Dec 6, 2012

MALANGNYA NASIB NELAYAN DI NEGERI DARUL UMNO!!!!



Sidang media PAR permas pagi tadi mengenai aduan nelayan tanjung langsat yang terjejas punca pendapatan  telah diadakan di tepi persisiran muara sungai di penempatan nelayan orang asli di kampung pasir puteh pasir gudang.







Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah  serta  beberapa wartawan akhbar telah berada bersama Jawatankuasa komuniti nelayan orang asli untuk mendengar sendiri rintihan dan aduan keluarga nelayan ini mengenai nasib yang menimpa mereka.


Menurut Kamal Entel Ketua komuniti Nelayan kampung orang Asli Pasir puteh yang mewakili 80 orang nelayan, hasil tangkapan mereka dahulu  sebelum musnahnya kayu bakau ini untuk dibina pelabuhan tanjung langsat adalah menjejaki hampir RM250 sehari tetapi sekarang mereka hanya dapat memperolehi hanya sekitar RM30-RM50 sehari.Ia amat menyukarkan dengan pendapatan serendah itu kerana kos sara hidup sudah meningkat dengan harga barang yang semakin tinggi.Beliau berkata lagi pernah berjumpa dengan Wakil Rakyat di kawasan itu tetapi wakil rakyat itu hanya mampu memberi surat sokongan untuk mendapatkan pampasan dari pengurusan pelabuhan tanjung langsat.Mereka katanya hanya menuntut pampasan sebanyak RM5000 setiap seorang.



Syed Salim Syed Mahmud 35 tahun,salah seorang dari ahli jawatankuasa nelayan berkata mereka pernah mengadakan pembincangan dengan pihak pengurusan pelabuhan tanjung langsat pada April lepas mengenai pampsan yang diminta tetapi pihak pengurusan pelabuhan tanjung langsat hanya mengambil aduan mereka sahaja tanpa memberi apa-apa maklumbalas.

Ketua nelayan orang asli teluk jawa Dell jaton 53 tahun berkata akibat daripada  pembinaan pelabuhan tanjung langsat ini nelayan orang asli dari 3 tempat iaitu tanjung langsat.teluk jawa dan kuala masai terjejas teruk pendapatan mereka.Mereka sekarang terpaksa pergi ke kawasan sejauh perairan pengerang untuk menangkap ikan dengan mengambil masa hampir 2 jam kesana.




Mengulas mengenai aduan ini Penyelia PAR permas syed Othman berkata beliau akan menyerahkan memorendum kepada menteri Besar bersama nelayan dan salinannya juga akan diserahkan kepada Pengurusan pelabuhan tanjung langsat dan persatuan nelayan negeri bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap tuntutan mereka.






Nasib nelayan dinegeri Johor samada nelayan melayu maupun orang asli masih tidak dapat dibela oleh kerajaan yang memerintah.Apa fungsi persatuan nelayan pun tidak diketahui ?Tiada pembelaan yang sewajarnya untuk mereka.Adakah golongan ini tidak termasuk dalam slogan Rakyat didahulukan.....???

Persatuan nelayan perlu memainkan perana yang lebih besar untuk membantu kebajikan nelayan jangan hanya menunggu mendapatkan peruntukkan atau projek.Lihat apa yang terjadi kepada nelayan di mersing dan Endau???Kena tipu sokmo...yang kena tipu ramainya Orang MELAYU!!!!!

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment