Dec 31, 2009

WARGA EMAS PUN DI TIPU OLEH KETUA CAW UMNO




Makcik Maimunah mengatakan Perangai Ketua caw UMNO macam yahudi ,Ketika beliau membuat kenyataan akhabar.

KELAB PENYOKONG PAS GEMBIRA DI IKTIRAF SEBAGAI DEWAN





Kelab Penyokong PAS Pasir Gudang yang di ketuai oleh Cikgu Nada gembira kerana Kelab Penyokong PAS telah diiktiraf sebagai Dewan Perhimpunan Penyokong PAS.Beliau berucap semasa Majlis Dialog baru-baru ini di Pejabat PAS Pasir Gudang, turut hadir bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat YAB Dr.Mujahid Yusof Rawa serta Sdr.Khairul Faizi selaku Ketua Pemuda PAS Johor.

CERAMAH UST SHARIR LONG


Umat Islam perlu mengamalkan Islam yang sebenarnya, sentiasa berpegang kepada apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Umat Islam perlu mencontohi ketaatan dan kefahaman umat terdahulu di kalangan sahabat dan tabiin menjalani kehidupan sebagai Muslim.

Jika umat Islam mengikuti seperti orang terdahulu amalkan, sudah pasti umat Islam tidak akan dimomokkan lagi dengan perkataan mundur, kegagalan dan kejahilan.

Semakin erat hubungan seseorang dengan agama, semakin baik keadaan dan budi pekertinya. Malah, hubungan erat ini akan membawa kepada kejayaan, penghormatan, kemenangan dan kemuliaan kepada sesiapa saja.

.”Di antara ucapan Ust sharir long ,Turut hadir semasa ceramah tersebut saudara Shukur dari Parti keadilan

Dec 29, 2009

PUAN ROZI BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA CAW UMNO


LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA CAWANGAN UMNO

Laporan Polis & SPRM Isu Setingan di Dun Stulang Perlukan Pembelaan

MUQADIMAH

Satu lagi projek mega Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kerjayaraya Malaysia yang dilaksanakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia telahpun menganugerahkan konsesi membangunkan Projek Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur atau dikenali sebagai Eastern Dispersal Link(EDL) kepada MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd yang bernilai RM 977juta dan konsesi ini dipegang selama 34tahun.
Pembinaan lebuh raya sepanjang 8.1 km ini telah pun bermula pada 25 Februari 2008 dan projek ini dijangka siap pada tahun 2012 yang bertujuan mengurangkan kesesakan bandar raya Johor Bahru dan menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Chagar (KIK) dengan Lebuhraya Utara-Selatan di Pandan.

Projek Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) ini melibatkan 2 seksyen.

Seksyen A
Jajaran ini adalah mengikut jajaran yang sedia ada iaitu sepanjang Jalan Stulang Darat/Pasir Pelangi tetapi ianya adalah eleveted dan jalan yang sedia ada akan berada di bawah lebuhraya ini.

Seksyen B
Jajaran ini adalah di atas tanah dan ianya adalah jajaran yang baru iaitu melibatkan pengambilan balik tanah dan penempatan semula setinggan bagi beberapa buah kampung seperti Kg. Desa Melayu, Kg. Desa Makmur, Kg. Desa Jaya, Kg. Tengah, Kg. Tok Siak, Kg Hajah Hasnah, Kg Bakar Batu dan Kg. Belantik.


ADUAN
1. Penduduk setinggan atau peneroka bandar berasa tertipu dengan kerajaan yang selama ini berjanji untuk memberikan hak milik tanah yang diteroka oleh mereka puluhan tahun dahulu yang asalnya tanah berpaya disepanjang tepian lembaran Sungai Tebrau yang telah dibangunkan oleh penduduk dan kini tanah yang mereka duduki sekarang bernilai komersial yang sangat tinggi akhirnya diambil alih oleh kerajaan atas nama penswastaan.

2. Penduduk tidak menolak pembangunan sekiranya ianya sudah sampai dan bermanfaat untuk rakyat tetapi biarlah mereka diberikan hak yang setimpal dengan nilai tanah yang telah mereka bangunkan selama puluhan tahun.

3. Meminta diumumkan kertas siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen (PAC) yang bersidang pada tahun 2007 yang waktu itu dipengerusikan oleh Dato Shahrir Abd Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru merangkap Ketua Bahagaian Umno Johor Bahru yang ditugaskan menyiasat perbelanjaan besar kerajaan dalam projek tersebut.

4. Penduduk ditawarkan dengan saguhati atau ex-gratia sebagai menggantikan perkataan pampasan kepada penduduk kampung yang terlibat dengan jumlah yang dikirakan tidak munasabah seperti jadual berikut:-

a) Pihak MRCB akan membayar sebulan RM 380 (tiga ratus lapan puluh) selama 3 tahun sebagai sewa yang jika dikira sekaligus ialah 36 bulan bersamaan RM 13,680 (tiga belas ribu enam ratus lapan puluh).

b) Pihak MRCB akan membayar saguhati sebanyak RM 2,000(dua ribu) sebagai saguhati untuk kos perpindahan.

c) Pihak MRCB akan membayar saguhati tambahan sebanyak RM 3,000(tiga ribu) lagi sebagai bonus bagi penduduk yang berpindah dalam masa 2 bulan ataupun penduduk yang berpindah dalam bulan Julai dan Ogos.

5. Penduduk meminta dilakukan penyiasatan kemungkinan wujudnya sindiket yang mengambil keuntungan terutamanya yang melibatkan ketua-ketua cawangan umno di kampung-kampung terlibat yang menjadi agen atau orang tengah yang menguruskan pembayaran kepada penduduk.

6. Menyiasat kewujudan budaya samseng dan peras ugut yang kini bertindak menakut-nakutkan penduduk kampung dari rumah kerumah sehinggakan penduduk kampung bimbang untuk mengambil keputusan dan mendengar penjelasan dari semua pihak.

7. Meminta disiasat individu-individu yang terlibat dalam Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor yang sehingga kini masih belum mengusulkan perjanjian jualbeli rumah kepada penduduk sedangkan ramai penduduk yang sudah mendapat wang tetapi masih tidak mendapat rumah.

8. Menyiasat ketua-ketua cawangan Umno kampung-kampung terlibat yang bertindak mewakili penduduk berunding dengan pihak pemaju MRCB yang sepatutnya diwakili oleh ketua-ketua kampung.

9. Menyiasat kebenaran janji-janji Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor yang mengatakan penduduk yang pernah memiliki lesen menduduki sementara(tol) dikatakan akan ditawarkan rumah jenis pangsa kos sederhana rendah dari unit-unit tingkat 1 hingga 5 seluas 850 kaki persegi dengan harga RM80,000.00 dan penduduk hanya perlu membayar RM35,000.00 sahaja dan rumah RM50,000.00 pula ditawarkan kepada anak-anak penduduk dan penyewa rumah asal unit-unit dari tingkat 6 ke tingkat 12 untuk unit yang berkeluasan 750 kaki persegi.

10. Menyiasat kebenaran surat tawaran dari Cawangan Perumahan Johor yang tidak pernah ditunjukkan kepada penduduk kampung yang mana perjanjian itu hendaklah menunjukkan harga yang ditawarkan adalah RM80,000.00 dan Surat Perjanjian Jual-Beli (S&P) juga menunjukkan harga yang sama walaupun harga yang perlu dijelaskan adalah RM35,000.00.

11. Penduduk mahukan 2932 unit rumah kos sederhana rendah(rumah mampu milik) yang dibangunkan untuk penempatan semula setinggan diatas Lot tanah PTD148146 dan sebahagian Lot PTD148149 Muikim Plentong didalam daerah Johor Bahru diberikan status milik kekal dan bukannya sewa.

12. Menyiasat kemungkinan wujudnya manipulasi kepada penduduk kampung yang telah bersetuju atau akan bersetuju menerima pelan perpindahan pemaju MRCB sehinggakan penduduk yang sudah menerima wang ex-gratia atau saguhati berasa tertipu atau terpedaya dengan pelan tersebut.

13. Sehingga hari ini pemaju projek iaitu pihak MRCB masih belum memberikan apa-apa notis hitam putih berkenaan pampasan & notis arahan berpindah kepada penduduk melainkan semua datang secara lisan melalui ketua cawangan Umno

14. Meminta dihentikan sementara sebarang pembayaran saguhati atau ex-gratia kepada penduduk yang sukarela menerima tawaran pelan perpindahan yang dibuat melalui wakil-wakil Umno kampung tersebut memandangkan sudah terlalu banyak aduan dan keraguan yang timbul disebalik individu-individu yang bertanggungjawab menguruskan pembayaran wang beserta dokumen-dokumen tawaran dan penerimaan.

