Dec 1, 2012

MBJB DIDESAK SELESAIKAN MASALAH LOJI KUMBAHAN TAMAN BUKIT MEWAH



Masalah loji kumbahan penduduk Taman bukit Mewah yang rosak dan mendatangkan bau busuk yang teramat sangat setiap hari membuatkan penduduk mengadu kepada PAR kempas Suhaizan kaiat.Himpunan bantahan dan sidang media telah diadakan pada pagi khamis lepas bersama PAR permas Tuan syed Othman.

Dalam kenyataan media oleh PAR kempas Suhaizan Kaiat berkata penduduk amat kecewa dengan Majlis bandaraya Johor bahru (MBJB) yang gagal dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk taman bukit mewah.Beliau sendiri membuat aduan kepada MBJB berkenaan kerosakan mesin (surface aerator)sistem loji kumbahan najis pada 8hb oktober 2012.




Dakwanya pegawai yang bertanggungjawap telah memaklumkan bahawa masalah kepada loji kumbahan taman ini adalah disebabkan kedua-dua mesin telah rosak dan menyebabkan najis tidak dapat diproses dengan baik.MBJB sedang berusaha untuk membeli mesin tersebut dengan anggaran kos sebanyak RM30 ribu seunit.Proses pembelian ini memakan masa yang lama.





Masalah ini menbawa kepada bau yang sangat meloyakan setiap hari sehingga menganggu kehidupan penduduk.Penduduk telah membuat bantahan dihadapan loji pada 7 oktober 2012 dan telah dikeluarkan di kebanyakkan media pada 8 oktober 2012,Datuk bandar MBJB Burhan amin juga telah dimaklumkan oleh media berhubung perkara tersebut.




Penduduk Taman bukit mewah dipaksa membayar RM72 setahun untuk urusan loji tersebut tetapi MBJB gagal memberi perkhidmatan sewajarnya.Penduduk mendesak agar masalah ini diselesaikan dalam tempoh seminggu dan punggutan tandatangan bantahan akan dibuat dan akan diserahkan kepada MBJB dengan kadar segera.

Mengulas mengenai isu ini Penyelia Par permas Tuan syed Othman berkata pihaknya akan membuat aduan terus kepada Biro pengaduan awam (BPA) agar menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.Keadaan sebegini katanya terdedah dengan berbagai penyakit berjangkit sekiranya masalah ini berlarutan.


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas



No comments:

Post a Comment