Dec 19, 2012

NASIB MELAYU DIBAWAH KERAJAAN MELAYU UMNO




Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan..Mungkin itulah perpatah yang sesuai mengenai kunjungan kerja PAR negeri Johor ke dun sri medan parlimen parit sulung,batu pahat pada hari ini tadi.Setelah melangkah menyantuni para pengadu serta meninjau lokasi aduan ternyata banyak lagi masalah rakyat yang tidak diselesaikan dan dibiar sebegitu rupa.....Terbukti pemimpin parti keramat setan-setan yang dikenali gagal untuk memberikan khidmat terbaik setelah diamanahkan oleh rakyat dalam pilihanraya yang tidak BERSIH itu.






Lokasi aduan seterusnya PAR singgah di Taman Sri Sulung,parit sulung yang didiami seramai 5000 penduduk yang mengadu bau busuk dan hangit dari kilang ayam
berdekatan taman mereka.






Seorang penduduk Nordin Selamat 49 tahun berkata Taman Sri Sulung ini wujud sebelum wujudnya kilang ayam ini dan kilang ini mulai beroperasi pada tahun 2006 dan telah mendatangkan banyak gangguan dan masalah kepada penduduk.katanya sisa air buangan ayam dialirkan ke parit utama taman hingga menyebabkan bau yang amat meloyakan terutama waktu kemuncaknya pada tengahari.Kilang yang beroperasi ini dengan mengunakkan berbagai nama bukan saja mendatangkan bau ia juga mencermarkan longkang dan menganggu serta menghalang lalulintas apabila lori yang membawa ayam-ayam tiba hingga mengeluarkan bunyi yang bising.

walaupun katanya isu ini pernah diadukan kepada pihak berkaitan termasuk Adun Sri medan yang juga exco Negeri Johor dan pernah juga disiarkan masalah ini di dalam tv dan surat khabar utama tetapi sehingga sekarang masalah tidak dapat diatasi.Ia umpama anjing menyalak bukit,tiada tanda-tanda masalah ini akan diselesaikan.






Penduduk kata Nordin lagi meminta agar kilang ini samada ditutup atau dipindahkan ke kawasan lain supaya ia tidak menganggu ketenteraman para penduduk sekitar.

Namun persoalan utama,kenapa Kilang ayam ini dibenarkan beroperasi berdekatan dengan taman perumahan? siapa meluluskannya?

Penulis merakam gambar kilang itu petang tadi disapa oleh pak guard kilang,khutir penulis merakam gambar seluruh kawasan kilang...Apa yang mereka takutkan penulis sekadar mengambil gambar?

Apa-apa pun yang menjadi mangsa MELAYU juga...hampanya kata Nordin,Melayu UMNO takut untuk keluar membantah kerana keUMNOan....

Biarlah UMNO totok itu duduk dan tinggal dengan busuk bangkai itu...kerana hati mereka memang sudah pun busuk UMPAMA bangkai!!!



abusiraj almunber
setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment