah seluas 60 ekar kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor di zaman Tan Sri Muhyidin Yasin yang akhirnya telah dijual secara murah kepada sebuah syarikat swasta serta banyak lagi kes-kes rasuah dan penyelewengan yang lain.

Program Mesra Muhibbah dan Majlis Berbuka Puasa bersama wartawan ini dihadiri oleh kira-kira 40 orang wartawan daripada pelbagai media termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Selatan Online, Sin Chew Daily, Oriental Daily dan Nusajayakini.


Aug 8, 2011

NAJIB TERHIMPIT DAN TERSEPIT



Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak semakin hari semakin  terhimpit dan tersepit. Pembongkaran kes pembelian kapal selam yang melibatkan pembunuhan Altantuya  terus menghantuinya!  Sikap pendustanya dalam isu  “BERSIH 2” sudah terbukti dan diketahui umum! . Perangai dan sikap melampau Datin “first lady” nya cukup memeningkan kepalanya !


Terbaru,  diberitakan mahkamah sudahpun  membenarkan pihak peguam bela memanggil beliau dan isterinya Rosmah Mansor  untuk menjadi saksi dalam kes fitnah “Liwat 2” yang kini hampir sampai ke penghujungnya!  Soalnya,  mahukah Najib? Beranikah Najib tampil di makhkamah?  A tau Najib dalam keadaan serba salah? Semuanya mungkin !

Kalau Perdana Menteri Malaysia yang bernama Najib Tun Razak ini benar-benar anak jantan,  ada maruah, sepatutnya beliau tampil kedepan!. Bukan hanya berani dibelakang! Atau berani membuat kenyataan diakhbar dan tv saja. Buktikanlah !  yang beliau tidak terlibat dalam konspirasi kedua terhebat abad ini - selepas konspirasi Kes Fitnah Liwat 1998 ciptaan Dr Mahathir..


Dalam saat-saat genting yang menimpa Najib sekarang ini,.. andainya Najib tak mengaku terlibat dalam konspirasi ini,   dia akan malu kerana peguam bela telah mengemukakan banyak bukti.  Sekiranya Najib mengambil keputusan untuk mengaku yang beliau memang terlibat, dia akan malu besar!
Agak-agaknya  antara dua keputusan itu yang mana Najib pilih ya?.  Sama-sama kita tunggu! sumber

KAMI PRIHATIN PAS PASIR GUDANG

                                           


                                                sumbangan di Taman Saujana
                                                Sumbangan Di Permas Jaya

 Sumbangan Kg Plentong
Dimana  program kebajikan anjuran Pas Pasir Gudang di Bawah Lajanah Kebajikan  itu sudah mencapai usianya untuk tahun yang ke 11 tahun.

Program kebajikan khas pada setiap Ramadan ini adalah merupakan satu usaha dan gerakerja yang konsisten daripada Pas Pasir Gudang di mana telah berjaya digembelingkan secara tersusun untuk direalisasikan sebagai   acara tetap tahunan mereka.
Sudah tentu cabaran untuk menjayakan Program  musim ke 11 kini semakin besar dan lebih mencabar terutamanya dalam usaha mengumpul dana dan sumbangan daripada penyumbang berdasarkan kebejatan ekonomi termasuk kenaikan kos harga barang keperluan serta kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sumbangan bermula di  Markas Pas Taman  Saujana bermula jam 10 Pagi seramai 36 keluarga terima sumbangan ,kemudian rombongan kami Prihatin Bergerak ke Dun Permas Jaya di sana seramai 30 keluarga terima sumbangan di sampaikan oleh Ydp kawasan dan saya sendiri ,kemudian kami bergerak pulak ke Kg Baru Plentong Tengah dalam keadaan Hujan renyai di sana  setia menanti  Saudara Mazalan ,26 keluarga yang kurang berkemampuan terima sumbangan dari pada Pihak kami..terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini

Aug 4, 2011

Bekas Kerani ATM Mengaku Diarah Pangkah 500 Undi Pos

 

AMPANG 4 OGOS: Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan raya umum 1986.

