Dec 10, 2012

CERAMAH BERGERAK PAKATAN RAKYAT DIANJURKAN OLEH PAS PASIR GUDANG


Pakatan Rakyat khususnya Pas sekian lama menyampaikan mesej penerangan isu-isu semasa melalui ceramah kebiasaanya walaupun menpunyai akhbar tetapi penerbitannya adalah terhad.Segala saluran sejak dulu tidak dibenarkan,ditutup rapat hingga dibataskan oleh setan-setan dikenali agar maklumat serta penerangan tidak sampai kepada rakyat.





Tidak seperti parti pemerintahan UMNO BN yang menguasai media cetak dan elektronik tanpa batas digunakan untuk kepentingan mereka hingga diperkudakan untuk menghentam dek musuh hingga lunyai demi kesempitan idology politik mereka.





Sebentar tadi mengunakan keadah baru Pas kawasan Pasir gudang mengorak langkah mengadakan ceramah bergerak Pakatan rakyat diatas kenderaan 4 roda.Diadakan di pasar malam Taman rinting bermula pukul 7.30 malam tadi dengan ceramah dimulakan dengan bakal calon Dun Permas Syed Othman Abdullah.Antara yang berceramah termasuklah wakil PKR pasir gudang Jimmy Puah dan ketua pemuda DAP Negeri Johor Tan hong ping.Ini adalah yang kali kedua  ceramah umpama ini diadakan oleh PAS kawasan Pasir gudang sebelumnya ia dimulakan pertama kalinya di pasar malam taman mawar.











Seusai sahaja berceramah Syed Othman bersama pertugas MTD bergerak sekitar pasar malam untuk mengedarkan kad calon kepada pengunjung serta peniaga di pasar malam tersebut.Sambutan yang diterima dari masyarakat sebentar tadi menampakkan mood rakyat yang berbeza sekiranya dibandingkan dengan dahulu.






Program ceramah bergerak ini akan diteruskan di destinasi tapak pasar malam yang sudah dirancang hingga bubarnya parlimen Malaysia nanti.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment