Oct 27, 2011

Ibu bapa persoal bayaran RM10 (Sekolah Agama)



SEORANG penduduk menunjukkan bukti yuran yang dikenakan ke atas murid-murid sekolah agama Taman Kota Masai sebanyak RM10 sebulan di Pasir Gudang semalam.



JOHOR BAHRU - Sekumpulan ibu bapa di Kota Masai, Pasir Gudang di sini menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan sebuah sekolah agama di kawasan terbabit yang didakwa mengenakan bayaran tambahan tidak munasabah untuk setiap pelajar.
Menurut mereka, sekolah terbabit mengenakan bayaran RM10 setiap bulan untuk setiap pelajar sejak sepuluh tahun lalu.
Seorang bapa, Zainorin Sajat, 39, berkata, mereka inginkan penjelasan terperinci ke mana wang tersebut disalurkan memandangkan bayaran tersebut agak membebankan kerana perlu dibayar setiap bulan.
Katanya, setiap kali mengajukan soalan kepada pihak pengurusan sekolah, mereka diberi alasan yang tidak jelas dan jika ada ibu bapa yang tidak menjelaskan bayaran terbabit, kad laporan prestasi anak-anak mereka akan disekat oleh pihak sekolah.
"Pada mulanya, mereka kata wang tersebut digunakan untuk membayar sewa rumah kedai yang dijadikan kelas serta pelbagai kos lain tetapi selepas bangunan sekolah siap awal tahun ini, kami masih dikenakan bayaran sama.
"Jika benar wang tersebut digunakan untuk membayar sewa, tunjukkan kami semua butiran pembayaran," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang semalam.
Sementara itu, seorang lagi bapa, Azarudin Johar, 41, mendakwa, meskipun RM10 dilihat agak kecil, namun dia agak terbeban kerana tiga anaknya belajar di sekolah terbabit.
"Bayangkan, jika RM30 setiap bulan terpaksa saya bayar untuk tiga anak yang bersekolah di sana, berapa pula yang terpaksa saya bayar setiap tahun.
"Ini tidak kira dengan bayaran yuran tahunan yang wajib dibayar setiap kali pendaftaran. Tahun hadapan, saya akan lebih terbeban kerana seorang lagi anak saya akan mula bersekolah di situ," katanya.
Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membuat surat yang ditandatangani ibu bapa untuk meminta agar wang tambahan tersebut dimansuhkan.
"Surat tersebut akan saya bawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," katanya

Oct 25, 2011

Lagi projek rumah terbengkalai di Johor



Kira-kira 100 daripada 611 pembeli dua jenis kediaman di Taman Desa Kempas, di sini, menyuarakan rasa tidak berpuas hati terhadap pemaju selepas mendakwa projek berkenaan terbengkalai selepas dibeli kira-kira 11 tahun lalu.

:Juru dandan rambut, Chan Hwa Nong, 38, berkata, dia membeli seunit rumah kos murah berharga RM22,000 pada tahun 2000 dan sudah membayar bayaran berbentuk bunga sebanyak RM40 sebulan sejak sembilan tahun lalu.

Dakwanya, dia sudah membuat aduan khususnya kepada pemaju tetapi hingga kini, tiada sebarang tindakan diambil, malah pemaju sering berdalih dengan menghantar wakil sahaja untuk berjumpa.



“Sekarang sudah 11 tahun saya menunggu. Saya masih ingat lagi ketika rumah ini ditawarkan oleh pemaju di Plaza Angsana, dan pada ketika itu saya terpaksa beratur hampir tujuh jam bagi mendapatkannya.

“Sudahlah terpaksa membayar sewa rumah di Taman Desa Tebrau sebanyak RM350 sebulan. Saya kecewa dan tertipu dengan pemaju kerana gagal menyiapkan projek seperti dijanjikan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

:Suri rumah, Arihasni Arifin, 33, berkata, kebanyakan pembeli kini bergelumang dengan masalah bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung.

“Saya membeli seunit rumah berharga RM80,000 dan terpaksa melunaskan bayaran bunga sebanyak RM380 sebulan kepada pihak bank. Sedangkan bayaran sewa bulanan rumah di Taman Bukit Kempas masih juga perlu dibayar sebanyak RM450.

“Sakit hati bila tengok rumah masih tidak siap-siap lagi. Buang masa sahaja tunggu. Asyik bayar sahaja tetapi rumah tidak dapat didiami. Kos kehidupan harian termasuklah perbelanjaan sekolah empat anak juga perlu difikirkan lagi,” katanya.

Menurutnya, dia bersama pembeli lain langsung tidak mengetahui tempoh sebenar kediaman dibeli akan siap, malah masih meletakkan harapan supaya kerajaan dapat campur tangan menyelesaikan masalah itu.

“Janji wakil pemaju ini tidak betul. Kejap kata awal tahun, kejap hujung tahun dan ada pula ambil masa tiga bulan sahaja, tetapi sama sahaja tidak siap-siap,” katanya.

Bagi pekerja keselamatan di Singapura, R Linggam, 56, berkata, dia membeli rumah seunit berharga RM80,000 sejak tahun 2001, namun sehingga kini masih lagi menetap di rumah anaknya di Taman Kempas Indah.

“Tidaklah terlalu besar gaji berkerja di Singapura. Bulanan pula perlu bayar kepada pihak bank sebanyak RM350.

“Kami juga pernah dijanjikan akan menerima ganti rugi kelewatan apabila menerima kunci kelak, tetapi tidak pasti kebenarannya,” katanya.

Turut hadir adalah Penyelaras Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor Syed Othman Syed Abdullah dan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat.Untuk menerima Memorandum dari Pembeli.

Oct 24, 2011

Anwar beri amaran: BN “terlalu bahaya”, jangan undinya lagi

Anwar beri amaran: BN “terlalu bahaya”, jangan undinya lagi


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas BN di atas tuduhan seks terkini, kali ini ke atas anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menggesa rakyat untuk menolak kerajaan Perdana Menteri Najib Razak di atas penggunaan politik kotor yang berterusan.
Beliau berkata komlot itu mencerminkan tahap rendahnya pemikiran ahli-ahli politik BN, yang telah sering menimbulkan konspirasi berdasarkan seks untuk mengenakan musuhnya.
“Adalah sangat berbahaya sekiranya BN diberi peluang untuk memerintah sekali lagi kerana apa yang kita lihat hari ini menunjukkan mereka tidak dapat membezakan perkara yang secara moralya betul atau salah dalam politik,” kata Anwar.
Liwat I, Liwat II, Video Sekd Datuk T – apa lagi, UMNO?
Ketua de-facto Pakatan Rakyat yang berumur 64 tahun itu sendiri telah menjadi mangsa beberapa dakwaan seks, bermula pada tahun 1998 dengan tuduhan liwat oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Anwar dicampakkan ke dalam penjara, di mana beliau ditahan selama 6 tahun sebelum mahkamah persekutuan akhirnya berani membalikkan tuduhan palsu itu pada tahun 2004, sejurus selepas persaraan Mahathir.
Pada tahun 2008, sejurus selepas Anwar mengumumkan kembalinya beliau ke dunia politik, Anwar sekali lagi dikenakan tuduhan liwat baru – kali ini daripada Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Anwar telah menafikan tuduhan terkini itu dan menuduh kedua-dua mereka mengulang kembali skrip Mahathir untuk menjatuhkan kerjata politiknya. Di sebalik dipanggil untuk menjadi saksi, pasangan itu yang pernah berjumpa si penuduh Saiful Bukhari Azlan sebelum membuat laporan polis, telah ketakutan – takut menghadapi Anwar di mahkamah undang-undang.
Pada awal tahun ini, BN dan media mainstrim yang dikawalnya mengenakan satu lagi skandal seks baru untuk memburukkan lagi Anwar di ambang pilihanraya Sarawak pada 16 April. Skandal itu, yang digelar video seks Datuk T, memperlihatkan pakatan sulit terang-terangan oleh semua institusi-institusi kerajaan BN, daripada Peguam Negara hinggalah ke kehakiman dan pihak polis.
Digalakkan oleh Muhyiddin
Tetapi di sebalik kemarahan rakyat, blo-blog UMNO tidak berhenti politik kotor mereka kerana digalakkan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin tidak mengendahkan penafian oleh juara catur UK Anya Corke, yang didakwa blog-blog UMNO dicabul oleh anak lelaki Guan Eng, pengetua sekolah yang diduduki anak lelaki Guan Eng dan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang.
Kedua-dua Muhyiddin dan Najib tidak mempunyai ‘class’ untuk meminta maaf bagi pihak blog-blog itu. Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai telah mencuba untuk mempertahankan mereka, mempersoalkan kenapa Pakatan terlalu gemar menyalahkan BN. Tetapi, salah satu daripada blog itu adalah kepunyaan Ketua Bahaguan UMNO Bukit Gelugor Novandri Hasan.
“UMNO tidak mempunyai ‘class’ untuk meminta maaf. Mereka memanggil konco-konco mereka untuk bercakap bagi pihak mereka. Liow mesti sedang pening kepala. Adakah dia ingin mengatakan Novandri itu bukan UMNO atau UMNO itu bukan BN. Penipuan yang berani dikatakan oleh BN sekarang melalui media adalah di luar kawalan,” Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
- Malaysia Chronicle

Oct 21, 2011

Terkini Demo Mahasiswa UIAM Sokong Prof. Aziz Bari.


21 Oct 2011 3:03PM
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Satu demonstrasi telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas selesainya Solat Jumaat sebentar tadi bagi mendesak pihak Universiti menarik semula pergantungan tugas terhadap Prof. Dr. Aziz Bari semalam.
Demonstrasi ini yang dianjurkan sebuah Pertubuhan yang berpihak Pro Mahasiswa juga menyatakan sokongan terhadap kenyataan Dr. Aziz yang didakwa beberapa individu yang menyertainya sebagai selari dengan pandangan Islam.
Beberapa Mahasiswa yang ditemuramah mendakwa tindakan pergantungan ini telah menjatuhkan maruah UIAM sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang berkualiti.
"Jangan buat keputusan berdasarkan kepentingan politik kotor," dakwa salah seorang Mahasiswa yang turut berang dengan tindakan tersebut.
Demonstrasi pada ketika ini masih berjalan dan dijangka bersurai sebentar lagi.



SERAH MEMORANDUM DI PEJABAT MB JOHOR

NUSAJAYA - Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Pangsa Kos Sederhana Taman Mount Austin, menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, di pejabatnya, Kota Iskandar, di sini, semalam.

Memorandum itu diserahkan oleh pengerusinya, Suhaini Mat Isa kepada Ketua Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Mohd Haffiz Ahmad, sekitar jam 11 pagi.

Suhaini berkata, penyerahan memorandum yang disertai oleh 25 pembeli lain bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan daripada menteri besar berhubung masalah perumahan terbabit yang terbengkalai sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, inisiatif itu adalah yang terakhir di peringkat negeri dan dijangka akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat (Parlimen) sekiranya tiada sebarang maklum balas positif diterima.

“Kebanyakan pembeli rumah pangsa ini berpendapatan rendah. Selepas penyerahan memorandum ini, jika masalah dibangkitkan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu, kami akan ke peringkat Parlimen untuk bertemu Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam sidang akhbar, di sini.

Katanya, pihaknya turut meminta supaya isu terbabit tidak dipolitikkan hanya kerana jawatankuasa berkenaan menggunakan saluran Pusat Aduan Rakyat (PAR) bagi mencari jalan penyelesaian.

“Saya tidak mahu isu ini dikaitkan dengan pembangkang. Kami sudah berjumpa dengan pihak kerajaan sebelum ini dan meminta tolong agar masalah dihadapi dipandang serius.

“Kami cuma mahu hak kami sahaja. Sejak saya memperjuangkan masalah ini, saya sedar bagaimana pihak berkenaan melayan tuntutan dibuat. Tolonglah jangan humban kami dalam politik,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga mengalu-alukan Adun Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman, untuk bertemu dengan pihaknya di kawasan rumah terbengkalai itu pada Ahad ini.

Selain itu, katanya, kerajaan diharapkan dapat bertindak menyingkir pemaju yang gagal membina perumahan berkenaan dan menggantikan dengan syarikat lain.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, Kerajaan Negeri diharapkan dapat bertindak seperti yang diharapkan pembeli kediaman dalam tempoh masa diberikan.

Oct 20, 2011

PAR SEDIA BANTU




PASIR GUDANG - Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas bersedia membantu mangsa yang didakwa dirogol bapa tiri pada pertengahan tahun 2009 ketika mangsa baru berumur 13 tahun.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ita, 15, tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama Penyelia PAR, Syed Othman Syed Abdullah dan Peguam, Jimmy Puah.

Syed Othman berkata, pihaknya telah melantik seorang peguam, Jimmy Puah untuk membantu mangsa mendapatkan pembelaan tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Kita bersedia membantu mangsa dari segi bantuan guaman tanpa dikenakan sebarang bayaran untuk mengheret bapa tiri dan sesiapa sahaja yang terlibat ke muka pengadilan.

“Mangsa yang kini sudah berumur 15 tahun mula lahir kesedaran atas diri sendiri selepas kejadian dua tahun lepas tiada pembelaan daripada ibu kandung yang selama ini menjadi tempat bergantung harap,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di IPD Seri Alam, di sini, semalam.

Syed Othman berkata, PAR juga bersedia membantu dari segi kebajikan dan keselamatan mangsa yang kini mendapat perlindungan daripada keluarga angkat.

Menurutnya, pihaknya berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.

“Kita akan membela dari segi kebajikan dan bersedia menanggung persekolahan mangsa sekiranya berminat menyambung pelajaran, selain akan lebih kerap membuat pemantauan untuk keselamatan mangsa termasuk di rumah keluarga angkat.

“Mangsa memang berharap dapat bersama ibu kandungnya lagi memandangkan ibu adalah satu-satunya tempatnya bergantung harap kerana tidak pernah mengenali bapa kandung sendiri,” katanya.

Sementara itu, Jimmy berkata, walaupun kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu, tetapi mengikut undang-undang kes jenayah tidak mempunyai tempoh tertentu.

Menurutnya, kes itu boleh disiasat di bawah Seksyen 375 (F) Kanun Keseksaan di bawah jenayah rogol yang mana mangsa di bawah umur 16 tahun sama ada secara suka atau tidak boleh disabitkan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya terbukti bersalah, pelaku boleh dijatuhkan hukuman minima lima tahun dan maksima 20 tahun penjara berserta sebatan di bawah seksyen berkenaan” katanya.

Akhbar ini kelmarin menyiarkan kehidupan seorang remaja yang mendakwa bukan sahaja dirinya tidak mendapat pembelaan selepas didakwa dirogol bapa tiri dua tahun lalu, malah dia juga terpaksa menumpang kasih keluarga angkat selepas dihalau ibu kandung sejak dua minggu lalu.

Pengetua sahkan anak Guan Eng tidak cabul sesiapa

Ianya “langsung tidak benar” yang anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mencabul rakan perempuan sekolahnya di SMK Heng Ee, kata pengetua sekolah itu.
“Dakwaan itu benar-benar salah. Mudah sahaja, tiada kebenaran dalam soal itu,” kata Goh Boon Poh, pengetua sekolah itu kepada The Malaysian Insider pada hari Rabu.
Beliau berkata beliau “terkejut” apabila membaca laporan berita mengenai tuduhan itu. Bloger-bloger UMNO termasuklah Ketua Bahagian UMNO Bukit Gelugor Novandri Hasan Basri telah mendakwa anak lelaki Guan Eng, Marcus yang berumur 16 taun itu telah mencabul rakan sekolahnya dan cuba mengelak daripada hukuman dengan menggunakan nama ayahnya.
Satu lagi komplot UMNO
Guan Eng telah menafikan tuduhan-tuduhan itu. Pemimpin-pemimpin DAP pada awal pagi ini telah mendedahkan kebenaran di balik gambar yang disiarkan oleh blog-blog UMNO itu. Gambar perempuan itu sebenarnya adalah gambar juara catur UK Anya Sun Corke, yang merupakan pelajar di AS yang tiada kaitan dengan Pulau Pinang.
“Papan catur telah disunting keluar daripada gambar itu. Ini membuktikan tuduhan daripada askar siber UMNO ini adalah penipuan semata-mata,” MP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata pada sidang akhbar.
Pengetua sahkan anak Guan Eng tidak cabul sesiapaTelah timbul simpati yang besar terhadap Guan Eng dan keluarganya da kemarahan yang teramat terhadap UMNO, yang telah beberapa kali mencuba untuk menggunakan seks untuk menjatuhkan lawan politiknya.
“Ia menunjukkan kekurangan idea mereka. Keadaan kerajaan Malaysia telah sampai ke tahap mengejutkan dan saya pasti bapa-bapa kemerdekaan akan tersinggung di dalam kubur mereka,” Ramon Navaratnam, bekas Presiden Transparency International memberitahu Malaysia Chronicle.
- Malaysia Chronicle

Oct 19, 2011

Prof Aziz Bari dipanggil polis, disiasat bawah Akta Hasutan



KUALA LUMPUR, 19 Okt — Profesor Dr Abdul Aziz Bari dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berkaitan pandangan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.
Aziz (gambar) yang dihubungi memberitahu bahawa beliau telah dihubungi polis Shah Alam semalam dan diminta untuk hadir memberi kenyataan berhubung isu tersebut di bawah Akta Hasutan.
“Saya ada dipanggil polis semalam, mereka mahu menyiasat saya di bawah Akta Hasutan . . . saya akan pergi bersama peguam saya hari ini,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.

Oct 18, 2011

Gadis dihalau ibu kandung Buat Aduan Di PAR

                                             Mangsa Buat aduan Di Pejabat 



JOHOR BAHRU - "Penderitaan saya hanya Tuhan sahaja yang tahu apa-bila dilayan ibu kandung sedemikian rupa hingga akhirnya dihalau ibu yang selama ini menjadi satu-satunya tempat bergantung harap."

Demikian kata seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Ita, 15, yang mendakwa dianiaya keluarga sendiri sehingga dihalau dari rumah hampir dua minggu lalu.

Menurutnya, kisah hitam hidupnya bermula apabila dia dirogol bapa tirinya yang mempunyai tiga isteri, ketika isteri ketiganya melahirkan anak di Hospital Sultanah Aminah, di sini.

Ita berkata, walaupun kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu, tetapi ia telah menjadi titik hitam dalam hidupnya yang membuatnya tertekan sehingga kini.

Menurutnya, sikap ibu yang lebih mempercayai bapa tiri membuatnya terus menjadi mangsa kerakusan lelaki itu ketika berumur 13 tahun.

“Ketika pertama kali dirogol bapa tiri, saya memberitahu ibu tetapi kecewa kerana ibu langsung tidak mempercayainya, sehinggalah perkara itu berlaku berulang kali dan saya terpaksa melayan nafsu serakahnya.

“Akhirnya, tembelang bapa tiri terbongkar selepas saya meminta ibu mengintip perbuatannya dan saya bersyukur apabila ibu nekad membuat laporan polis,” katanya kepada Sinar Harian di Pusat Aduan Rakyat (Par),   Syed Othman Syed Abdullah  di sini, semalam.

Ita berkata, namun, harapan untuk membawa bapa tirinya ke muka pengadilan hancur apabila ibunya menarik kembali laporan dengan alasan tidak mahu dua adik tirinya menerima nasib sepertinya membesar tanpa kasih sayang bapa kandung.

Menurutnya, beberapa bulan hidupnya terumbang-ambing dan terpaksa menumpang teduh serta kasih di rumah ibu saudara kerana dinasihatkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan bapa tiri.

“Ibu mengambil saya tinggal bersamanya kembali selepas saya menyatakan hasrat untuk sambung sekolah, tetapi saya dilayan seperti orang asing di rumah keluarga sendiri.

“Bapa tiri saya walaupun tidak lagi mengulangi perbuatan terkutuk itu, tetapi dia seboleh-bolehnya melakukan pelbagai helah supaya saya tidak lagi tinggal bersama ibu,” katanya.

Menurutnya, kesan pen- deritaannya berterusan sehinggalah dia dihalau ibunya sendiri.

Menurutnya, mujur ada keluarga angkat yang sudi menjaganya sehingga menganggapnya seperti anak kandung sendiri sejak keluar darirumah ibunya hampir dua minggu lalu.

“Saya kesal dengan sikap ibu, kerana lebih mempercayai bapa tiri saya. Bagaimanapun, jauh dari lubuk hati saya masih menyayangi ibu dan merinduinya kerana dia adalah satu-satunya ibu yang saya ada di dunia ini,” katanya.