Mohd Nasir Ahmad yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan.

"Saya disuruh buka karung undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya sedar telah ambil hak orang lain," jelas beliau dalam sebuah forum anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia sebentar tadi.

Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya.

Forum yang berlangsung kira-kira dua jam itu tadi antaranya mendedahkan kesalahan pilihan raya berkaitan undi pos yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu dan Bagan Pinang beserta bukti melibatkan komplot SPR dengan parti Barisan Nasional (BN).

Ini termasuk 62 peratus undi petugas SPR yang tidak dikembalikan dipercayai telah dijual ke pasaran gelap untuk tujuan manipulasi keputusan undi agar berpihak kepada parti BN di Sibu.

Tambah Suhaizan, PRK Sibu yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan perbezaan 7.5 peratus mengalahkan BN mempunyai perbezaan amat ketara pada undi pos di mana PR hanya memperoleh 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi.

Perkara lain yang turut dibincangkan dalam forum tadi termasuk isu berkempen di dalam kem-kem polis dan tentera, undi awal (advance voting), undi dua kali, pengundi hantu dan sistem biometrik.

Aug 3, 2011

Umno mula jadi kuda tunggangan parti lemah MIC


Sekali gertak, terus je Najib umum jawatan menteri penuh buat MIC. Mana kehebatan Umno yang dikatakan oleh blogger dan barua-baruanya selama ini konon Umno adalah ‘bos’ dan berkuasa dalam Barisan Nasional (BN).

Najib bersalaman dengan Palanivel selepas beliau mengumumkan perlantikan Palanivel sebagai menteri penuh di Perhimpunan Agung MIC ke- 65 di PICC di Putrajaya.
Tetapi apa yang menjadi realiti, Najib baru-baru ini telah mengumumkan MIC akan menerima satu lagi jawatan menteri penuh konon meneruskan amalan pentadbiran bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak.

Menurut Najib, Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Secara tiba-tiba Najib mengumumkan perlantikan itu ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC di Putrajaya.

Namun, jika dilihat sebelum ini, MIC cuba mendesak dan mengugut kedudukan mereka dalam BN di samping mahu BN terus memberi perhatian kepada kaum India jika mahu terus mendapat sokongan dalam pilihanraya akan datang. Walaupun nampak semacam nasihat, tetapi seolah-olah membuat ugutan, MIC akan terus menyokong BN jika BN ‘membantu’ MIC.

Bukan itu sahaja, malah ugutan MIC bertambah panas apabila dikatakan mahu keluar dari parti perikatan itu jika kedudukan mereka terus dianak-tirikan oleh Umno dalam BN. Baca di sini.

Jelas sekali, Umno mula menjadi ‘pondan’ apabila parti sekutunya dalam BN mula membuat tuntutan sebagai ugutan. Umno merasakan ugutan itu boleh menggugat BN dalam pilihanraya nanti.

Walaupun sebelum ini, ramai pemimpin Umno dilihat begitu keras dan tegas, tetapi itu hanya bila berhadapan dengan Pakatan Rakyat (PR), dan bukannya dengan komponen BN yang lain.

Kini jelaslah siapa yang menjadi kuda tunggangan kepada siapa. Umno sebelum ini menuduh PAS menjadi kuda tunggangan kepada DAP kerana menuduh PAS selalu tunduk dengan desakan DAP dalam urusan pentadbirannya di negeri PR. Yang terbaru, Umno cuba menuduh PAS tunduk dengan DAP di sebalik isu hiburan di bulan Ramadhan. Padahal ianya fitnah semata-mata. PAS sekadar melaksanakan enakmen yang sudah pun diwartakan oleh Umno selama pemerintahannya sebelum ini. Cuma Umno tidak pernah melaksanakannya.

