Feb 22, 2016

Penduduk bantah pasang pemancar telekomunikasi

  1. JOHOR BAHRU - Kira-kira 1,000 penduduk Jalan Permas 12/14 Bandar Baru Permas Jaya, di sini membantah tindakan syarikat telekomunikasi yang ingin memasang pemancar telekomunikasi berhampiran kediaman penduduk.

Penduduk, Lim Hup Hua, 64, mendakwa, tindakan syarikat telekomunikasi tersebut tidak memikirkan kesan negatifnya kepada penduduk yang tinggal hanya lebih kurang 10 meter dari bumbung premis dua tingkat yang ingin didirikan pemancar telekomunikasi berkenaan.
Menurutnya, enam pemancar telekomunikasi sedia ada sudah cukup mengganggu keselesaan penduduk kerana kerap diserang sakit kepala, demam dan selesema didakwa kesan daripada radiasi pemancar itu.
“Sejak berpindah ke sini lebih kurang empat tahun lalu, kami sekeluarga termasuk cucu berumur 14 dan 2 tahun kerap sesak nafas dan demam termasuk sakit kepala.
“Kita minta jangan tambahkan lagi penderitaan kami kerana banyak lagi kawasan lain yang boleh dipacakkan pemancar telekomunikasi itu selain di kawasan ini,” katanya, semalam.
Seorang lagi penduduk, Anthony Lee, 50, mendakwa, jarak rumahnya dengan enam pemancar telekomunikasi yang dipasang lebih 10 tahun lalu sudah cukup menyusahkannya kerana mengalami kerugian akibat kerosakan barangan elektrik.
Katanya, siaran televisyen di rumahnya tidak pernah jelas, malah paling menakutkan apabila hujan lebat kerana akan berlaku pintasan elektrik sehingga membahayakan ahli keluarganya.
“Nak pindah pun tak boleh sebab kita dah beli rumah ni sejak hampir 20 tahun lalu, walaupun terpaksa berdepan risiko dan membahayakan setiap kali hujan lebat.
“Pemasangan pemancar telekomunikasi sebelum ini tak disedari penduduk kerana ia dibuat pada waktu malam dan cuti umum untuk mengelakkan diketahui serta dimarahi orang ramai,” katanya.
Sementara itu, Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung berkata, tindakan kontraktor yang dilantik syarikat telekomunikasi memasang pemancar telekomunikasi berkenaan menimbulkan keraguan kerana tidak memiliki surat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata, penduduk di kawasan itu tidak menolak kemudahan yang ingin disediakan, tetapi perlu menjaga kepentingan rakyat setempat.
“Kita minta kerajaan negeri atau PBT mengadakan forum untuk menerangkan kesan sebenar radiasi daripada pemasangan pemancar telekomunikasi kepada penduduk kerana mereka belum memperoleh maklumat tepat mengenai perkara tersebut.

  1. “Kita tak mahu penduduk terus dibelenggu kebimbangan sehingga mengganggu keselesaan hidup, sedangkan fakta tepat mengenai kesan daripada perkara tersebut belum dijelaskan secara terperinci,” kaPenduduk bantah pasang pemancar telekomunikasiCai Tung bersama Pengerusi Aduan Amanah Negeri, Syed Othman Syed Abdullah dan penduduk menunjukkan pemancar telekomunikasi sedia ada yang didakwa menyusahkan mereka

PEMUDA RAYU KAKI PALSU

Pemuda rayu kaki palsu
Arumugam menceritakan kepayahan hidupnya kepada Syed Othman (dua, kanan) dan Saiful Nazri (kanan).

PASIR GUDANG - “Saya rayu mana-mana pihak yang boleh membantu mendapatkan kaki palsu untuk saya kerana saya malu terpaksa menyusahkan ibu bapa yang sudah tua menanggung kehidupan saya yang tak bekerja,” katanya.
Itu luahan seorang pemuda yang menjadi mangsa kemalangan lebih empat tahun lalu sehingga menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong paras paha selepas gagal diselamatkan lebih dua tahun lalu.
M Arumugam, 40, berkata, akibat kemalangan itu, dia menanggung derita lebih setahun terbaring di rumah sehingga memaksa pihak hospital memotong kakinya selepas tidak lagi berdaya menanggung kesakitan yang amat sangat.
Menurutnya, dia ada meminta bantuan kaki palsu daripada beberapa pihak bagi membolehkannya berdikari mencari kerja, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.
“Saya hanya perlukan kaki palsu untuk berjalan kerana saya tak boleh bertongkat disebabkan tulang belikat saya juga patah.
“Beberapa kali dengan keadaan berjalan terhincut-hincut saya keluar mencari kerja, namun tidak diterima dengan alasan berkaki satu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.
Kunjungan ke kediamannya di Taman Kota Puteri, di sini, turut disertai Pengerusi Aduan Amanah negeri, Syed Othman Syed Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya Amanah Pasir Gudang, Saiful Nazri Mohamad.
Arumugam berkata, kehidupannya bersama ibu dan bapa yang juga warga emas menghidap pelbagai penyakit, hanya bergantung harap kepada tiga adik-beradik yang telah berkeluarga, selain  bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM200 sebulan.
Menurutnya, dia tidak mampu membeli kaki palsu sendiri, yang dianggarkan berharga hampir RM2,000 kerana langsung hilang punca pendapatan.
“Macam mana nak beli kaki palsu sendiri, sedangkan nak makan pun susah.
“Saya nak kerja sekurang-kurangnya dapat jadi pengawal keselamatan pun tak apa asalkan ada pendapatan sendiri kerana sampai bila saya nak menyusahkan abang saya,” katany


Jan 24, 2016

Amanah Pasir Gudang { Kabajikan }

 Kerja Kebajikan di teruskan

Amanah Pasir Gudang Edar Buah Limau



Pada sebelah pagi tadi Amanah Pasir Gudang edar buah limau di Permas Jaya

Jan 11, 2016

Kisah Isteri beliau Stroke Pasir Gudang

Amanah Pasir Gudang Minggu lepas Kesempatan Ziarah dan Sumbangan kepada keluarga  di Viralkan dalam facebook yang tinggal di Taman Air biru Pasir Gudang ,Isteri beliau mengalami  stroke,Saya dapat maklumat ramai Pihak sudah tampil membantu .