Dec 4, 2012

TEMURAMAH EKSKLUSIF AKHBAR BERBAHASA CINA PENYELIA PAR PERMAS



Penyelia PAR Permas Saudara Syed Othman telah mendapat perhatian akhbar berbahasa cina Oriental Express untuk menemuramah beliau secara eksklusif dalam edisi khas akhbar tersebut.Temuramah eksklusif ini telah diadakan di pejabat PAR Taman Mawar pagi tadi.

Sepanjang sesi temuramah tersebut yang telah ditemuramah sendiri oleh  Saudara Joe Chaw teck Leong timbalan editor kawasan selatan khabar oriental express banyak mengajukan soalan-soalan pembabitan politik,kegiatan masyarakat serta kerja-kerja PAR memperjuangankan isu rakyat.Penyelia PAR permas juga adalah diantara bakal calon Pas di dun permas.




Menurut saudara Joe Chaw temuramah ini adalah yang kedua dilakukan terhadap kepimpinan Pas dan sebelumnya beliau telah menemuramah saudara suhaizan kaiat.Turut ditemuramah adalah kepimpinan PKR dan DAP  selain katanya calon-calon BN juga turut ditemuramah tetapi tidak dapat dilakukan kerana masih belum pasti siapa calon diantara mereka.

Mereka yang ditemuramah katanya lagi adahlah yang dipilih kerana mempunyai potensi untuk naik dan melakar kejutan pada PRU13 nanti.


abujsiraj almuner
Setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment