Dec 18, 2012

MELAYU DIZALIMI LAGI OLEH PENCACAI UMNO



Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini berapi-rapi sang segerombolan pencacai parti keramat Melayu ini ingin mempertahankan kedudukkan kekuasaan Melayu.laungan dan teriakan,Jangan Umno Hilang kuasa memerintah akan hancur dan lenyaplah bangsa melayu di bumi milik bangsa,akan terkinyal-kinyallah hidup sang melayu kerana dihimpit kemiskinan,dilanda ketidakadilan dan tertutuplah peluang dan ruang kemajuan yang hendak dikecapi sang bangsa pencacai.

Segenap penjuru sang pencacai menangis bagaikan bayi yang baru putus urin dan ada yang menunjukkan mimik muka menangis simpati bila pemimpin parti setan menungkap kehilangan kuasa melayu,ketakutan kuasa hilang, rintihan tangis syahdu hingga menbawa sang pencacai gelaran dato....hakikatnya semua lakonan layar yang di persembahkan adalah palsu semata-mata atau RETORIK!!!!



Apa yang berlaku di sebuah kampung bernama kampung parit gantung,dun Sri Medan,parlimen parit sulung....ternyata membuktikan wajah sebenar pencacai parti keramat ini.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR)Negeri Johor Syed Othman Abdullah,bersama Pusat Aduan Rakyat(PAR)Sri medan Ust Ahmad Rosdi Bahari serta Setiausaha Par Permas abusiraj almuner telah menemui pengadu iaitu seorang penduduk kampung parit gantung.

Tanaman sawit tidak dapat dibawah keluar kerana jalan sudah tiada

tiada jalan untuk merentasi

Masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung ini khasnya orang melayu adalah janjinya pencacai untuk membina jambatan,menaiktaraf saluran parit agar tidak berlaku banjir seperti sebelumnya dan segala gelung jambatan sementara dibuka untuk memberi laluan kerja-kerja Menaiktaraf tersebut.Akhirnya apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila setelah gelung dibuka,kerja-kerja yang dijanjikan itu tidak dilakukan hingga mendatangkan masalah kepada penduduk apabila punca rezeki mereka iaitu tanaman mereka tidak dapat dikeluarkan kerana segala jambatan sementara telah diroboh.

Dakwa seorang penduduk,Musa b masood 50 tahun yang menetap hampir 10 tahun dikampung tersebut,Ketua kampung parit gantung telah mengumunkan bahawa ARAHAN daripada JPS untuk membuka semua gelung berhampiran rumah mereka untuk dibina jambatan dan berjanji akan menyiapkan pembinaannya setengah bulan sahaja.Dakwa Musa lagi pengumuman itu dilakukan di masjid selepas solat Jumaat tetapi malangnya ia tidak siap seperti yang dijangka hingga mendatangkan masalah kepada penduduk.


rumah ketua wanita UMNO gelungnya tidak dirobek



Menurut kata Pengerusi PAR negeri Johor Syed Othman Abdullah,Akta perparitan dibawah JPS iaitu kerja-kerja menaiktaraf membaiki serta membesar dan membaikpulih,JPS akan mengeluarkan notice makluman kepada penduduk kampung dengan mendirikan papan tanda.Syed Othman menpersoalkan dimana notice pemberitahuan itu jika ia benar JPS menberi arahan untuk membina jambatan tersebut?






Yang menghairankan rumah ketua wanita umno cawangan, gelung rumahnya tidak diusik yang lain habis dirobek.Siapa punya angkara semua ini?ternyata Melayu juga yang dizalimi.Penduduk berdepan dengan terjejasnya pendapatan kerana sukar untuk mengeluarkan hasil pertanian mereka...Siapa mereka ini...cina kah???bukan,mereka adalah MELAYU penyokong tegar dulu,kini dan selama-lamanya....Mana wakil rakyat mereka dari parti keramat itu??? yang menghairankan,Adun Kawasan ini Ahmad Zahri exco pertanian Johor,Kenapa tidak perihatin tentang masalah petani di kawasannya.????

Siapa sebenarnya dalang projek kangkung ini???Adakah pencacai yang bertanggungjawap?..yang pasti MELAYU juga yang kena...dizalimi oleh MELAYU sendiri...



abusiraj almuner
setiausaha PAR permas



                                                                                                                                                                                                                                

No comments:

Post a Comment