Dec 5, 2012

PAR PERMAS MEMANJANGKAN ADUAN KE BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) JOHOR

Aduan Jalan bayam 26

Pagi tadi Pusat aduan Permas (PAR) mendapat aduan daripada seorang penduduk di Jalan bayam 26,Taman kota putri masai mengenai sistem perparitan serta longkang tersumbat akibat daripada pokok yang tumbang.





Menurut pengadu Abdul Rahman Ahmad 58 tahun seorang pesara pokok yang tumbang yang mengakibatkan longkang tersumbat dan pecah itu adalah kerana bencana ribut kencang yang melanda taman itu beberapa bulan yang lepas.Pokok yang tumbang itu menyebabkan ia menutupi saluran pengaliran keparitan hingga mendatangkan bau yang busuk dan telah menjadi pembiakan nyamuk-nyamuk aedes.





Pada masa yang sama PAR permas juga telah menerima aduan dari penduduk di jalan kempas 10,taman megahria masai berkenaan sisitem kumbahan tidak diselenggara hingga menyebabkan pengaliran sisa kumbahan keluar dari sistem saliran.Keadaan itu menimbulkan rasa kurang selesa penduduk berhampiran.


 
Aduan sistem kumbahan di Jalan kempas 10,taman megahria

Setelah meninjau aduan di semua kawasan aduan penyelia PAR permas syed othman dan setiausaha PAR abusiraj almuner telah membuat aduan secara bertulis di pejabat biro pengaduan awam.


 

Ada beberapa isu yang telah diadukan di pejabat biro pengaduan awam (BPA)antaranya,


1. Sistem kumbahan tidak diselenggara

   Lokasi : Jalan kempas 10,Taman Megahria masai


2. Pemohonan Bonggol dan Ancaman keselamatan

   Lokasi : Jalan Bayan 45,Taman kota putri masai


3. Loji kumbahan Najis tidak berfungsi di Taman Bukit Mewah

   lokasi : Penduduk Rumah pangsa Taman Bukit Mewah Tampoi


4. Longkang pecah dan tersumbat

   lokasi : Jalan Bayan 26,Taman kota Putri Masai


5. Sisitem perparitan tersumbat dan sampah sarap

   lokasi : Jalan permas 10/1 belakang kedai Bandar Baru Permas Jaya



Semua Aduan ini telah disiarkan di akhbar-akhbar berbahasa melayu dan cina tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak yang berkaitan.



abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas


No comments:

Post a Comment