Video Isu Cincin : Chegu Bard

Pembeli Rumah Terbengkalai Desak MB Campur Tangan

                                       Bersama Pembeli Rumah Terbengkalai Kaw Tebrau
                                       Saya Terima Memorandum Dari Pengerusi Bertindak
OHOR BAHRU - Kira-kira 340 pembeli tertekan apabila rumah idaman yang dibeli di Taman Mount Austin dekat sini, didakwa masih terbengkalai sejak beberapa tahun lalu, sedangkan mereka membayar ansuran pinjaman kepada institusi kewangan.

Projek perumahan terbabit dimulakan sejak 2004 dan dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun, tetapi sehingga kini masih tiada khabar berita untuk mereka menghuni rumah terbabit.

:Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Suhaini Mat Isa, 34, berkata, dia dan pembeli lain amat kecewa dengan pemaju apabila didakwa mengambil mudah projek terbabit kerana ia sepatutnya ia disiapkan pada 2007 berdasarkan kontrak ditandatangani.

Menurutnya, pembeli mula menghidu masalah bakal berlaku berikutan kerja pembinaan terbabit berjalan perlahan.

“Kini sudah hampir penghujung tahun. Sehingga bila kami perlu menanti, sedangkan sudah memberikan mereka lebih tempoh untuk menyiapkannya.

"Berdasarkan kontrak, pemaju perlu membayar pampasan kepada pembeli jika projek gagal disiapkan dalam tempoh berkenaan. Kami juga banyak kali berhubung dengan pemaju dan pihak berkuasa: tempatan (PBT), tetapi hanya pelbagai alasan yang diterima,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Suhaini berkata, kebanyakan pembeli terpaksa menyewa rumah lain disebabkan rumah yang mereka beli gagal disiapkan.

“Malah, setiap bulan kami menerima surat bank meminta menjelaskan bayaran faedah dan terpaksa membayarnya,” katanya.

Menurut Suhaini lagi, pihaknya meminta pembeli menghubungi jawatankuasa bertindak bagi tujuan mendapatkan sokongan pembeli.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat kawasan Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan memajukan memorandum tersebut kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman untuk campur tangan membantu permasalahan itu.

“Kita akan adakan pertemuan antara pembeli dan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan kes ini dalam minggu ini juga. Jika tidak dapat berbuat demikian, kita akan bawa memorandum ini ke Parlimen untuk perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

“Kita menghormati Menteri Besar dan Exco, disebabkan itu kami ingin mengadakan rundingan dan perjumpaan bersama pembeli dan jawatankuasa bertindak untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.

Oct 15, 2011

Kantoi : 'Misteri Enam Bas' Ke Putrajaya Untuk Anugerah Warganegara Sudah Terbongkar!


Lucu benar bila mendengar ada "warga asing" mahu diberikan Kursus Keusahawanan dalam negara kita. Itulah alasan yang diberika oleh pihak-pihak tertentu bagi mengalih pandangan rakyat tentang isu warga asing mahu diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum akan datang.

Isu ini bukan perkara baru sebenarnya, malah di Pahang ini sendiri sudah berpuluh-puluh buah bas yang membawa warga asing ke Putrajaya sebenarnya. Mereka terutamanya warga Kemboja dan Myanmar ditempatkan di sebuah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di daerah ini, sebelum dibawa ke Putrajaya (dua hari satu malam) untuk majlis "anugerah kewarganegaraan" di sana.

Menurut sumber, setiap kali ke sana pasti sebanyak "enam buah" akan digunakan. Malah, memang terdapat sebuah resort di kawasan Cherating yang digunakan sebagai "port mereka" untuk menjalankan kerja-kerja terkutuk ini. Sesudah mendapat MyKad mereka akan dipindahkan secara berperingkat-peringkat ke parlimen yang kritikal seperti Parlimen Pekan, Rompin, Paya Besar dan juga Indera Mahkota sendiri.

Malahan, mereka bukan sahaja ke Putrajaya untuk mendapat anugerah warganegara, pihak terbabit juga dipercayai membiayai penginapan mereka di beberapa buah hotel terkenal di ibukota. Pendekkata warga asing ini akan dibawa melancong ke sana ke sini dan keesokannya baru dibawa mengadap "pemimpin besar negara" untuk menerima anugerah terbabit.

Perkara ini tidak perlu dirahsiakan lagi kerana ada dikalangan mereka yang pergi telah mendedahkan kepada pihak tertentu. Makanya dengan isu terbaru seperti yang didedahkan oleh pembangkang sekarang ini, ia seolah-olah mengesahkan lagi apa yang berlaku. Pihak kerajaan tidak perlu buat cerita yang bukan-bukan pasal isu ini, kerana mereka dipercayai "berikan lesen" untuk tujuan tersebut.

[Maka itulah kenyataan terbaru yang dibuat oleh OCPD Serdang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan IC kepada 240 warga asing dari Johor kononnya mengikuti kursus kewartawan jelas sekali satu tindakan terdesak untuk mereka menutup "rahsia yang sudah terbongkar" itu sebenarnya. Mujurlah kes itu berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort tanpa dapat pergi ke destinasi sebenarnya.

Jika inilah caranya untuk kekalkan kuasa, maka sudah wajarlah rakyat menolak mereka sekarang. Jika tidak, Malaysia ini akhirnya akan dihuni oleh jutaan warga asing. Rakyat akan merempat dibumi sendiri akhirnya. Fikirlah masa depan anak cucu, dan generasi akan datang. Usah terlena dibuai mimpi lagi, "Misteri Enam Bas Ke Putrajaya" kini terbongkar] SUMBER WM

Oct 14, 2011

Demo bersama Orang Asal Teluk Jawa

                                    Sidang Media saya bersama Pihak Media dan Orang Asal

                                    Hutan Kayu Bakau Musnah
                                     Orang Asal Demo bantah  hutan Bakau Musnah
                                    Isu ini dapat Liputan Luas Dari Pihak  Media
Lebih 50 nelayan Orang Asli di Kampung Teluk Jawa mendesak penyelesaian bagi masalah pencemaran laut yang didakwa akibat pembangunan terletak kurang tiga kilometer di kawasan mereka.

Tok Batin, Rosti Bintik mendakwa, kehidupan hampir 100 penduduk di situ adalah bergantung kepada sumber laut sebagai punca rezeki, semakin terjejas

Menurutnya, sejak 2010, keadaan di perairan tempat mencari rezeki semakin meruncing apabila projek pembangunan di persekitaran yang didakwa di kawasan hutan bakau yang menjadi lubuk nelayan mencari hasil, dimusnahkan.

“Pembangunan ini sejak 2003, namun keadaan semakin kritikal setahun kebelakangan ini. Kami pernah mengajukan permasalahan ini pada pihak berwajib namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat.

“Fahamilah keadaan kami. Di mana harus kami cari rezeki jika sumber pencarian kami terjejas? Malah telah dua minggu kami tidak turun ke laut.

"Bagaimana kami mahu beri keluarga makan dan anak hendak bersekolah? Kami tidak pandai kerja di darat kerana tidak memiliki kelayakan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Rosti berkata, jika dulu, nelayan di situ mampu meraih RM80 hingga RM100 sehari, kini hanya RM20 dan ada kalanya hampa.

Katanya, pokok bakau di pesisir pantai itu menjadi lubuk ketam, udang, jinjang dan ikan, kini telah ditebang.

Wartawan Sinar Harian turut dibawa menaiki bot melihat sendiri kawasan pembangunan dan pokok bakau yang dimaksudkan. Bersama Penyelia Pusat Aduan Rakyat Syed Othman Syed Abdullah ,

Lima soalan untuk KDN


Suhaizan Kaiat | Oct 13, 2011 05:43:58 pm

 
Rakyat Malaysia telah dimaklumkan oleh Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah diterima menjadi warganegara sejak tahun 2008 hingga 2011.  Suatu jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara seperti Malaysia.  Dalam keadaan rakyat negara ini berada dalam kesempitan hidup mereka terpaksa bersaing dengan warga asing yang seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana begitu mudah menjadi warga negara ini.  Pemuda PAS tetap curiga terhadap pemberian hak warganegara ini.  Kami mengesaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13.

Pemuda PAS melalui Lujnah Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi telah membuat intipan satu operasi pemberian kad pengenalan kepada warga asing bermula petang Selasa 11 Oktober 2011.  Operasi ini melibatkan tujuh buah bas yang penuh dengan warga asing dari negeri Johor menuju ke Putrajaya.  Mereka memulakan perjalanan pada jam 10 malam daripada beberapa lokasi di Johor Baharu.  Pada jam 1 tengah malam kumpulan ini telah berhenti di hentian Rehat &Rawat (R&R) Pagoh.  Daripada maklumat warga asing ini tujuan mereka ke Putrajaya adalah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan mereka menjadi warganegara.

Selepas berehat mereka terus bergerak ke Masjid Putrajaya.  Mereka sampai di sana sekitar jam 6 pagi.  Solat di Masjid Putrajaya.  Selepas solat seolah-olah ada kawalan daripada anggota polis tidak beruniform (preman) yang mengawal pergerakan mereka.  Beberapa buah bas telah diarah masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan dipandu oleh seorang Dato yang tidak dikenali.

Saya telah keluarkan maklumat operasi ini dalam laman Facebook sekitar jam 7 pagi.  Secara tiba-tiba arahan dibuat kepada pemandu-pemandu bas agar membawa penumpangnya ke lokasi yang tidak diketahui.  Perjanjian dengan pemandu bas hanyalah ke Putrajaya tetapi di saat-saat akhir telah ditukar ke lokasi lain.  Akhirnya mereka sampai di Istana Dugang Country Resort sekitar jam 8 pagi.  Semua warga asing telah diturunkan di kawasan tersebut.

Berdasarkan kepada operasi ini, Pemuda PAS mahu pihak Kementerian Dalam Negeri khususnya Hishammuddin Hussin menjelaskan perkara-perkara berikut :

1. Kenapa pemberian kad pengenalan ini dibuat secara berkelompok?  Apakah istimewanya mereka sehingga kerajaan menawarkan warganegara secara berkelompok?
2. Kenapa proses pemberian kad pengenalan dibuat di sebuah resort tidak di pejabat kerajaan?  Murah sangatkah nilai kewarganegaraan kita?
3. Kenapa proses pemberian kad pengenalan dimudahkan?  Kenapa mereka tidak melalui proses yang ketat seperti ujian bertulis untuk menilai kesetiaan mereka kepada negara?
4. Kenapa ada kawalan ketat daripada pihak polis semasa warga asing ini berada di Masjid Putrajaya dan Istana Dugang Country Resort?  Apakah istimewanya warga asing ini sehingga mereka diberi layanan istimewa sedemikian rupa?
5. Kenapa terdapat arahan yang sentiasa berubah-ubah terhadap distinasi yang hendak dituju?  Bukankah ini tanda-tanda adanya manipulasi dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing?

*Kenyataan media oleh Suhaizan bin Kaiat (gambar kiri) selaku Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia.

Serangan ke Jantung UMNO

Serangan ke Jantung UMNO

Hasmi Hashim | Oct 14, 2011 12:48:03 pm

 
Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada sebelah siang, tidak mengalih pandangan untuk perbincangan soal sejarah yang sekian lama dimanipulasi sebagai alat parti pemerintah.  Lebih 120 orang memenuhi ruang dewan yang sepatutnya hanya mampu memuatkan 100 orang sahaja.  Rata-rata adalah anak muda selain tokoh politik dan ahli akademik.

Memandang keadaan dan minat yang tak pernah terasa begini hebat, terutama sejak Reformasi 1998, subjek sejarah kini menjadi hantu yang bergantayangan di kepala pemerintah.  "Mampukah sejarah menumbangkan UMNO-BN?" begitu soalan yang kemudiannya menyusul.  Terlebih dahulu saya siapkan halaman karangan yang dibahagi-bahagikan kepada hadirin yang hadir.


Allahyarham Mat Indera tak ada peluang menjawab satu pun tuduhan dan kata nista yang dilempar kepadanya.  Walaupun beliau punya tempoh setahun terdekam dalam penjara - ditangkap pada 1952 sebelum digantung mati pada 1953 - beliau tetap tak mahu tunduk sujud di bawah telapak duli Inggeris.  Betapa pun batang tubuhnya diseksa.

Orang yang tak pernah dizalimi, mungkin tak mengerti apa artinya kezaliman; namun aneh andai anak bangsa yang pernah ditindas penjajahan, tak merasa peri-perihnya penjajahan.  Sungguh tak dapat dimengertikan bagaimana segelintir orang akademik bergelar "profesor" terbelit dengan persoalan mainan istilah dan semantik sehingga ketepi kenyataan bahawa bangsanya pernah dijajah.

Hal ini jadi bahan tawaan orang apabila penyataan "Malaysia tak pernah dijajah" dihembur tanpa bukti kajian dan jilid ilmiah terperinci untuknya.  Ia hanya dilontar dalam satu sidang media Majlis Profesor Negara (MPN) dan disusuli satu-dua forum awam.

Tujuannya pula lebih hanya untuk meyakinkan rakyat dalam jangka masa pendek; bukan menyatakan kebenaran dan perincian fakta sejarah yang sesungguh-sungguhnya.  Dalam kata lain, MPN melalui dua-tiga orang profesor yang bersekongkol menyatakan "Malaysia tak pernah terjajah" lebih berperanan sebagai "orang politik".  Bukan sebagai juru akademik dan ilmuan.  Sidang media oleh MPN berhubung isu itu diadakan pada 9 September 2011.

12 hari kemudian, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pun dihadap ke mahkamah, atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.  Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Bukan kelaziman polemik sejarah jadi perbicaraan mahkamah.  Apakah yang sangat ditakuti dengan kenyataan daripada isi ceramah Mat Sabu (gambar kiri)?  Atau mengapa ada yang begitu gementar dengan Mat Indera; seorang lelaki guru agama kelahiran Batu Pahat, Johor yang menganggotai sayap Angkatan Pemuda Insaf (API)?  Di bawah direkodkan kembali sepotong kenyataan media oleh MPN yang barangkali boleh membuka kotak pandora untuk menjawab soalan-soalan di atas:

Golongan kiri atau radical dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ingin menentang dengan kekerasan kerana mereka adalah terpengaruh dan terikut dengan gerakan anti-penjajahan Indonesia terutama oleh Sukarno dan Hatta.

Sejak sekian lama, murid-murid sekolah diajarkan bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan dengan "jalan rundingan".  Tunku Abdul Rahman diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan.  Tunku adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama.  Sejak 1957, UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah perikatan tunggal yang memerintah.  Parti itu jua yang dikatakan memperolehi kemerdekaan dari Inggeris, dengan jalan rundingan: "merdeka cara aman".

Keperluan menyokong UMNO-BN pada hari ini bukan sahaja kerana UMNO-BN telah berjasa memerdekakan tanahair, tetapi kemerdekaan itu tanpa tumpah darah - di sinilah titik khianat di dalam sejarah yang dipertahan segelintir orang itu.  Biar bagaimanapun bobrok kepimpinan elitnya, atau dasar-dasar yang sudah tidak sesuai dengan zaman, namun, tetap UMNO-lah yang harus didukung kerananya Malaysia merdeka.

Gambaran ini berderai apabila muncul nama Mat Indera.

Di belakang nama Mat Indera, tak dapat ditutup lagi hakikat ada pertubuhan dan parti lain, selain UMNO, yang dibentuk lebih awal daripada UMNO, yang, berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu.  Parti-parti seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul Muslimin diharamkan Inggeris - bagaimanakah Inggeris boleh mengharamkan parti-parti ini kalau bukan Inggeris yang berkuasa?  Ini juga satu bukti bahawa tak punya beza pengertian antara "tanah lindungan" dengan "tanah jajahan" macam yang didakwa.

Yang dibenarkan bergerak hanya UMNO: sebuah parti yang ditubuhkan selepas Perang Dunia ke-2, iaitu tempoh waktu untuk "menyambut" kedatangan Inggeris kembali ke Tanah Melayu.  Orang Melayu sebagai kaum majoriti haruslah disatukan di bawah satu pertubuhan politik bagi tujuan itu.

Onn Jaafar, si pendiri UMNO, juga akhirnya terhindar keluar apabila beliau melihat bahawa gagasan parti satu kaum akan mendatangkan mudarat bagi masa hadapan Tanah Melayu.  Terutamanya selepas merdeka.  Buah fikiran parti pelbagai kaum, bukan idea Inggeris; tidak cocok dengan Inggeris, dan kerana itu Dato’ Onn harus dikesamping daripada barisan elit UMNO.

Malayan Union digemparkan untuk ditubuhkan.  Berserta itu, orang-orang Melayu ditakut-takutkan.  Terasa pula bahawa Inggeris seakan tidak serius.  Inggeris-dengan segala kekuatan yang ada padanya- boleh sahaja meneruskan gagasan Malayan Union kalau mereka mahu; kala mana kuasa sultan-sultan Melayu berada dalam keadaan cukup lemah.  Namun kenyataan sejagat pertengahan abad 20 ialah memiliki wilayah jajahan bukan lagi keutamaan mana-mana empayar Eropah.  Ketika sama, Barat sudah cukup matang wacananya mengenai imperialisme, kebebasan, hak-hak asasi manusia dan kerakyatan.

Daripada perspektif dan latar ini, mencanangkan Malaya Union tak lebih hanya justifikasi agar UMNO (parti anak emas Inggeris) itu jadi releven.  Sementara di mata "golongan kiri", tanpa atau dengan Malayan Union, Inggeris tetap penjajah yang harus dihalau.  Pengalaman Indonesia tentulah munasabah untuk dijadikan contoh rujukan.  Indonesia merdeka dan terbangun sebagai sebuah negara-bangsa pada 1945; 12 tahun lebih awal daripada kemerdekaan Tanah Melayu.

Entah apa yang dimaksudkan "radikal" sepertimana dalam kenyataan media MPN, kalau bukan sebermula kenyataan API iaitu "merdeka dengan darah", yang turut dipetik daripada perjuangan nasionalis sebelum Indonesia merdeka.  Ia, sesungguhnya lebih awal dari itu…

Saudara Syed Shahir mengutarakan pandangan ketika sesi soal jawab.

Kemerdekaan India - satu lagi koloni Inggeris - adalah kemerdekaan yang datang daripada semangat penentangan sama, iaitu menolak kerjasama dengan penjajah.  India merdeka pada 1947.  Mahatma Ghandi, pejuang dan bapa pendiri India berslogan "lakukan atau mati", yang menjadikan sosok tubuhnya sebagai "senjata". Yang dimaksudkan sebagai "lakukan" ("do") adalah "merdeka".

Demikian sembang-sembang mengenai "siapa Mat Indera" membuka selera dan semangat baru kepada kita hari ini untuk selidiki lebih mendalam mengenai sejarah bangsa berhubung perjuangan kemerdekaan.  Adalah sesuatu yang angkuh bila dikatakan kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu terputus dengan kesedaran di negeri-negeri lain yang sama terjajah, sama ada Indonesia (Belanda), Filipina (Sepanyol) mahupun India (Inggeris), misalnya.

Sendal-sendal dan alang-alang sejarah aliran pemerintah pun ada yang mulai patah.  UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini sejak merdeka, dan sejak itu tak pernah sekalipun anak watan dapat melihat sejarah daripada versi yang bukan versi pemerintah UMNO-BN.

Catatan dan buku-buku sejarah yang bukan ditulis dan diterbitkan pemerintah, dianggap tidak berwibawa meskipun ditulis oleh individu pencipta sejarah itu sendiri.  Misalan yang ada ialah buku Merintis Jalan Ke Puncak, iaitu memoir Ahmad Boestaman.  Buku 188 muka surat ini pertama kali diterbitkan oleh Penerbitan Pustaka Kejora pada 1972.  Sejak penerbitan sulung, tidak ada usaha untuk ulang terbitkannya kembali.

Di dalam buku itu, turut diceritakan bagaimana PKMM yang mulanya salah sebuah badan gabungan UMNO, keluar daripada UMNO kerana ingin menentukan lambang atau bendera UMNO.  Persoalan yang timbul bukanlah tertumpu sangat kepada Sang Saka Merah Putih sepertimana yang dicadangkan oleh KMM, tetapi sistem undian yang memberi hak satu badan dengan dua undi; tanpa mengira kecil atau besar sesuatu pertubuhan berkenaan.  Cadangan PKMM, kalah dengan hanya satu undi.  Sidang pertama UMNO itu diadakan di Ipoh, Jun 1946.

Maka tidak hairan, bagaimana asas bendera UMNO sepertimana yang wujud hari ini adalah daripada Sang Saka Merah Putih, sama seperti bendera Indonesia.  Sama juga seperti bendera PAS mahupun bendera Republik Singapura.  Hanya bendera UMNO dibubuh lingkung bulat kuning yang di tengahnya diletakkan imej keris tanpa sarung.

UMNO adalah parti aliran kanan.  Sebuah parti perkauman yang tidak menjadikan slogan "merdeka" sebagai slogan awal mereka.  Slogan awal UMNO ialah "hidup Melayu".  Slogan merdeka dibawa awal oleh parti-parti kiri, termasuklah PKMM.

Hanya selepas mendapati ada ruang di mana Inggeris mahu memberikan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu, barulah UMNO mengguna-pakai slogan merdeka sebagai slogannya.  Dengan yang demikian, tidakkah UMNO secara tak sedar menerima dan mengakui bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan itu adalah kesedaran awal oleh parti-parti dan tokoh-tokoh lain di luar UMNO?

Begitulah sejarah yang jelas nyata ini tak juga selesai, demi survival UMNO khususnya.  Atas sebab itu jualah, nama pejuang seperti Mat Indera begitu ditakuti.  Membuka kenyataan sejarah ini bakal menjadikan teras sejarah UMNO terbongkar dan tercabut.  Kesannya psikologinya ialah, generasi muda takkan lagi terasa terhutang budi untuk terus menyokong sebuah parti yang memerintah Malaysia sekian lama.  Mat Indera bukan hanya telah menyerang Bukit Kepong, sepertimana 61 tahun lalu.  Dia juga kini sedang menyerang titik tengah kekuatan parti pemerintah.  Kepada UMNO, barangkali keadaan inilah yang paling ditakutinya.

*Karangan ini asalnya adalah bahan bacaan sisipan bertajuk Siapa Takut dengan Mat Indera? yang disediakan untuk forum awam "Malaysia dan Sejarah yang Belum Selesai" anjuran Akademi Pak Sako di Hotel Quality, Shah Alam pada 7 Oktober 2011 (Jumaat), jam 8 malam.

**Hasmi bin Hashim, 35 - seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat. Tulisan ini dipetik dari Jalan Telawi.

Oct 11, 2011

Bob Lokman: Saya ditangkap Jais bukan kerana agama, tapi Umno

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hairan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil mendakwa beliau ditahan malam tadi bukan kerana isu agama tetapi “untuk Umno.”
Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.
Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.
Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.
Bob Lokman dan ustaz yang ditahan malam tadi dilepaskan selepas dibawa ke balai polis tetapi disoal siasat Jais hari ini.
Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.
Menurut Bob Lokman, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.
Sehubungan itu, Bob Lokman berkata beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.
Kata Bob Lokman, sekiranya terdapat undangan daripada pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.
“Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut,” katanya dipetik Harakahdaily.
Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.
“Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.
“Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul,” katanya.
Bob Lokman ditahan oleh Jais malam tadi kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah setelah beliau selesai berucap ketika solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.
Selepas ditahan beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya.
Bob Lokman juga diminta hadir di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan.
Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir di pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan.
Mengulas perkara itu, Bob Lokman yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu.
Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan satu tindakan tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang.
“Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno,” katanya.
Sebelum ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab.
“Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah dalam ceramah saya tetapi hanya kerana tanpa tauliah.
“Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati,” katanya.
Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati.
Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.
“Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.
“Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah.
“Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu,” tegas beliau.

- Malaysian Insider

Oct 9, 2011

PRU-13 tak akan di November selepas Bajet gagal mendapat sambutan

Pemimpin PKR tidak menjangka bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada hari Isnin, menunjukkan tiada sambutan bagi Belanjawan 2012 walaupun pelbagai tarikan menarik yang ditawarkan untuk  "membeli pengundi”.
"Tidak seperti negara berdemokrasi matang, di mana tarikh pilihan raya umum adalah tetap, di Malaysia, ia mengikut suka hati PM dan isteri beliau, Rosmah Mansor. Pakatan Rakyat akan kekal berjaga-jaga tetapi terdapat tanda-tanda jelas yang menunjukkan bahawa mereka akan berpaut dengan kuasa yang dimiliki pada masa yang lebih lama, " Naib Presiden PKR  dan Pengerusi MCA Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.
Jui Meng sebenarnya merujuk kepada  isteri Najib, Rosmah yang terkenal kerana memainkan peranan yang sangat besar di sebalik tabir. Ada juga yang menganggapnya sebagai kuasa di sebalik takhta Najib.
Sambutan kurang menggalakkan merupakan tanda tenggelamnya kredibiliti Najib
Pada Jumaat lalu, Najib mengumumkan bahawa Belanjawan RM232 juta yang ditambah dengan bantuan wang tunai dan bonus yang disediakan bagi pengundi Umno, seperti peneroka tanah di bawah skim Felda dan pekerja di bawah perkhidmatan awam menjadi penerima utama dan masyarakat selebihnya diabaikan.
Walaupun propaganda besar telah diselaraskan  dari arus perdana  media  dan TV yang dikawal kerajaan , tindak balas berkurangan kerana rakyat Malaysia sendiri telah menjangka Najib untuk mengambil langkah-langkah sedemikian.
"Sekarang saya percaya bahawa Najib tidak akan cukup yakin untuk membubarkan Parlimen. Pilihanraya umum ke-13 akan diadakan pada bulan Februari atau Mac selepas rakyat telah menerima 'duit saku' daripada Belanjawan 2012. Ia sebenarnya adalah satu gambaran yang menyedihkan dan sesuatu yang Umno harus perhatikan ialah - rakyat tidak lagi percaya akan beliau  dan walaupun mereka akan mendapat bantuan wang tunai, mereka cukup berpendidikan untuk mengetahui bahawa ia adalah wang mereka, "Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Anehnya, walaupun pencabar utama Najib bagi jawatan presiden Umno, Muhyiddin Yassin, enggan menafikan bahawa Belanjawan 2012 merupakan suatu pilihan raya. Bukan seperti Najib yang mengkritik  orang yang menunjukkan kelemahan dalam pelan perbelanjaan beliau, Muhyiddin berkata bahawa ia bergantung kepada rakyat untuk menentukan bagaimana mereka mahu menilai Belanjawan tersebut.
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga menghantar amaran tertutup mengenai perbelanjaan  keterlaluan  Najib,  menunjukkan bahawa Malaysia danseluruh dunia berada dalam krisis  kewangan yang besar yang  akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih daripadanya. " Kita akan mengalami krisis kewangan  yang besar untuk tempoh masa yang lama. Walaupun ia dapat diselesaikan, proses pemulihan adalah sangat perlahan bagi kewangan pihak Barat, "Mahathir menulis di dalam blognya pada hari yang sama Najib  mengumumkan Belanjawan 2012.
Pelabur asing sedar akan kecacatan pelan perbelanjaan 2012 Najib
Program jangka masa panjang bagi rancangan struktur termasuk pemulangan  integriti dan ketelusan  dalam  sistem kehakiman Malaysia benar-benar tiada, dan ini akan diperhatikan oleh pelabur-pelabur asing dan agensi-agensi penakrifan. Sudah terlalu lama institusi di Malaysia dikritik kerana tunduk kepada rentak politik Umno dan bukannya untuk mengikuti haluan undang-undang dan meletakkan kepentingan masyarakat dan ekonomi terlebih dahulu.
Ini telah merosakkan imej Malaysia dengan pantas, serta skandal rasuah Najib mengenai kapal selam Scorpene  dan pembelian palsu rancangan berita bersifat positif. Program ini dimasukkan kepada  rangkaian TV antarabangsa supaya mencipta satu imej palsu mengenai kepimpinan dan projek-projek Najib,  dan walaupun pentadbiran beliau  untuk menutup mata  pengawal selia UK dari menyiasat, pendedahan percubaan beliau untuk melakukan perkara tersebut telah mencalarkan kredibiliti Malaysia dan warga asing sekarang  meragui apa yang mereka lihat dan dengar mengenai negara ini.
"Umno akan jatuh di pilihanraya umum jika mereka tidak menjalankan reformasi sebenar. Mereka telah cuba untuk menipu rakyat dengan reformasi palsu tetapi rakyat tidak tertipu," naib presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.
"Mereka tidak memberi fokus kepada ekonomi sebaliknya mereka terus memberi tumpuan kepada menyerang dan  menindas pihak pembangkang. Sebagai contoh, percubaan Mahkamah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cara percubaan tersebut dikendalikan tidak meningkatkan keyakinan pelabur kerana kredibiliti badan kehakiman juga telah memberikan kesan ke atas ekonomi. "
Surendran menambah bahawa pihak pelabur hanya akan yakin jika Malaysia memulihkan sistem negaranya apabila Najib atau sesiapapun pengganti beliau, melancarkan reformasi politik teguh yang segera menghukum perasuah dan mengembalikan kebebasan kepada badan kehakiman.
 SUMBER Malaysia Chronicle