15. Meminta pihak MRCB dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor turun sendiri bersama jawatankuasa bertindak penduduk untuk memberikan penjelasan dan status terkini penduduk memandangkan masih ramai penduduk yang tidak mendapat penerangan yang sebenarnya tentang projek lebuhraya dan pelan perpindahan.

16. Penduduk mahukan status rumah yang dihuni oleh lebih dari satu keluarga sama ada layak atau tidak menerima saguhati mengikut jumlah keluarga yang tinggal dibayar secara terus satu keluarga atau berbilang mengikut jumlah pintu rumah dan keluarga.

17. Meminta kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan Tebrau Teguh Sdn Bhd bertanggungjawab memberikan kenyataan hitam putih tentang bagaimana projek penempatan semula rumah kos sederhana rendah yang sangat lembab dan perlahan akan berjalan mengikut jadual sedangkan projek pembinaan lebuhraya sedang rancak dijalankan

18. Menyiasat ketelusan bancian yang dibuat untuk penama-penama yang layak membeli atau memilik rumah yang sepatutnya dijalankan sendiri oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan bukannya bersumberkan dari ketua-ketua cawangan Umno.

19. Meminta dipamerkan serta merta penama-penama yang layak untuk membeli atau memiliki rumah kos sederhana rendah untuk penempatan semula tersebut di papan-papan tanda awam dikawasan sekitar kampung memandangkan penduduk bimbang dengan ketelusan bancian tersebut dan bimbang nama-nama yang layak tercicir atau hilang.


SAYA MENDESAK AGAR LAPORAN INI DISIASAT DAN TINDAKAN SEGERA DILAKUKAN SEKIAN LAPORAN SAYA.

Dec 28, 2009

HASAN ALI KECEWA SPEKULASI BELIAU AKAN MENINGGALKAN PAKATAN

Persuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali melahirkan dukacita dengan spekulasi pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Menyifatkan dakwaan itu sebahagian dari kempen fitnah, pensyarah itu berkata beliau dan gerakan Islam terbesar negara itu komited kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Jawatankuasa Displin Pas sedang menyiasat Dr Hasan dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ekoran kenyataan dari dua pemimpin itu yang dikatakan menjejaskan imej Pakatan Rakyat.

Pas telah menetapkan tarikh 7 Januari dan 9 Januari untuk menyoalsiasat Khalid manakala satu tarikh baru akan ditetapkan buat Hasan.

Pengerusi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jawatankuasa mempunyai kes yang kuat terhadap mereka.

Meskipun begitu Adun Gombak Setia ini menegaskan beliau mahu kekal dalam Pakatan Rakyat kerana gagasan kerajaan alternatif ini memerlukan wakil rakyat yang bukan dari spesis katak melompat.

Dr Hassan Ali turut mencurigai kewujudan geng pemisah yang dikatakan mahu menyerahkan memorandum kepadanya esok

ENJIN JET HILANG NAJIB LETAK JAWATAN :MUJAHID



Najib selaku Perdana Menteri Malaysia harus bertanggung jawab,ini bukan hilang Enjin motor tapi enjin Pesawat ,ketika hilang tahun 2007 Najib jadi Menteri Pertahanan jadi beliau harus Letak Jawatan Kata Ust Mujahid ketika ceramah di Pasir Gudang.

Dec 26, 2009

PERTEMUAN JAWATAN KUASA PENDUDUK SETINGGAN KAMPUNG DESA MELAYU BERSAMA MRCB




Satu pertemuan bersama penduduk kampung yang terlibat dengan pihak MRCB Lingkaran Selatan bersama konsultan tanah projek Lebuhraya Penyuraian Timur(EDL) telahpun diadakan dalam suasana muafakat dan muhibah.

Tujuan pertemuan tersebut ialah mencari titik penyelesaian diatas kemelut dan permasalan yang timbul disebalik pengambilan tanah yang sekarang ini dibangunkan oleh MRCB dikawasan-kawasan kampung untuk dibina lebuhraya.dimana Seramai 2,932 keluarga dari perkampongan setinggan Desa Melayu, Desa Makmur, Desa Jaya, Kampong Dato’ Hajah Hasnah Ahmad, Kampong Tengah, Kampong Belantik, Kampong Tok Siak dan Kampong Bakar Batu perlu ditempatkan semula berikutan pembinaan projek Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (Johor Bahru Eastern Dispersal Link – JB EDL) bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di bandaraya Johor Bahru.

BTN ANJUR CUMA CINTAKAN SATU KAUM

Susulan keputusan Selangor menghentikan serta-merta pegawai dan mahasiswanya daripada mengikuti kursus anjuran Biro Tata Negara, kerajaan negeri hari ini menganjurkan wacana terbuka bagi merungkai secara terperinci modul dakyah perkauman itu.

Bertemakan 'Biro Tata Negara: Patriotik atau Perkauman' panel jemputan Adun Batu Caves, Amirudin Shari memulakan perbahasan dengan dengan berhujah, pemimpin Umno-Barisan Nasional sendiri menolak kursus itu malah menyifatkannya sebagai bersifat perkauman.

Bagi Amirudin, kandungan modul BTN itu dipertikaikan apabila didapati ia menyelitkan unsur fitnah dan hasutan terhadap parti pembangkang serta memecahbelahkan kaum dengan menyemai sifat taksub kepada sesuatu kaum sahaja.

“Patriotisme satu unsur yang diperlukan kepada negara kita, semangat cintakan negara, tetapi Biro Tatanegara melahirkan sebenarnya patriotisme berdasarkan daripada semangat perkauman.

“Masalah Biro Tatanegara ini bermula daripada kandungannya yang mengajak semangat perkauman khususnya untuk orang-orang Melayu membentuk negara kita ini berasaskan kepada cintakan kepada bangsanya sahaja,"katanya.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkongsi pengalamannya mengikuti program BTN mendedahkan bahawa BTN diwujudkan semata-mata untuk menghalang pengaruh Anwar Ibrahim yang ketika itu aktif dalam ABIM.

“Anwar ialah Yahudi, orang Cina, Amerika, ejen Barat, PAS ialah satu parti ajaran sesat dan DAP ialah satu parti yang berasal dari Singapura. Saya malah dalam kuliah subuh, pihak peserta kena sampaikan kuliah subuh, tetapi malangnya kita diberikan set teks lebih kurang macam khutbah, tiada pilihan untuk melontarkan idea sendiri tapi kita diberikan teks ada dua yang masih saya ingat, Malaysia sebuah negara Islam dan ISA halal dari sudut Islam,"katanya.

Tambah Nik Nazmi lagi, jika BTN itu mahu diteruskan, tenaga pengajarnya perlu dipelbagaikan terdiri daripada lebih ramai wanita, bukan khusus kepada satu parti sahaja, orang bukan Melayu.

Malah katanya tidak salah jika tenaga pengajarnya terdiri daripada rakyat dari Malaysia Timur seperti dari Kelantan ataupun Terengganu.

Wacana anjuran kerajaan negeri ini juga menampilkan dua lagi panelis iaitu budayawan Eddin Khoo, penulis KJ John dan bekas calon Umno untuk Parlimen Tumpat Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir Exco Selangor, Teresa Kok dan Adun Kg Tunku, Lau Weng San serta Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Seramai 200 peserta mengambil bahagian dalam dialog terbuka anjuran Pejabat Menteri Besar Selangor ini di Jaya One, Petaling Jaya.

Dec 25, 2009

TAMPAL POSTER PUN SATU TARBIYYAH



Kita tidak menafikan apa pun program jamaah yang disertai oleh ahli Pas, merupakan tarbiyyah kepada mereka.Tampal Poster adalah Tarbiyyah. Paling kurang mentarbiyyah mereka bekorban masa dan wang ringgit. Demonstrasi adalah tarbiyyah. Paling kurang mentarbiyyah mereka berani, prihatin dengan issu dan sebagainya. Namun semua itu adalah tarbiyyah secara tidak langsung. Program tarbiyyah tidak langsung adalah peringkat yang kedua selepas melalui Tarbiyyah secara langsung. Tarbiyyah secara langsung inilah yang akan mendedahkan ahli kepada Taswwur Islam yang syumul, memberikan mereka kekuatan hujjah sehingga mereka iltizam dengan jamaah, mendidik rohani mereka agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, sumber kemenangan perjuangan. Tarbiyyah secara langsung itulah yang akan melonjak mereka untuk berani kehadapan dan berjihad mempertahankan Islam. Tarbiyyah secara langsung itu juga yang mengukuhkan ikatan ukhuwwah dalam jamaah. Pemuda turun ke padang tampal Poster Ceramah ,yang bakal diadakan pada 26Hb nanti.

PROGRAM KEBAJIKAN PEMUDA






Pemuda PAS Pasir Gudang tidak mahu ketinggalan dalam usaha membantu rakyat,
Bagi Pemuda Pas Pasir Gudang akan memberi sumbangan bulanan kepada keluarga yang kami fikirkan layak untuk menerima sumbangan itu.

Beberapa keluarga telah kami kenal-pasti untuk diberikan bantuan susulan atau bantuan tetap seperti beras,gula dan lain lain.
Antara yang bakal mendapat bantuan susulan adalah seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga anak beliau seramai 6 orang dan dalam masa yang sama beliau menghadapi masalah kesihatan.
Sebanyak 5 keluarga telah mendapat sumbangan bantuan daripada Pemuda Pada sebelah Pagi tadi . Antara yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, tepung gandum,dan gula .

Program Kebajikan ini merupakan inisiatif daripada Dewan Pemuda PAS Pasir Gudang bagi membantu rakyat yang terpinggir daripada arus pembangunan dan tidak mendapat bantuan terus daripada kerajaan.

Dec 23, 2009

MB: ISU KUBUR HINDU DI KUALA KETIL SELESAI

Isu pemindahan kubur Hindu di tapak kampus Kolej Universiti Insaniah, di Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil dekat Alor Star, dianggap selesai selepas kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan waris serta persatuan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata lebih 100 kubur selesai dipindahkan dan kerja pembinaan kampus berkenaan kini diteruskan dan dijangka siap menjelang 2012.

"Kes ini sudah selesai walaupun peringkat awal ada salah faham. Kita telah memberi penerangan kepada persatuan Hindu Sangam dan mereka dah faham," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata kubur berkenaan dipindahkan ke kawasan baru yang terletak empat kilometer dari tapak lama dan setiap waris yang terbabit dibayar RM3,000.

Kerajaan negeri turut menyediakan sebidang tanah seluas satu hektar bernilai RM500,000, untuk masyarakat India di kawasan berkenaan bagi pembinaan dewan orang ramai, kata Azizan.

Baru-baru ini kekecohan berlaku apabila lebih 300 penduduk termasuk waris kepada ahli keluarga mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan itu, membantah pemindahan kubur itu kerana mendakwa tanah perkuburan seluas 0.8 hektar itu, merupakan sumbangan seorang pemilik ladang kepada pekerja ladang di kawasan berkenaan.

Mengenai satuperkara lain, Azizan berkata penswastaan pengurusan bekalan air yang akan diuruskan Syarikat Air Darul Aman (Sada) di negeri ini, akan bermula Januari tahun depan.

Beliau berkata Sada kini dalam proses membuat tawaran kepada kakitangan Jabatan Bekalan Air, sama ada ingin terus berkhidmat dengan syarikat baru itu atau berhenti secara pilihan.

"Ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan juga telah dilantik dan namanya akan diumumkan kemudian," kata Azizan.

Mengenai kadar baru yang bakal dikenakan, beliau berkata: "Ia terpulang kepada pengurusan baru, mungkin ada penambahan (kenaikan), tapi harap tidak membebankan rakyat dan kerajaan negeri." Bernama

CERAMAH ,ENJIN HILANG

3 BUAH PASTI BARU DI TAMBAH PASIR GUDANG


Pasti Kawasan Pasir Gudang di bawah Dewan Pemuda akan menambah 3 buah PASTI baru pada tahun 2010. Tiga cawangan Pasti tersebut ialah di ,Permas Jaya, Taman Nusa Damai dan Taman Sentex. Perkara ini dinyatakan dalam Mesyuarat dewan Pemuda ,Oleh Saudara Mohd Rozi di Markaz PAS Taman Mawar pada 11 Dec lalu . Usaha untuk merealisasikan penubuhan Pasti ini sedang rancak dijalankan melalui kempen pendaftaran pelajar untuk sesi 2010. Jumlah keseluruhan Pasti 11 buah. Keterangan lanjut pendaftaran pelajar dan sumbangan boleh hubungi Sdr Rozi 0197767952.

PERALATAN TENTERA LESAP ,CERMIN KEPIMPINAN BN

Dua enjin pesawat tempur, pelancar grenad dari kes Al-Maunah, dan bom peledak C4 dari kes Altantuya Shaariibuu adalah sampel peralatan militer jutaan ringgit yang hilang dibawah pengawasan pasukan keselamatan negara.

Pakatan Rakyat berpendapat kegagalan melindungi aset ketenteraan dari jatuh ke tangan musuh mencerminkan sejauh mana ampuh kesungguhan pemerintah mempertahankan kedaulatan negara.

“Ini membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa orang yang kita amanahkan mengabaikan tanggungjawab mereka termasuk Menteri dan juga Perdana Menteri sekarang. Di mana, satu hilang di zaman dia sebagai Menteri Pertahanan dan satu lagi hilang di zaman dia sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Kedua-duanya memberikan gambaran berkenaan Najib,”katanya Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Agensi berita AFP melaporkan peralatan tentera bernilai jutaan ringgit dipercayai telah dijual ke pasaran gelap.

Peguam Negara Abdul Gani Patail berkata kecurian dua enjin pesawat tempur F-5E TUDM baru-baru ini dipercayai berlaku pada 1 November 2007.

Dibawa keluar dari Skuadron ke-12 Butterworth, dua enjin terbabit dipercayai hilang ketika menunggu giliran untuk diselenggarakan di Pengkalan Udara TUDM Sungai Besi.

Namun kecurian ini hanya disedari pada Mei 2008. Laporan polis hanya dibuat tiga bulan kemudian.

“Kementerian Pertahanan yang kita tahu melibatkan pembelian-pembelian barangan yang amat bernilai tinggi dan bajet yang tinggi sebelum ini, saya melihat di sini berkemungkinan ada perkara-perkara yang cuba dibendung daripada pengetahuan umum,”kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Kementerian Pertahanan melaporkan empat individu termasuk pegawai TUDM ditahan berhubung kes ini.

Liputan media bagaimanapun tidak menyeluruh, disebalik janji pemerintah untuk tidak menutup kes ini dari pengetahuan awam.

Panglima Angkatan Tentera Azizan Ariffin berkata kecurian dua enjin pesawat tempur ini hanyalah sekelumit dari laporan audit yang mendedahkan lebih banyak peralatan tentera gagal dikesan.

“Secara keseluruha saya melihat ketika mana Najib menerajui Kementerian Pertahanan dia banyak terpalit dengan perkara-perkara yang menunjukkan bahawa sisitem keselamatan ketenteraaan amat lemah sekali . ini sedikit sebanyak membuktikan beliau tidak mampu menerajui negara apatah lagi kementerian yang hanya merupakan sebahagian tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pertama negara,”katanya Yusmadi.

Menteri Pertahanan Zahid Hamidi akui bahawa ada lagi komponen jet F-5E yang masih hilang.

Turut hilang adalah rekod perkhidmatan dan penyelenggaran pesawat terbabit. Ia disedari hilang selepas komponen yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.

Zahid berkata komponen ini telah dihantar ke Amerika Selatan, dan pembeli enjin itu mempunyai pejabat di Malaysia dan cawangan di negara-negara jiran.

“Ini satu malapetaka, tragedi kepada negara kita untuk menjadi satu penyedar kepada rakyat Malaysia.

“Bagaimana insiden hilangnya satu alat untuk menjaga keselamatan negara tiba-tiba di curi oleh orang yang diamanahkan atau di tidak mengambil tanggungjawab,”katanya Nizar

Dec 22, 2009

JAWATAN KUASA KHAS MENANGANI ISU PENEROKA BANDAR


Semalam mesyuarat dengan Wakil Lapan buah kampung yang bakal di ambil oleh pihak pemaju telah bersetuju menubuhkan jawatan Kuasa Khas untuk menangani isu pampasan dan perpindahan lapan buah kampung yang terlibat.

10 BUDAK HITAM


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi pembentangan bajet 2010 yang bermula semalam, menunjukkan ‘belang’ sebenar Ahli-ahli DUN ’10 Budak Hitam’ yang kononnya telah berdamai dengan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.

(Gambar - '10 budak hitam', Adun Alor Limbat Alias Abdullah (dudu paling kanan) menyerang Ahmad Said dalam Sidang Dun semalam)

Umpama ‘terkejut dari tidur’ mereka telah menamatkan kempen ‘protes senyap’ dan kembali bersuara dengan mengambil bahagian dalam sidang DUN kali ini.

Hampir keseluruhan mereka menyertai perbahasan serta mengemukakan soalan lisan di dewan yang mulia itu.

Namun ia agak mengejutkan dan kontra dengan pengakuan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Hishamudin Hussein yang mengatakan perpaduan dalam Umno Terengganu telah mula terjalin.

Kumpulan Adun ‘10 budak hitam’ menggunakan peluang bersuara ‘menyerang’ Ahmad Said

Adun Alor Limbat, Alias Abdullah membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, masalah rakyat yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong masih belum dilaksanakan.

“Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun. Saya selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.

“Apakah tidak ada langsung keutamaan kerajaan dalam pembangunan untuk melaksanakan projek ini. Yang mana lebih penting Zoo Bukit Takal di Kemaman atau Infrastruktur kepada rakyat,” soalnya ketika mengambil bahagian dalam soalan lisan di dewan tersebut.

Bahkan, beliau turut menyifatkan Ahmad (MB) cuba mengelirukan dewan (Sidang Dun) kononnya projek (Monsoon Drain) tersebut telah diluluskan sebelum ini.

“Semasa saya menjadi Timbalan (Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan neger) beliau (Ahmad) dan beliau memberitahu satu kelulusan telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Jadi apa yang hendak saya maklumkan kepada dewan (Sidang Dun) supaya dewan ini tidak diberi ‘salah arah’ (maklumat).

“Ianya (Projek Monsun Drain) tidak berlaku sama sekali dan tidak ada sebarang kelulusan sebelum ini untuk melaksanakan projek itu,” jelasnya ketika membidas jawapan dari MB tersebut.

Soalan asalnya, Alias bertanyakan bila Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong akan dilaksanakan?

Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut.

“Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.

“Jangan jadikan dewan (Sidang Dun) ini untuk membuat sesuatu tuduhan yang tidak menentu hanya hendak melepaskan perasaan setelah menyembunyikan diri sekian lama.

“Muncul dengan ledakan-ledakan ‘bom’ yang tidak sepatutnya digugurkan di tempat yang berlainan yang sepatut digugurkan. Ini yang saya katakan. Siapa dendam siapa?,” ujarnya di Wisma Darul Iman, 21 Disember 2009, semalam

Beliau turut menyelar sikap Adun-adun BN yang pentingkan diri agar mengambil sikap muhasabah diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Malah, Ahmad turut menyifatkan Adun BN Bukit Besi, Din Adam yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri sebagai ‘tidak cerdik’ ketika meminta penjelasannya.

“Saya rasa Adun Bukit Besi ini dia (Din) pun jadi Exco juga dahulu. Jadi janganlah tunjuk ketidak-cerdikan (bodoh) kita (Adun) pada dewan (Sidang Dun) ini,” jelasnya.
SUMBER BULETIN

PENULIS BLOG JANGAN SEBAR FITNAH

Penulis blog dinasihatkan agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang,

Ahli Parlimen Marang itu berkata, terdapat sesetengah penulis blog yang ghairah mendapat sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan terlebih dahulu kesan yang bakal dihadapi masyarakat ekoran perbuatannya itu.

“Bukan semua maklumat boleh didedahkan kepada umum kerana adakalanya boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat walaupun ianya benar. Kita perlu me:letakkan yang benar pada tempat yang betul dan bukannya blogger yang mahukan upah semata-mata untuk berbohong,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Blogger di Taman Melewar di sini, semalam.

:Turut hadir Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Pengerusi Lajnah IT Pas Pusat, Abdul Ghani Shamsudin.

:Abdul Hadi berkata, blogger perlu memahami bagaimana Islam mengajar umatnya agar lebih teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita supaya tidak bercanggah dengan fakta yang sebenarnya.

:”Sebagai contoh Islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengesahkan sesuatu fitnah, sekiranya tiada empat orang saksi, maka sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar berlaku,” katanya.

:Menurutnya, penyebaran maklumat yang baik akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat akan menghasilkan dosa berterusan.

Beliau turut mengakui bahawa peranan blog adalah cukup penting di kurun ke-21 ini dan telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

“Sehubungan itu, saya menggalakkan kita melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang kerana ianya satu kemestian yang perlu dipelajari.

“Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela Islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran Konvensyen Blogger Pas oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas ini juga merupakan satu langkah terbaik untuk memastikan blogger mempunyai matlamat jelas dan berperanan secara strategik.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Katanya, tumpuan utama sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.




SUMBER SINAR

PEGUAM DAKWA DIRINYA MANGSA FITNAH SPRM

Peguam kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Rosli Dahlan mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi jahat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rosli mendakwa beliau dianiaya pihak berkenaan hanya kerana bertindak membela Datuk Ramli Yusuff, serta membantu pendakwaan JSJK terhadap watak-watak tertentu pada tahun 2007.

Rosli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan tidak menjawab notis SPRM yang ketika itu dikenali Badan Pencegah Rasuah bersabit perishitaran harta miliknya.

BPR menuduh Rosli bersekongkol dengan bekas pegawai kanan Datuk Ramli.

Rosli mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar.

“ Tadi dia mengatakan bahawa saya diserahkan dengan notis kerana saya dianggap sekutu. Saya katakan saya peguam, macam mana peguam boleh jadi sekutu pula? Tentulah dasar kepada keluhuran undang-undang saya mengatakan saya mengatakan keterangan saya dalam seksyen 27, sebagai seorang peguam saya terikat kepada maklumat sulit. Tapi saya sedia mendedahkan dan saya mendedahkan semuanya bahawasanya saya tidak pernah memegang sebarang asset “ katanya kepada Tv Selangor.

Rosli Dahlan dari firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill mewakili Datuk Ramli Yusuff pada 2007 dalam satu kes sindiket pinjaman wang haram.

Blog Malaysia today kelolaan Raja Petra Kamaruddin mendakwa Datuk Ramli adalah mangsa fitnah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Menurut blog itu, Musa mengambil tindakan terhadap Ramli kerana pegawai itu memberi keterangan dalam kes mata lebam Anwar yang memihak kepada mantan timbalan perdana menteri itu.

Tidak lama selepas itu, Datuk Ramli didakwa BPR atas tuduhan menyalahguna kuasa dan digugurkan dari jawatannya atas tuduhan kononnya beliau memiliki aset RM27 juta.

Rosli berkata kes SPRM menyifatkan kes terhadapnya dan Datuk Ramli begitu ampuh dan penuh kecurigaan.

“ Pengadu adalah pegawai BPR. Dia mengatakan bahawa dia mendapat maklumat bahawa Datuk Ramli melakukan kesalahan. Maklumat itu berdasarkan laporan 0752007. Jadi datuk Kamariendaran meminta laporan 0752007. Bila ditunjukkan kita dapati nama Datuk Ramli tidak disebut langsung" tambahnya lagi.

"Jadi bagaimana pengadu boleh mengatakan Datuk Ramli buat kesalahan rasuah berdasarkan maklumat yang dia terima dalam laporan 0752007 ini. Bila kita pergi kepada laporan 0752007, nama dia tidak ada langsung. Apakah muslihat di sebalik perkara itu?".

Kumarendran adalah peguam yang mewakili Rosli.

Rosli sebelum ini telah memfailkan saman kepada akhbar The Star, ketua editor akhbar tersebut dan dua wartawannya, sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris dan SPRM berhubung penyebaran fitnah ke atasnya.

Kes Rosli bersambung esok. sumber

Dec 21, 2009

60 TAHUN KAMI MENEROKA KAMPUNG BELANTIK JOHOR BAHRU



Semalam pertemuan saya dengan penduduk kampung Belantik Johor Bahru ,setelah wakil penduduk tersebut menhubungi saya ,untuk mereka menceritakan masalah yang mereka hadapi,Di mana Kampung yang mereka teroka selama ini bakal di ambil oleh Pihak Pemaju. Penduduk bimbang kerana tiada surat hitam putih sama ada dari pihak Pemaju Mahu pun Kerajaan Negeri mengenai pampasan dan Notis pindah terhadap penduduk, buat masa ini yang bagi arahan cuma ketua Cawangan Umno sahaja.menurut salah seorang penduduk Kami telah meneroka kampung ini hampir 60 tahun,sekarang kami berhadapan dengan isu perpindahan ,harapan kami hancur sama sekali terhadap wakil rakyat yang selama ini berjanji akan memberi geran tanah kepada kami,Untuk menangani isu ini saya telah meyarankan agar penduduk kampung menubuhkan JawatanKuasa Bertindak secepat mungkin.Menurut sumber yang boleh di percayai dimana Seramai 2,932 keluarga dari perkampongan setinggan Desa Melayu, Desa Makmur, Desa Jaya, Kampong Dato’ Hajah Hasnah Ahmad, Kampong Tengah, Kampong Belantik, Kampong Tok Siak dan Kampong Bakar Batu perlu ditempatkan semula berikutan pembinaan projek Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (Johor Bahru Eastern Dispersal Link – JB EDL) bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di bandaraya Johor Bahru.

PEMUDA PAS PASIR GUDANG GOTONG ROYONG BERSIHKAN MASJID




Suatu program gotong royong yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Pasir Gudang membersihkan Masjid Air Biru Pasir Gudang telah di adakan pada 20-12-2009.

Program gotong royong tersebut bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tghari. Gotong-royong tersebut melibatkan kerja-kerja memberisih di dalam masjid dan rumput rumpai serta membersihkan daun-daun kering di persekitaran Masjid Tersebut tersebut.

Program yang di adakan ini selain dari melakukan kerja amal, ianya dapat mengeratkan lagi persefahaman dan perhubungan antara Penduduk Taman Tesebut, supaya tidak menlebelkan Pas hanya Parti ceramah sahaja, diharap program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi di masa-masa yang akan datang.

Dec 20, 2009

UCAPAN PRESIDEN PAS DI KONVENSYEN PAKATAN


Ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan beberapa ‘gurauan sinis’ terhadap Umno dan Barisan Nasional telah menarik minat peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Pertama

Antaranya, ketika beliau membuat perbandingan segala tindak tanduk Firaun yang zalim melaksanakan projek-projek yang memperbodohkan rakyatnya, Ustaz Hadi menyebut projek-projek Firaun umpama ‘Inilah satu lagi projek Barisan Nasional’.

Beliau turut mengkritik Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang sepatutnya bentindak sebagai ‘pengadil’ dalam sebarang pilihanraya, namun tindak-tanduk badan tersebut seumpama ‘Pengadil yang shoot goal’.

Diantara intipati ucapan Presiden PAS adalah;

1. Adalah penting kepada Pakatan Rakyat mencari pendekatan terbaik untuk terus diberi kepercayaan oleh rakyat melakukan perubahan.

2. Penyertaan PAS bersama dalam pakatan rakyat katanya sebagai usaha untuk melakukan perubahan atas perinsip yang disepakati bersama dengan parti-parti lain.

3. Dalam aspek perpaduan pula, PAS mengikut ajaran islam dimana tidak membeza-bezakan ataupun merendahkan martabat mana-mana kaum seperti dilakukan pihak tetrtentu.

4. Kerajaan-kerajaan negeri sedia ada dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat perlu menunjukkan contoh tauladan yang meyakinkan.sumber Buletin

Dec 19, 2009

PAKATAN RAKYAT ISYTIHAR JIHAD LAWAN RASUAH

Rasuah musuh nombor satu negara. Menindas dan meminggirkan mereka yang layak untuk segelintir yang mampu 'membeli' kemewahan negara.


Di konvensyen hari ini, Pakatan Rakyat mengisytihar jihad memerangi rasuah dan dasar ekonomi pincang yang menguntungkan segelintir elit semata-mata.

"Kita membantah dasar Umno-BN seperti Cukai Perkhidmatan Umum (GST) yang membebankan rakyat kebanyakan. Sekiranya kita bentuk kerajaan Pusat, Pakatan Rakyat mahu memperkenalkan dasar ekonomi baru, dan jihad memerangi rasuah," kata Setiausaha Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee.

"Juga, Pakatan Rakyat sekali menegaskan bahawa kita akan dan mahu menyerahkan royalti minyak 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak, khususnya Kelantan, yang dinafikan haknya oleh pemerintah hari ini," kata Tony Pua.

Dokumen Bersama Pakatan Rakyat yang dibentangkan di Konvensyen hari ini bermatlamat untuk menyelaraskan sistem ekonomi negara kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada memperbaiki operasi penyampaian kerajaan kerana rakyat membayar cukai untuk jenis pentadbiran yang cekap, teratur dan pantas.

Pakatan Rakyat berpendapat warga kebanyakan membanting-tulang siang dan malam, dan sebahagian dari titik-peluh mereka diagihkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

Demikian itu, kecekapan perbelanjaan turut menjadi tumpuan gagasan kerajaan alternatif ini. Pakatan Rakyat mahu memperbaiki displin ringgit yang rosak akibat penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran dibawah pentadbiran hari ini.

"Yakini kita akan pertahan hak saudara kita dari semua kaum dan agama. Dengan kepercayaan yang diberi, kita akan pertahan hak saudara di ceramah-ceramah, di majlis perbandaran, dan dimana-sahaja," kata Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub.

Dokumen Bersama Pakatan Rakyat memperincikan ikrar gagasan untuk melaksanakan formula geran pembangunan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kos dan pendapatan kasar per kapita supaya negeri-negeri miskin tidak ketinggalan dari arus ekonomi perdana.

Langkah ini dilihat perlu bagi mengurangkan pembangunan di Lembah Klang dan mengalihkan pelaburan dan projek berdaya saing ke negeri-negeri serata Malaysia.

Bagi melicinkan kecekapan, kuasa pentadbiran ekonomi dan pembangunan prasarana diagihkan kepada kerajaan negeri.

"Tidak ada Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak. Tidak ada Malaysia tanpa Kedah, Johor dan Kelantan. Tidak ada Malaysia tanpa sokongan dan restu negeri-negeri lain," kata Ahli Parlimen DAP Anthony Loke.

"Namun kita lihat hari ini bahawa pemusatan modal dan pembangunan tertumpu di beberapa negeri sahaja, mengenepikan fakta bahawa negeri-negeri lain turut menyumbang kepada ekonomi negara," tambahnya lagi.

Dec 18, 2009

ADUAN PENDUDUK PERMAS JAYA




Di harap Pihak Majlis MBJBT ambil tidakan segera kerana masalah Taman mainan yang terbiar di Permas 1/9 yang telah lama tidak di uruskan oleh pihak yang diamanahkan dan juga masalah sampah yang dibiarkan,di Permas 1/9 .Semalam saya bersama Wartawan Kosmo dan Utusan melawat Taman mainan tersebut setelah pengadu membuat aduan di Pusat Aduan Rakyat .

HARAPAN DAN CABARAN PENEROKA BANDAR MELAYU JOHOR


Semalam Saya bersama Saudara Mazalan Aliman telah di jemput untuk memberi ucapan dalam majlis dialog bersama penduduk, Kampung Desa melayu,majidi Baru Johor Bahru .di mana, Kampung yang mereka teroka selama 25 tahun ini bakal di ambil oleh pihak pemaju untuk Pembinaan Lebuh raya, Pemaju yang terlibat ialah malaysia Resources corp Berhad (MRCB),yang melibatkan 8 buah kampung Melayu di Pingir Bandar ini akan diambil oleh pihak Pemaju, kampung yang berhampiran iaitu Kampung Desa jaya,Desa makmur,kampung Belantik dan kampung Hajah Hasnah.Bagi Mereka yang meneroka kawasan tersebut yang pada mulanya hanyalah paya bakau sahaja hingga lah tanah yang tidak bernilai menjadi bernilai,tetapi sejauh mana pampasan yang bakal mereka dapat apakah pampasan yang sewajarnya kepada mereka. Dalam pertemuan tersebut saya dapati rata rata penduduk tidak puas hati kerana pampasan Rm 18,000 Sahaja yang di bayar Pihak pemaju Kepada Penduduk .

Jadi apa yang saya cuba sampaikan jikalau pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Pemaju ingin tanah tersebut haruslah memberikan pampasan yang setimpal sesuai dengan Perit-payah mereka menebas semak samun, pokok dan lain – lain dan tempatkan mereka dengan tempat yang lebih selesa dan juga sebagaimana yang saya katakan infrastruktur yang berkualiti. Jika kesemua perkara ini tidak dibuat maka para peneroka bandar mempunyai hak untuk membuat aksi penentangan.

Pemimpin UMNO terbahagi kepada 2 jenis mengikut pengamatan saya. Yang jahat, rakus dan zalim, Yang baik, jujur dan adil. Kedua – duanya menginginkan kemajuan kepada negara atau negeri masing – masing. Tapi yang negatif perangainya ketika mahu membangunkan sesuatu kawasan . Kerana tamakkan habuan, tidak sabar – sabar sesuatu projek itu dibangunkan kerana ada saham atau komisyen di dalam projek tersebut maka apa jua cara penduduk setinggan harus dihalau sama sekali. Mereka tidak pentingkan kebajikan penduduk kawasan tersebut. Rumah yang dijanjikan hanya sekadar janji. Paksaan untuk keluar dari rumah mereka dalam tempoh yang singkat amat memeritkan. Kalau dipindahkan sekali pun rumah yang diberikan layak digelar umpama sarang burung merpati, infrastruktur yang teruk dan pampasan yang begitu sikit. Perbuatan seperti ini harus ditentang habis – habisan dan inilah yang menjadi perjuangan kepada Pakatan Rakyat serta seperti aktivis masyarakat dan lain – lain. Saya yakin perbuatan seperti ini akan mendapat simpati masyarakat seluruh negara.

Dec 17, 2009

ROMBONGAN MASYARAKAT INDIA PASIR GUDANG MELAWAT TUAN GURU NIK AZIZ



Tepat jam 9.00 malam tadi saya telah di jemput untuk meraikan keberangkatan rombongan masyarakat India dari Pasir Gudang ke Kelantan.Buat julung kalinya masyarakat India tersebut ingin membuat lawatan ke Kelantan yang lebih di kenali sebagai Serambi Mekah untuk bertemu dengan MB Kelantan TG Nik Aziz.

Dec 16, 2009

TUAN IBRAHIM: BERI KAMI RUANG SIASAT HASSAN ALI

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan yang dijalankan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau meminta agar pihaknya diberikan masa untuk membuat penelitian dengan terperinci berhubung perkara berkenaan.

"Saya harap jangan ada pihak yang buat apa-apa andaian lagi, bagilah kami ruang untuk teliti perkara ini dengan lebih mendalam.

"Jangan buat spekulasi berhubung siapa yang salah atau siapa yang betul, kita perlu buktikan dahulu dengan fakta.

"Memang ada tuduhan, tapi tuduhan itu tak semestinya benar," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor berhubung dakwaan terbabit.

Beliau sebelum ini mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima surat jawapan daripada Hassan dan beberapa lagi pemimpin Pas Selangor.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, Jawatankuasa Disiplin PAS akan bermesyuarat pada 23 Disember depan bagi meneliti mengenai dokumen-dokumen berhubung siasatan berkenaan.

"Saya sendiri dah tengok dokumen-dokumen berkenaan, tapi kami ahli jawatankuasa perlu duduk bersama untuk meneliti secara khusus.

"Lagipun saya baru pulang menunaikan haji di Mekah dan ahli-ahli lain juga ada yang ke luar negara... sebab itu siasatan ini tertangguh sebentar," katanya.

Tambah beliau, keputusan sama ada perlu memanggil Hassan dan beberapa lagi pemimpin lain untuk memberikan penjelasan akan diputuskan pada mesyuarat berkenaan.

"Bergantung pada hasil mesyuarat kita nanti, kalau ada kes terhadap beliau, mungkin kita akan panggil untuk beri penjelasan," katanya.
- Mstar

Dec 15, 2009

(KEMPEN UMNO PENGKIANAT RAKYAT) Gambar org melayu jadi mangsa umno




Kempen ‘Umno Pengkhianat Rakyat’ akan dilancar pada 9 Januari akan datang, bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang dilakukan Umno kepada rakyat khususnya, orang-orang Melayu dan umat Islam.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idiris Ahmad berkata demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini.

Sehubungan dengan itu, katanya, jentera Penerangan disemua peringkat diminta bersedia untuk mengerakkan kempen ini hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.

“PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno,

“Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan,”jelas Ustaz Idris

Menurutnya, kaum-kaum lain, termasuk kaum Cina, India juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA.

Oleh itu, katanya, PAS menyeru kepada semua Ketua Penerangan PAS supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.Insyaallah Lajnah Penerangan Pas Pusat sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini.Gambar di atas adalah sebahagian kampung orang melayu yang tergadai,Kampung Plentong,kampung Pendas Laut gelang Patah.

Dec 14, 2009

SAMPAI BILA KAMI JADI KELAB PENYOKONG



Kelab Penyokong PAS (India) Pasir Gudang bersama Dewan Harian Pas Pasir Gudang telah mengadakan satu majlis dialog bersama Dengan Pemimpin Masyarakat india Permas jaya Pasir gudang dua hari yang lepas.

Didalam majlis tersebut beberapa soalan telah diajukan kepada pimpinan PAS Kawasan termasuk soalan tentang jikalau PAS memerintah Malaysia bagaimana dengan nasib masyarakat India nanti dan juga tentang slogan `PAS For All', adakah dengan slogan ini Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan membuka keahlian kepada masyarakat bukan Islam kerana bagi masyarakat india mereka tidak mahu hanya sebagai kelab penyokong sahaja ada berapa soalan akan di rujuk kepada negeri dan yang lain telah dijawab oleh pimpinan PAS Kawasan dan mereka amat berpuashati dengan jawapan yg diberi.

Diharap program ini dapat berterusan sampai bila-bila supaya ukhwah diantara pemimpin dan ahli-ahli PAS bersama masyarakat bukan Islam di Johor ini khususnya di DUN Permas Jaya dapat berkekalan supaya mereka memahami dengan lebih mendalam lagi apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini serta kita sama-sama dapat merealisasikan slogan "PAS FOR ALL".

MANIKAVASAGAM CABAR AHMAD SAID JAWAB PEMBERIAN KONTRAK UNIFORM SPRM

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang didakwa memberi kontrak uniform agensi itu tanpa memalui tender terbuka.

Katanya, kontrak pembekalan peralatan pakaian yang bernilai 7.5 juta ringgit itu diberikan kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

Manikavasagam berkata, berdasarkan maklumat carian syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat ini hanya berdaftar sebagai pembuat Medal serta kraftangan berasaskan logam, diberi kontrak secara rundingan terus.

“Dato Seri Hj Ahmad Said bin Hamdan selaku ketua SPRM atau sebelum dikenali sebagai BPR telah memberi satu kontrak pembekalan Head to Toe baju sejumlah nilai hampir 7.5 juta untuk 1,000 orang. Selalu SPRM siasat sama polis, siasat sama Ahli Parlimen, sekarang ketua dia buat, siapa mahu siasat? Saya pun tidak tahu, hari ini saya buat laporan polis, saya ingat menyalah guna kuasa ini, adakah polis mempunyai kuasa tangkap atau siasat ini ketua?”, katanya yang ditemui Tv Selangor.

Beliau bercakap kepada pemberita sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Klang pagi tadi.

Manikavasagam turut mempertikaikan tindakan berdiam diri Kementerian Kewangan yang mengecualikan pemberian kontrak ini melalui tender terbuka kerana seolah-olah menghalalkan pemberian kontrak secara rundingan terus.

Katanya, mengikut prosedur pembekalan kerajaan, mana-mana pembekalan melebihi 200 ribu ringgit hendaklah melalui proses tender terbuka di bawah Kementerian Kewangan.

Beliau turut mempersoalkan kenaikan lebih 150 peratus harga peralatan yang dibekalkan syarikat itu berdanding harga semasa melalui tender terbuka.

“Masa dulu BPR dia tukar kepada MACC, uniform, beg, tali pinggang, semua ada, jadi satu tali pinggang harga dia markup 150 peratus”, jelasnya.

Ekoran itu, Manikavasagam mencabar Ahmad Said yang akan meletakkan jawatan pada 31 Disember ini untuk menjelaskan mengenai dakwaan berkenaan.

“Jadi punca Ahmad Said nak letak jawatan dua saja, pertama isu Teoh tekanan dia yang meninggal, dan kedua ialah isu ini kontrak ini saya mahu sebelum beliau letak jawatan, bagi tahu saya cabar beliau jawab hari ini saya buat laporan polis ini dan Teoh bagi tahu dalam surat khabar isu Teoh bukan besar, isu Teoh adalah besar. Awak tangkap, awak bawa dia, awak campak mati, itu bukan besar kah

PAS PUSAT SERAH ISU ARIFFAHMI KEPADA KERAJAAN KELANTAN

SHAH ALAM - Pas Pusat menyerahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Kelantan berhubung isu dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu adalah di bawah tanggungjawab kepimpinan Kelantan untuk diselesaikan.

