May 25, 2012

Wang Petronas : Rm 237 billion Ke Mana Perginya?


Blog Mtd-Benut.Blogspot.com

PASIR GUDANG – Ada sesuatu perkara yang cuba dirahsiakan oleh Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan UMNO Malaysia menyebabkan beliau gagal mematahkan salah satu soalan daripada Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR berhubung wang Petronas yang berjumlah RM237 billion di zaman bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi pada pentas Debat PTPTN semalam, kata Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas.


”Khairy Jamaluddin (KJ) tidak menjawab ke mana perginya wang Petronas yang diambil sewaktu beliau menjadi penasihat kepada bapa mentuanya jadi PM dulu RM237 billion. Kenapa KJ tidak menjawab atau ada rahsia besar?” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor pula berharap kejadian provokasi yang dikesan di negeri ini dapat dipadamkan disebalik debat yang dianjurkan semalam.

”Selepas debat Rafizi dan Khairy ini, diharap tiada lagi politik senam punggung, berniaga burger depan rumah orang, halang orang datang ceramah, santau-santau dan sihir-sihir. Di Johor ramai pimpinan PAS yang disihir,” katanya kagi

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian berkenaan lebih 500 pembaca setia akhbar itu memenuhi Auditorium Kumpulan Media Karangkraf bagi menyaksikan Debat Sinar Harian : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, semalam.

Debat dipengerusikan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Dr Maszlee Malik menemukan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.

Walaupun dibawakan secara langsung melalui Astro Awani, TV Internet The Malaysian observer dan Radio Bernama 24, namun dewan tetap padat dengan penyokong kedua-dua pendebat.

Dalam pada itu, pertemuan kedua tokoh muda itu di pentas Debat Sinar Harian semala membuka lembaran baru dalam sejarah politik tanah air ke arah politik yang lebih matang dan bertamadun.

Disamping itu, kedua pihak bersetuju pentingnya kerangka pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinilai semula untuk manfaat jangka panjang mahasiswa.
 by ibn_bacok

May 22, 2012

Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin menangis minta maaf pada UMNO

 

 Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin meroyan kerana menghadapi masalah dengan projek pasirnya. 
Kerana marah, Zamhuri tanpa berselindung telah membongkarkan gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga mendakwa sesetengah pemimpin dan kakitangan agensi kerajaan perlu disogok dengan wang, hiburan, termasuklah perkhidmatan amoi dari Thai     Lain  kali kita kena Berhati hati dengan puak puak ini masa terkepit baru ingat Pakatan ,sekarang dah dapat Projek sayang balik Pada UMNO siap nangis tu ha ha ha .....Masa Video pertama dulu  saya pun berhajat nak masuk dalam blog saya tapi kawan kawan kata tak payah masuk nanti mangkuk hayun ni Zamhuri dapat projek ,dia akan lupa pakatan percayalah dia berlakon sahaja kata rakan saya  kepada saya .......................................apa yang menarik dia dah sebut nak amoi .....dapat projek

May 18, 2012

Masyarakat Cina Pengerang akan Hukum BN dalam PRU 13



En Hassan Karim

Masyarakat cina yang Hadir


Ketika saya ceramah di Pengerang Baru baru ini bersama rakan Pakatan Rakyat, turut bersama ialah En Hassan Karim,dan wakil DAP.Satu momentum dapat di rasa di Penggerang dengan kehadiran masyarakat cina yang mahukan perubahan, dulu saya pernah hadir di sini (Penggerang) tetapi sambutan tidak sebegini ini menunjukkan penduduk Penggerang yang di anggap tidak berminat dengan Parti Pembangkang tetapi sekarang sudah berubah.Justeru itu Azalina Othman selaku Ahli Parlimen BN di sini jangan rasa selesa,dengarlah suara rakyat Penggerang yang mahukan pembelaan sewajarnya,tak mustahil Johor Mampu buat kejutan dalam PRU akan datang .

May 17, 2012

Anak Koma selepas suntikan

Llaporan polis

  Pasir Gudang Sepasang suami isteri hari ini membuat laporan polis berhubung kesihatan anaknya yang semakin merosot selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di sini Januari lepas.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Ulu Tiram bagi meminta penjelasan berhubung kesihatan anaknya sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap hospital itu.
Norazmi Sarmin, 38, mendakwa anaknya Mohd Haiqal, 16, kini terlantar di hospital selepas sedar dari koma akibat menerima satu suntikan sebelum menjalani pembedahan saluran hati tersumbat, 31 Jan lepas.
Gambar adik Haiqal sebelum koma dan selepas
Beliau yang ditemani isteri, Rozaliah Zaladin@Zaludin, 38, berkata, mereka yakin suntikan itu menjadi punca kesihatan anaknya bertambah buruk dan mahu pihak hospital tampil memberi penjelasan mengenai perkara sebenar.
Turut Hadir semasa  sidang Media shamsul  Ketua Penerangan Pemuda Pas Johor
"Doktor yang membuat suntikan itu bersikap berdolak-dalik setiap kali saya dan isteri bertanyakan tahap kesihatan anak kami,” katanya kepada pemberita pada pertemuan yang diatur oleh Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah, di sini, hari ini.
Sementara itu, Syed Othman berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan doktor yang terlibat esok bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkara itu dan pihaknya juga telah melantik seorang peguam bagi membantu pasangan suami isteri itu mengambil tindakan undang-undang sewajarnya sekiranya kejadian itu berpunca daripada kecuaian hospital.

May 9, 2012

BERSIH 3.0 di Maybank

saya sempat berucap di Menara maybank sebelum Bergerak ke dataran....

HARAM JADAH..........

                                   Wajarkah seorang PM melabel rakyat yang telah memberikannya undi untuk berkuasa sebagai Perdana Menteri melabelkan rakyatnya sebagai 'Haram Jadah'?   Wassatiyah.........ala Najib Koh

Kemenangan mudah bagi Najib: Pertama, kawal Rosmah. Kedua, tangkap Dr M

Kehadapan PM Najib,
Jika anda ingin menang dan lebih cemerlang dari 2004 pada Pilihan raya umum ke 13, apa yang anda perlu buat adalah menggemparkan rakyat dengan melakukan perkara seperti berikut:
1. Mengeluarkan waran tangkap terhadap sahabat anda Abdul Razak Baginda dan mendakwa dirinya di mahkamah kerana bersubahat atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu-ya buat kali yang kedua. Rakyat sememangnya mengesyaki dia bersubahat dalam pembunuhan itu kerana dia memegang peranan utama dan mendapat habuan yang besar dalam pembelian Scorpene. Sebenarnya, rakyat juga mengesyaki anda dan isteri anda juga terlibat tapi tindakan harus diambil satu persatu. Apa pun, tindakan ke atas Baginda mungkin akan melepaskan kamu sedikit sebanyak dari skandal mengurangkan kesan negatif dari kredibiliti anda dalam pembunuhan.
Menahan Samy Vellu serta merta kerana MAIKA, MIED dan skandal saham Telekom dan mendakwanya di mahkamah. Orang India akan lebih banyak menyokong anda, walaupun ada Hindraf, dan mereka akan lebih yakin terhadap anda dalam PRU ke-13.
3. Sesudah itu, berikutan skandal PKFZ di mahkamah, carilah Ling Leong Sik dan hantar dia ke penjara serta-merta. Ini akan membuat orang Cina mengambil perhatian manakala orang Melayu akan benar-benar berbangga dengan anda dan memberi ganjaran kepada anda apabila mereka mengundi.
4. Sumbat Khir Toyo ke penjara kerana rasuah dan pecatnya daripada UMNO, dia telah dilantik oleh Mahathir Mohamad sebagai Menteri Besar dan ini bukan petanda baik bagi kredibiliti bekas PM itu. Dengan mengambil tindakan ini, anda mungkin memenangi Selangor tanpa perlu bekerja terlalu keras, seperti yang anda telah dakwa akan menjadi 'ambang' untuk berbuat demikian. Menang dengan ketara akan meningkatkan imej anda kerana anda adalah Ketua Barisan Nasional bagi Selangor.
5. Pecat Shahrizat Jalil dengan segera dari semua jawatan dalam UMNO dan bekukan semua aset yang dimiliki NFC serta firma persendirian milik keluarga yang berkaitan dengan NFC dan setiap sen harus dikira. Ini mungkin akan mempertahankan kamu dari skandal kondo Kazakhstan yang bakal meletup. Ia juga akan menaikkan mata anda dalam UMNO dengan rakyat yang bakal memberi Pembangkang serangan jantung!
6. Berterus-teranglah tentang sikap berbelanja isteri anda buktikan cincin berlian AS $ 24 juta telah dikembalikan ke New York. Dan jika anda berani, jadikan ia satu permulaan untuk mengawal isteri anda setiap masa. Jika perlu, anda tidak perlu takut untuk menebat mulutnya. Anda perlu tunjukkan kepada rakyat bahawa anda pembuat keputusan utama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kerja anda juga perlu mengisytiharkan kepada rakyat bahawa Wanita Pertama Malaysia sebenarnya adalah Permaisuri Agong Seri PadukaBaginda Raja, isteri Yang di-Pertuan Agong. Isteri anda hanyalah isteri Perdana Menteri.
6. Tahukah anda YAB Perdana Menteri, jika anda benar-benar melakukan ini, undi semua wanita akan menjadi milik anda dan ini akan membantu anda secara mendadak untuk menang dengan majoriti dua pertiga yang kita tahu anda dan Umno cuba dapatkan dengan apa jua cara. Mengapa? Maaf untuk jika bunyinya kasar, tetapi isteri anda adalah orang yang paling dibenci selepas Mahathir di Malaysia.
7. Minta maaf secara terbuka atas skandal Perak dengan cara merampas kuasa dan mengakui ia adalah kesilapan yang serius. Ini akan membantu anda untuk mengekalkan kuasa ke atas Perak. Juga, semasa anda berada di sana, berilah tamparan ke muka Hee Yit Foong untuk semua orang Cina di Perak. Mereka akan mengundi untuk anda selepas itu.
8. Memenuhi semua permintaan BERSIH 2.0 terhadap 8 reformasi pilihanraya tanpa sebarang alasan. Katakan pada rakyat yang anda ikhlas dalam reformasi pilihanraya dan anda tidak perlu menipu untuk menang.
9. Ini adalah cabaran yang sebenar. Ia akan sama ada melemahkan atau menjadikan anda juara. Tangkap Mahathir Mohamed untuk semua kesalahan dimana dia telah terlibat semasa pemerintahan 22 tahunnya. Kuasa kini di tangan anda. Adakah anda boleh lakukannya?
Jika anda boleh lakukan, maka anda akan menang tanpa perlu banyak berusaha, tidak kiralah jika Pakatan Rakyat mempunyai pasukan yang sangat berbakat. Anda akan mendapat sokongan seluruh rakyat dengan mandat yang akan menjadi sukar untuk ditewaskan oleh mana-mana ketua UMNO yang lain selama beberapa dekad yang akan datang.
10.Dan akhirnya, singkirkan PERKASA dan jauhi diri dari Hassan Ali dan JATI. Dan yang paling penting, mengaku anda adalah ‘Orang Malaysia dahulu dan Melayu kemudiannya' - tidak seperti Muhyiddin Yassin yang cuba untuk membuat lawak dan membuli orang bukan Melayu tetapi lihatlah di mana dia sekarang. Jadi, dukunglah 1 MALAYSIA dengan adil untuk semua kaum di Malaysia.
Juara Rakyat
Jika anda benar-benar boleh melaksanakan semua cadangan ini, anda akan menjadi "Juara Rakyat" dan anda boleh menikmati tempoh pemerintahan yang kedua dengan berbekalkan ini sahaja.
Tetapi peluang anda untuk memenuhi salah satupun cadangan ini adalah mustahil. Jadi, anda perlu tahu bahawa anda akan kehilangan kawalan kedua-dua UMNO dan Barisan Nasional.
Pakatan Rakyat akan bersedia untuk membentuk Kerajaan seterusnya. Mudah-mudahan, untuk sekali, anda mungkin akan melakukan sesuatu yang cemerlang dengan menjadi pembangkang yang digeruni kepada mereka.
Malaysia Chronicle

May 7, 2012

Kumpulan pro, anti-BERSIH bertembung di Bukit Aman Tengok sendiri perangai Ahli Umno

SUKAN PASTI PASIR GUDANG

majlis Persmian

Kumpulan Lawan tetap lawan Warna Ungu Juara
Pada 6 .05. 2012, telah dilangsungkan Sukaneka Pasti Pasir Gudang bertempat di Bukit layang layang Pasir Gudang
Seawal jam 7.30 pagi kelihatan AJK Pelaksana bersedia di bahagian masing-masing bagi menyambut kehadiran ibu bapa dan murid-murid serta membuat persiapan terakhir di track sukaneka
 Sukaneka kali ini dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh murid-murid pasti mengikut Pasti masing-masing. Pelbagai ragam dan gaya kelihatan semasa adik-adik ini melintasi ruang VIP. Kemudian di iringi doa dan lagu  Negera Ku dan lagu Pasti dan lagu Johor


Setelah itu acara diteruskan dengan ucapan Perasmian oleh saya sendiri Syed Othman . Antara acara yang dipertandingkan ialah tarik bola dalam gelung, lari dalam guni, isi air dalam botol dan tarik upih
Bagi anak-anak yang tidak menyertai sukaneka, pertandingan mewarna juga disediakan. Tidak ketinggalan juga pertandingan tarik tali buat kaum lelaki, dan pertandingan gubahan serta anyam ketupat buat kaum perempuan.

Di akhir sukaneka, saya  telah sampaikan medal-medal kepada pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan sukaneka tahunan Pasti Pasir Gudang Pada Tahun ini.Terima kasih Juga kerana menjemput saya Rasmi sukan pasti pada tahun ini. sumber Gambar Jsu Hikmah Tq

May 5, 2012

Himpunan Tanah Hak Rakyat Johor

JOHOR BAHRU - Himpunan Tanah Rakyat (TANAH) berjaya dianjurkan dengan lancar tnpa sebarnag provokasi dari pihak-pihak tertentu. Himpunan yang dihadir oleh ribuan rakyat Johor ini diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru bermula jam 2 petang hari ini.

Menurut Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat, himpunan hari ini diadakan sebagai menyatakan solidariti dari penduduk negeri Johor yang banyak menghadapi masalah tanah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Johor dibawah pimpinan YAB Dato' Abdul Ghani Othman selaku Menteri Besar Johor.

 
Kita menganjurkan himpunan hari ini untuk membantu rakyat negeri Johor terutamanya yang banyak dizalimi atas isu tanah. Mesej yang ingin disampaikan jelas bahawa kerajaan negeri Johor harus segera menyelesaikan tuntutan yang diminta oleh TANAH untuk dilaksanakan"

"Kehadiran ribuan rakyat hari ini menghantar mesej yang cukup jelas kepada Menteri Besar Johor agar menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk negeri ini. Kita bawakan mangsa-mangsa yang dizalimi untuk mereka memberi mesej kepada kerajaan negeri agar mendengar rintihan mereka, ujar beliau lagi semasa mempengerusikan himpunan pada hari ini.

May 1, 2012

Cedera di mata tidak halang Asrul ke Bersih 4.0


BUKIT MERTAJAM, 1 Mei: "Saya sedia ke perhimpunan Bersih 4.0 sekiranya diadakan lagi kerana yang penting ialah tuntutan dilaksanakan bukan dipermainkan," tegas Asrul Wadi Ahmad, 26, kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika melawat beliau di Wad Mata, Hospital Bukit Mertajam tengah hari tadi.
Beliau yang mengalami kecederaan di bahagian mata kanan akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang ditembak oleh pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari tempat berkumpul.
Katanya, tiba-tiba sahaja benda keras terkena mata dan membuatkan beliau terjatuh dan separuh pengsan.
Menurutnya, orang  ramai yang ada di situ terus mengangkatnya ke dalam masjid dan membalut luka di mata sementara menunggu dibawa  ke lokasi untuk rawatan yang disediakan oleh pasukan kesihatan serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Asrul menceritakan, apabila sampai ke kawasan Masjid Jamek pasukan polis sudah ramai berasak-asak mencari mangsa untuk ditangkap.
Beliau mengelak dari bertembung dengan polis dan memasuki perkarangan masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Tetapi dalam masa yang sama terserempak dengan ayahnya (Ahmad) sambil memberikan sebotol mineral supaya ayahnya dapat membasuh muka akibat terkena asap pemedih mata.

"Bila saya bagi air mineral kepada ayah agar dibasuh mukanya kelihatan orang ramai makin berasak-asak memasuki di bahagian depan masjid menyebabkan ayahnya hilang dari pandangan.
“Jadi, saya terus cari ayah dan keluar kembali ke hadapan masjid tiba-tiba terasa sakit yang amat sangat di bahagian mata kanan.  Saya terlentang dalam keadaan separuh sedar," jelas beliau.
Setelah di rawat di HKL beliau dibenarkan keluar untuk membuat laporan polis di sebuah balai dengan harapan pihak polis mengadakan siasatan terhadap kejadian yang menimpanya.
Beliau dimasukan ke Hospital Bukit Mertajam setelah kembali ke Pulau Pinang dan berada di Wad 4 Bahagian Mata mulai hari Ahad lepas setelah menerima beberapa jahitan di tepi kelopak mata.
Antara kepimpinan PAS negeri yang menziarahinya termasuk Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Khalid Man, setiausaha, Mohd Nor Harun dan Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, Zamri Darus.