Dec 28, 2012

PUSAT ADUAN RAKYAT (PAR) PARIT SULUNG BERSEDIA BERKHIDMAT UTK RAKYAT




Jarak bukan penghalang untuk membawa permasalahan rakyat agar didengari maupun untuk mencari penyelesaian.Begitu juga dengan pencarian ilmu sejauh mana pun jarak perjalanannya sekiranya ia boleh memberikan kesan serta maafaat berguna untuk dipelajari tidak sia-sia masa dan waktu yang diluangkan.

Pusat Aduan Rakyat parit sulung(PAR)Ust Ahmad Rosdi Bahari dengan keazaman tinggi serta niat murni ingin memberi khidmat terbaik buat rakyat sekitar parit sulung sanggup melapangkan masa untuk sampai ke Johor bahru dari Batu pahat semata-mata ingin mencari pendedahan dengan bimbangan serta tunjuk ajar dari Penyelia PAR Negeri Johor Syed Othman Abdullah.Beliau telah dibawa ke Biro pengaduan awam (BPA)bagi merasai sendiri pengalaman bagaimana membuat aduan permasalah rakyat kepada BPA.

Pusat Aduan Rakyat (PAR ) Negeri Johor pada dasarnya diasaskan adalah untuk mendekati serta menyulami permasalah rakyat dari segala aspek kehidupan hatta memberi khidmat kepada bebagai lapisan masyarakat agar masalah rakyat itu didengari.

Sekiranya penyelia PAR seluruh Johor memberikan komitment yang tinggi terhadap gerakkerja PAR,tidak mustahil ia boleh memberi kepercayaan dan sokongan Rakyat marhaen kepada PAR khususnya PAS kerana ia bukan sahaja terlibat menyelesaikan masalah rakyat,ia juga merangkumi kebajikan rakyat keseluruhannya tidak kira idelogy politik,bangsa dan agama.


abusiraj almuner


No comments:

Post a Comment