“Kes ini kita serah kepada kebijaksanaan kepimpinan Kelantan dan setakat ini apa yang saya tahu, proses itu berjalan baik,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Pusat Tarbiah Islam Subang (Putis) bernilai RM720,000 di Kampung Melayu Subang, semalam.

Turut hadir ialah Naib Presiden Pas, merangkap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali.

Mengenai dakwaan UMNO cuba ‘menangguk di air keruh’ dalam isu itu, Abdul Hadi berkata, itu cara UMNO dan sudah dijangka.

“Terpulang jika (UMNO) nak gunakan isu ini untuk kepentingan mereka, itu hak dia. Saya tidak mahu campur dan kita yakin kes ini sudah diselesaikan," katanya.

Mengenai gesaan kepimpinan Pas Pusat supaya menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, meletakkan jawatan segera, Abdul Hadi menegaskan perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana Pengarah Urusan PBMK itu sudah pun meletakkan jawatannya secara rasmi.SUMBER

SELANGOR BERHAK TENTU SENDIRI TARIKH PRU

PETALING JAYA - Kerajaan Selangor berhak tidak menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijadualkan Kerajaan Pusat dan menetapkan tarikhnya sendiri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Pusat juga tidak boleh halang jika Kerajaan Negeri mahu memilih tarikh PRU berasingan.

Beliau diminta mengulas rancangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dalam PRU ke-12 dalam PRU akan datang.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PKR Negeri berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan berusaha untuk kekal sebagai pemerintah di negeri itu selepas PRU-13.

“Kita akan berusaha kalahkan Barisan Nasional (BN) dan rakyat perlu menilai kebaikan dan faedah yang akan mereka perolehi sekiranya mereka mengundi PR,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada 52 sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, semalam.

Mengenai rancangan Kerajaan Negeri hendak melaksanakan sistem sekolah percuma untuk semua sekolah di negeri ini, katanya, ia dapat ditimbangkan jika Kerajaan Pusat memberi peruntukan yang cukup.

Katanya, Kerajaan Pusat mendapat RM16 bilion daripada Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini, tetapi sehingga 27 Oktober lalu, Kerajaan Negeri hanya menerima RM408.26 juta.

“Saya tidak fikir Kerajaan Pusat akan berikan jumlah yang lebih banyak dan saya faham mereka juga perlukan peruntukan untuk jalankan projek. Tetapi sekurang-kurangnya rakyat Selangor berhak mendapat 20 peratus daripada jumlah itu untuk kepentingan dan kebajikan mereka,” katanya.

Katanya, jumlah RM16 bilion itu adalah nilai cukai yang dibayar oleh rakyat negeri ini kepada Kerajaan Pusat dan mereka berhak menerima peruntukan yang sewajarnya bagi tujuan pembangunan.SUMBER SINAR

Dec 12, 2009

NAZRI HINA PEMANDU TEKSI

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi di Lembah Klang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menarik balik kenyataannya baru-baru ini yang menyamakan perkhidmatan teksi dengan tandas.

Pengerusi Persatuan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia Azmi Md Yatin berkata walaupun Mohamed Nazri berkata hanya segelintir sahaja yang bersikap negatif seperti mengenakan kadar tambang tinggi dan enggan menghantar penumpang ke tempat jauh tetapi menyamakan pemandu teksi dengan tandas adalah satu penghinaan.

Dalam laporan sebuah akhbar pada 9 Disember lepas Nazri berkata kajian ke atas pelancong mendedahkan bahawa perkara pertama yang pelancong tidak suka ialah teksi manakala tandas jatuh di tempat kedua namun Nazri menganggap bahawa perkhidmatan teksi adalah lebih teruk dari tandas.

"Kenyataan Nazri ini sangat melampau dan kami (pemandu teksi) dari Lembah Klang sebulat suara bersetuju agar Nazri memohon maaf secara terbuka untuk membersihkan imej semua pemandu teksi di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Setiausaha kerja Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Kamarudin Hassan di pejabat Umno Cawangan Jalan Peel di sini hari ini. Kamarudin mewakili Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali AlHabshee.

Kamarudin berkata memorandum tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. BERNAMA

MAHFUZ : NAZRI AYAM SABUNG UMNO

Naib presiden PAS, Mahfuz Omar yang melihat pertelagahan pendapat di antara Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai satu usaha untuk menghalang sikap bekas Perdana Menteri itu yang suka mengambil pendekatan mengkritik pentadbiran kerajaan Malaysia.

Malah menurut Mahfuz, Nazri sebenarnya merupakan ayam tambatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mereka sendiri kurang menyerlah dalam menegakkan isu rasisnya Biro Tata Negara (BTN).

“ Saya tidak lihat ini satu perkembangan positif tapi saya lihat bahawa hakikat sebenarnya UMNO masih lagi hendak mempertahankan isu-isu yang bersifat rasis ini tetapi datuk Najib sendiri dan Muhyiddin tidak begitu menonjol untuk memperkatakan isu sebegini. Saya lihat Datuk Nazri ini seolah ayam sabung kepada UMNO dan juga untuk bercakap bagi pihak Datuk Najib dan Muhyiddin” ujarnya kepada TV Selangor.

Polemik mengenai kursus BTN sebelum ini berjaya mencetuskan pertelagahan pendapat di antara Nazri Aziz dan Mahathir yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Nazri sebelum ini melabelkan Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul BTN manakala Mahathir pula mahu Nazri meletakkan jawatan dalam UMNO sekiranya berpendirian modul latihan BTN perlu dirombak kerana ia sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Ramai pengamal politik yang melihat perkembangan tersebut sambil memberikan persepsi sendiri berhubung perbezaan pendapat antara Nazri dan Mahathir yang sejak dahulu lagi sering tidak sependapat.

Mahfuz berkata, isu BTN dan rasis ini hanyalah satu sandaran untuk menyingkirkan Mahathir namun UMNO sendiri harus berubah jika tidak mahu dikritik Mahathir yang telah menerajui negara selama 22 tahun.

“ Untuk tidak lagi rasis sepertimana yang diakui oleh mereka bahawa ini bukan waktu mereka untuk rasis, UMNO bukan parti rasis. Hanya Tun Dr Mahathir sahaja kata, UMNO parti rasis. Jadi mereka kena buktikanlah bahawa mereka bukan parti rasis” katanya.

Mahfuz percaya apa yang dilakukan Nazri ini didokong oleh Najib dan Muhyiddin kerana mereka tidak melihat isu ini dari sudut rasisnya BTN tetapi mereka tidak begitu senang dengan Mahathir kerana tidak mahu peristiwa ‘campur tangan’ pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berulang pada hari ini.

Mahfuz juga menganggap Nazri sebagai ‘ayam sabung’ Umno yang dijadikan ‘orang tengah’ bagi berhadapan dan Mahathir. SUMBER TV SELANGOR

Dec 10, 2009

TERKINI: SKANDAL PKFZ ,BEKAS PENGURUS LPK BAKAL DIDAKWA HARI INI

Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi ditahan berhubung skandal membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Selain OC Phang, dua lagi ditahan berhubung skandal PKFZ ialah Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Steven Abok dan seorang arkitek, Benard Tan Seng Swe.

Sumber berkata, penahanan ketiga-tiga mereka dilakukan hasil operasi bersama polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka akan dituduh di mahkamah Klang, tengah hari ini.

NST dalam laporannya memetik sumber berkata, ia adalah siri penahanan pertama membabitkan skandal PKFZ dan sekurang-kurangnya lima lagi akan ditahan polis dan SPRM.SUMBER TV ANTARA

SAYA TIDAK AKAN MINTA MAAF -NAZRI

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan tidak akan menarik balik kenyataannya dan memohon maaf berhubung pandangan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai modul Kursus Biro Tatanegara (BTN) bersifat perkauman.

Katanya, walaupun pelbagai pihak, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengkritiknya atas kenyataannya itu, beliau tidak akan memohon maaf kepada Dr Mahathir.

“Sekarang ini di bawah Datuk (Seri) Najib kita ada 1Malaysia, maka sudah tentulah kita (BTN) punya kurikulum yang menampakkan 1Malaysia, sama ada dibuat sekarang, dulu, tak kiralah, tetapi dipinda. Itu yang penting. Jadi kita nak sesuaikan dengan apa yang Najib nak, beliau Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Katanya, terdapat anggota parti pembangkang yang dahulunya terlibat secara langsung dengan BTN sebagai pengarah dan fasilitator. Oleh sebab itu kerajaan tidak boleh menafikan kumpulan ini tahu kandungan sebenar modul kursus itu.

