Dec 28, 2012

SIKAP KAKITANGAN DAN BIROKRASI HOSPITAL SULTANAH AMINAH MENGECEWAKAN KELUARGA PESAKIT



Kecewa dengan sikap kakitangan hospital yang umpama menafikan rawatan susulan untuk ibunya yang sedang sakit menyebabkan seorang peneroka Felda kota tinggi datang Ke PAR PERMAS mengadu kerenah serta birokrasi yang beliau hadapi dari pihak hospital yang merawat ibunya yang sakit.











Omar Amir 56 tahun berkata ibunya Laiba bt Awang 78 tahun,menghadapi pendarahan diotak akibat diserang penyakit stroke dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada 7hb November dan dibenarkan keluar pada 15hb November.

Selepas dibenarkan balik,beliau mendakwa Pihak HSA telah mengeluarkan satu surat rujukan untuk mendapatkan rawatan susulan di klinik kesihatan berhampiran bagi menukar tiub pernafasan 2 minggu sekali tetapi tidak dinyatakan tarikh rawatan susulan.

 





Dengan surat yang diberi itu,Beliau membawa ibunya ke klinik kesihatan cahaya baru untuk mendapatkan rawatan susulan malangnya klinik tersebut menolak surat yang dikeluarkan oleh HSA.Walaupun surat yang diberi oleh HSA ditolak tetapi klinik kesihatan cahaya baru tetap memberikan rawatan kepada ibunya dan meminta beliau pergi semula ke hsa untuk meminta pihak hsa mengeluarkan surat kebenaran dari HSA bagi memberi kebenaran pihak klinik kesihatan untuk merawat ibunya.

Isteri beliau kemudiannya pergi ke hsa untuk mendapatkan surat kebenaran seperti yang diminta.kemudiannya membawa ibunya lagi ke klinik kesihatan masai dengan surat diberi oleh HSA tetapi surat itu juga ditolak dengan alasan bukan surat yang dikehendaki.

Gara-gara surat kebenaran itulah rawatan susulan bagi ibunya gagal dilakukan oleh pihak klinik kesihatan berhampiran samada klinik kesihatan masai maupun klinik kesihatan cahaya baru.beliau juga buat kali ketiga pergi lagi untuk mendapatkan apa yang diarah tetapi surat yang diberi bukan surat yang diperlukan hingga Beliau menjadi binggung apakah yang sebenarnya surat yang mereka kehendaki.

Beliau amat kecewa dengan birokrasi yang harus ditempuhi hingga menyebabkan ibunya yang terlantar sakit itu masih dinafikan untuk mendapat rawatan.Beliau juga berkata kakitangan hospital harus lebih profesional dalam melakukan kerja-kerja mereka.Katanya tugas sekecil itupun tidak mampu untuk dilaksanakan hingga mendatangkan masalah kepada keluarga pesakit.

Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah berkata PAR permas akan menghubungi pihak berkaitan untuk maklumbalas mengenainya sebelum apa-apa tindakan selanjutnya diambil.


abusiraj almuner
 

No comments:

Post a Comment