Tetapi apa yang jelas berlaku, Umno begitu takut dengan ugutan sebuah parti yang lemah dalam BN iaitu MIC. Selama ini, Umno dilihat juga sentiasa tunduk dengan MCA tidak kira dalam apa keadaan sekali pun. Jelaslah, Umno sekadar kuda tunggangan MIC dan MCA dalam BN. Umno berkuasa dalam BN sekadar gimik untuk mengelak digelar sebagai ‘pondan’.

KM Pulau Pinang Buka Puasa Bersama Rakyat

Anwar Apa Guna Puasa Tapi Rasuah

Persatuan Kontraktor Melayu P.Pinang dakwa MCA RASIS pertikai tender terbuka kerajaan PP

Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang memuji dan menyanjung Ketua Menteri Lim Guan Eng yang bersikap profesional tanpa mencampur aduk politik dan kaum dalam usaha membantu rakyat, di samping sering menyatakan pendirian berdasarkan fakta dan maklumat yang benar.

Sehubungan dengan itu, persatuan kontraktor tersebut telah mengecam kenyataan perkauman Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang kerana menghina kemampuan dan keupayaan kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua persatuan itu Datuk Izham Merican berkata MCA melakukan penghinaan itu apabila menuduh Guan Eng sebagai anti-Cina semata-mata kerana kerajaan negeri, di bawah sistem tender terbuka, telah meluluskan projek kepada kontraktor Bumiputera.

“Nampaknya MCA begitu jahil sekali kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi harga RM200,000.00 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan MCA supaya sedar bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, termasuk dalam masyarakat Cina sendiri.

Katanya, dalam sistem tender terbuka, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengenepikan kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran Ketua Bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” tambah beliau.

Izham berkata bahawa walau pun persatuannya mempunyai ahli-ahli dari berbagai-bagai parti, termasuk UMNO, perjuangan mereka adalah khusus untuk membela warga kontraktor.

Menurutnya, banyak kontraktor telah gulung tikar dan pihaknya merayu kepada Kerajaan Pusat supaya dapat membantu menangani masalah itu.

“Kami ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan YAB Ketua Menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan.

“Seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada Bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan Bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum Bumiputera.

“Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengenepikan kaum Bumiputera di dalam industri pembinaan.

Sebagai pemimpin, Guan Eng bersikap terbuka walau pun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri, tambah beliau.
@pantherian - Ibarat "penampar atau buku lima" diberikan kepada MCA oleh PKMM (P.Pinang) yang didakwa melakukan tuduhan melulu kepada kerajaan PP dan mempertikai kewibawaan kontraktor Melayu PP.
 Lemparan perkataan "RASIS" kepada MCA amat bertepatan kerana jelas menunjukkan mereka cuba bermain "API " dengan mempertikai kelayakan kontraktor Melayu PP dan mahu kontrak diberi kepada kaum Cina. 
Dalam sistem terbuka, tiada istilah ia diberi berasaskan warna kulit atau sokongan seseorang kerananya ia dinilai melalui harga sebutharga dan dokumen teknikal .Sebagai Engineer yang terlibat dengan projek, aku amat faham akan sistem tender terbuka ini yang mempraktikkan penilaian sebegini tanpa berasaskan warna kulit.

MCA bakal tumbang di PRU13 akan datang jika masih ikut rentak UMNO bermain RASIS perkauman.

Dalam 2 atau 3 hari ini mahu juga mendengar SUARA UMNO PP, Senatak EZAM,PERKASA,Silat Lincah (Omardin),Suara Ank2 Mamak (Ghani Seluar Dlm)terhadap sikap biadap MCA (Tan Chen Liang).
Adakah Mamak Ghani mahu hantar Bra dan Seluar Dalam kepada Tan Chen Liang ?
Atau 
Ezam dan PERKASA berdemo di depan Pejabat MCA PP?