“Apa kebaikan yang anda dapat daripada modul yang memberitahu khalayak ramai bahawa hanya orang Melayu berjuang bagi kemerdekaan? Apa kebaikan yang anda dapat daripadanya? Adakah anda mengatakan bahawa orang Cina dan India tidak berjuang (bagi kemerdekaan)? Adakah anda mengatakan yang mereka bersama-sama dengan penjajah? Itu tidak adil,” katanya.

Mohamed Nazri menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk tidak menghormati bekas perdana menteri itu dan ucapan beliau itu hanya merupakan hujahan balas terhadap kritikan Dr Mahathir terhadapnya.

“Jangan anggap saya bersikap tidak hormat. Beliau bebas memberikan komen terhadap kita. Dengan itu beliau perlu menerima hakikat beliau juga terbuka kepada kritikan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, beliau tidak akan meletak jawatan berhubung perkara itu dan tidak akan menarik balik komennya terhadap Dr Mahathir.

Diminta mengulas kenyataan Muhyiddin kelmarin, Mohamed Nazri berkata orang ramai berhak tahu pandangan kedua-dua pihak dan pemimpin tidak boleh menyembunyikan fakta daripada orang ramai.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkata, beliau menghormati pandangan Muhyiddin dan berpendapat Timbalan Perdana Menteri itu mengambil peranan untuk cuba menyelesaikan masalah.

“Tak apalah dia nak komen, biarlah. Dia tak mahu tengok benda ini berlarutan. Jadi tak apalah, itu pandangan dia,” katanya.



SUMBER SINAR

KELANTAN SAHUT CABARAN BAWA ISU ROYALTI KE MAHKAMAH

KOTA BAHARU - Kerajaan Pas Kelantan sedia menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, supaya mengemukakan isu tuntutan royalti minyak dan gas ke mahkamah.

Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.

"Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak," kata Mursyidul Am Pas itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.



Cetak artikel | Emel artikel ini

Dec 8, 2009

PAS GESA NIK AZIZ DAPAT NASIHAT LEMBAGA PENASIHAT PMBK

Pas menggesa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapatkan khidmat nasihat segera dari Lembaga Penasihat Perbadanan Menteri Besar Kelantan berhubung notis perbentian Ketua Pengarah Eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Abd Rahman.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata urustadbir PMBK harus bebas dari pengaruh Ariffahmi sebaik sahaja surat perletakan jawatan diserahkan.

Tindakan ini seleras dengan etika korporat yang menetapkan cuti diberikan kepada CEO yang meletak jawatan, dan tidak dibenarkan bertugas supaya kerja-kerja audit dapat dijalankan.


“Wajar bagi saya notis tiga bulan itu disertai dengan cuti dan MB atas nasihat lembaga Penasihat boleh melantik seorang untuk ganti sementara waktu hal-hal PMBK.

“Seeloknya menyegerakan atau ambil cuti dan Menteri Besar buat keputusan tidak benarkan membuat perkara yang boleh memberi implikasi dalam tempoh tiga bulan,”katanya.

Mahfuz juga berkata, cuti tiga bulan yang diberikan kepada Ariffahmi itu merupakan langkah menyegerakan perletakan jawatan beliau dan semua penyerahan tugas dan laporan PMBK perlu dibuat.

“Menteri besar juga mempunyai kuasa untuk memberikan pilihan gantian iaitu sebulan gaji terus berhenti untuk tidak mahu panjangkan kontroversi ini.

“Mengikut etika korporatnya apaila seorang CEO melepaskan jawatan untuk notis tiga bulan, di sini lah peranan kepada pengarah ataupun dalam konteks Kelantan ini Lembaga Penasihat dan Menteri Besar sendiri harus menentukan apakah dalam tempoh itu beliau masih boleh bertugas, boleh lagi membuat keputusan dalam hal berkaitan pengurusan,” katanya.

PENGADU TUNTUT PAMPASAN


Bersama Pengadu di Pusat Aduan Rakayat ...mengenai kesilapan Pihak Hospital ketika melakukan Pembedahan...Tertinggal Kapas dalam Hidung kes ini saya akan rujuk dengan Pihak Hospital Johor Bahru ,Pengadu tuntut pampasan.

SAYA ADA SAKSI KES BUNUH BAPA SAYA


Sidang media saya bersama pengandu saudara Zamri bin Yusof,mengenai kes kematian bapa beliau yang mati di bunuh pada tahun 26 05 2007.Saudara Zamri, menyatakan ada saksi untuk membantu kes ini, tetapi Pihak Polis belum lagi buat siasatan ,walaupaun saksi sudah buat laporan Polis baru baru ini,sambil menunjukan laporan polis yang dibuat.

MAHATHIR RACIST LAKNAT :NAZRI AZIZ


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Nazri Aziz memanggil Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘Racist’ yang laknat (bloody racist) kerana bekas bosnya itu membela Biro Tata Negara (BTN)
Nazri turut menegaskan keputusan kabinet untuk merombak kurikulum BTN dan berkata patriotisma bukan hanya untuk Melayu tetapi untuk semua kaum.

Akhbar internet, Malaysian Insider memetik Nazri berkata demikian di parlimen hari ini ketika mengulas tulisan Mahathir dalam laman blognya.

Nazri turut mengutuk akhbar media perdana Utusan Malaysia yang mengamalkan ‘sindrom penafian’ (denial syndrome) kursus, dan mengatakan sikap akhbar itu membuatnya ‘tergelak’

Semalam, dalam laman blognya, Mahathir berkata tidak perlu apa-apa perubahan yang perlu dilakukan keatas kurikulum BTN, kerana ia adalah bersesuaian untuk menerapkan semangat patriotisma.

Dec 7, 2009

MTUC BILA NAK BAYAR WANG KAMI.


Kenyataan akhabar saya bersama bekas Pekerja Kiswire Sdn Bhd Pasir Gudang Johor semalam menuntut supaya Pihak MTUC JOHOR bayar segera wang Pampasan ,yang masih lagi tertunggak walaupun Pihak Kilang telah menjelaskan sepenuhnya kepada Pihak MTUC ..hampir enam bulan kami menunggu.kesemuanya 24 orang yang di berhentikan oleh Pihak Kiswire telah mendapat pampasan dan bayaran tersebut telah di bayar kepada pihak MTUC yang di amanahkan untuk membela pekerja apa yang kami kecewa Pihak MTUC masih berdolak dalih mengenai bayaran tersebut kata salah seorang pengandu semasa sidang akhabar semalan yang di adakan di Pusat Aduan Rakayat Pasir gudang.

ARIFFAHMI, LETAK JAWATAN SEGERA :MAHFUZ



Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan segera sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Ab Rahman mendapat kritikan apabila didakwa melengah-lengahkan peletakan jawatan tersebut dengan alasan harus memberikan notis tiga bulan dan juga menyelesaikan beberapa tugasan.

Jumaat lalu, Abdul Ariffahmi yang juga exco Pemuda PAS Kelantan berkata beliau akan menghantar notis peletakan jawatan pada 24 Disember ini dan tarikh akhirnya di perbadanan itu pada 23 Mac tahun depan.

Beliau juga berkata tarikh peletakan jawatan dirancang sedemikian bagi membolehkan bapa mertuanya, sebagai menteri besar Kelantan, mencari penggantinya.

Seorang penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang bertembung dengannya secara terbuka, menyifatkan pengumuman itu sebagai "sandiwara Nik Abdul Aziz".SUMBER MALAYSIA KINI

NENEK SARA TIGA...CUCU YATIM PIATU








Semalam saya bersama Pas Cawangan Taman Cendana dalam aktiviti cawangan tersebut ,sumbangan bulanan kepada fakir miskin yang terdapat di Block Taman Cendana Pasir Gudang hampir Lima belas keluarga terima Sumbangan bulanan daripada Pas cawangan ,apa yang menyentuh perasan saya ialah ketabahan seorang nenek yang jaga cucu ,seramai tiga orang hanya bergantung pendapatan bulanan daripada Kebajikan Masyarakat ,dan sumbangan daripada orang ramai, menurut Saudara Kelana Ketua Taman cendana nenek ini serta cucunya yang Yatim Piatu ini memang menjadi rutin bulanan Pas Cawangan untuk memberi sumbangan kepada keluarga ini,Sebelum ini saya juga sudah acap kali ziarah keluarga ini.Ucapan Terima Kasih Kepada Saudara kelana yang berusaha bersunguh sunguh dalam kerja dakwah beliau.