Oct 8, 2011

PROGRAM KEBAJIKAN PAS DI PERMAS

                                       Ziarah Anak yatim Piatu dan sedikit sumbangan pada beliau dan barang keperluan dapur
                                     


PAS Kawasan melalui Lajnah Kebajikan dan PAR meneruskan program kebajikan dengan mengadakan program Ziarah dan sumbangan barang keperluan harian,. Program hari ini tertumpu di Permas turut hadir Ketua Cawangan Permas .

PROVOKASI MELAMPAU DI CERAMAH MAT SABU ,UNIT AMAL TERIMA 7 JAHITAN ANGKARA SIAPA ?

- Beberapa siri provokasi pihak tertentu pada ceramah anjuran Pakatan Rak,yat sebelum ini telah menerima tempiasnya apabila ia turut berlaku malam tadi sempena kehadiran Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS ke johor.


Difahamkan beberapa hari yang lalu kejadian sama turut berlaku di Negeri Sembilan namun seperti yang dijangka, tindakan tidak bertamadun terjadi juga di Pekan Labis.

Tinjauan Mtd Pas Benut mendapati kira-kira 50 penunggang motosikal yang terdiri daripada kalangan remaja bawah umur didakwa diupah untuk melakukan provokasi sehingga menimbulkan ketegangan pada tempat ceramah.

Tindakan melampau itu menyebabkan seorang petugas Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Johor cedera di bahagian muka akibat dilontar objek keras di kepala.
 
 
 
 
 
 
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Amer, 29, daripada Amal Pagoh berkata kejadian tersebut terlalu pantas berlaku sewaktu beliau bertugas mengawal lalu lintas bersama lebih 50 petugas yang lain.

''Saya seperti biasa bertugas bersama sahabat yang lain. Suasana jadi kelam kabut bila sekumpulan rempit ganggu buat kali yang kedua. Tiba-tiba saya kena baling objek keras kat kepala'' katanya ketika dihubungi Mtd Pas Benut malam tadi.

Beliau berkata demikian kepada Mtd Pas Benut sempena majlis pelancaran Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (Bangkit) oleh Tuan Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS Pusat, di Dataran Cikgu Normala, Pekan Labis, dekat sini, semalam.

Katanya lagi beliau terpaksa menerima tujuh jahitan di bahagian muka setelah dikejarkan ke Hospital Segamat walaubagaimanapun hanya dibenarkan keluar beberapa jam kemudian.

Beliau yang ditemani Mohd Zaki Abd. Kader, Pengarah Jabatan Amal johor dilihat turut berada di Hospital Segamat kesal dengan pihak berkuasa yang dakwanya lambat bertindak.

''Masa diorang lalu, saya dah pesan kat Polis. Encik tak kan tengok aje. Pergilah buat apa-apa. Polis kata, tak pe nanti kita buat'' ujarnya.

Difahamkan jumlah pihak berkuasa begitu ramai turut berada di lokasi ceramah yang terdiri daripada anggota Polis, satu trak kecil FRU dan beberapa anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Labis.

Satu laporan Polis dibuat Di Balai Polis Labis oleh mangsa sendiri pada jam 1 40 pagi diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman, ahli jawatankuasa PAS Pusat bersama 20 orang petugas Jabatan Amal yang lain.

Mazlan dilaporkan berkata dengan turut mempersoalkan tindakan Polis menangani kejadian tersebut sedangkan katanya kebanyakan mereka yang melalui jalan ke lokasi ceramah akan melalui sekatan itu namun bagaimana anak muda yang rata-ratanya remaja bawah umur dakwanya berjaya melepasi sekatan jalan raya.

''Kita dukacita sebab yang buat provoke. Ada road block tapi tak ditahan. Kalau betullah ini berlaku (tidak ditahan) ini amat memalukan.

''Macam mana boleh lepasi road block? Kami juga ditahan. Apatah lagi budak-budak. Tak ditahan, bawa motor dengan jumlah yang besar, budak bawah umur.

''Kita bersimpati dengan pihak berkuasa. Tapi bagaimana persepsi orang ramai, boleh persoalkan tindakan Polis.

''Polispun dah maklum. Berdasarkan permit yang dibuat dan keadaan Mat Sabu sendiri dengan isu yang hangat sekarang. Tapi macam mana boleh lepas?. Malah kejadian ini berlaku didepan Polis.'' terangnya yang juga merupakan Presiden Anak.

Beliau bagaimaanpun memuji tindakan petugas Jabatan Amal Johor kerana berjaya mengawal keadaan dan bertindak mengikut arahan pimpinan.

''Mujurlah Unit Amal ikut arahan. Kalau ikut emosi? syabas Unit Amal'' ujarnya lagi.
 
 
http://www.facebook.com/Mtd Pas Benut

Oct 5, 2011

Zainah dan SIS kurang faham, keliru


Bagi pihak Pemuda PAS, kenyataan Zainah Anwar (dari Sister In Islam) dalam The Star Online pada 2 Oktober 2011 merupakan kekeliruan yang nyata dari seorang pemimpin NGO Islam yang kurang memahami falsafah hukum dalam syariah Islam. Islam merupakan agama Allah yang diturunkan kepada seluruh manusia sehingga akhir zaman. Ia merupakan agama yang membawa rahmat, agama kasih-sayang, agama yang halus dan lemah-lembut agama yang membawa kejayaan untuk dunia dan akhirat.

Kekeliruan dalam melihat hukum Islam dengan gambaran salah seperti membesar-besarkan tentang potong tangan, potong kaki, rejam sampai mati dan sebagainya samalah seperti memberi gambaran salah kepada bukan Islam bahawa masuk Islam nanti kena potong anunya (berkhatan). Apakah itu caranya kita melihat Islam dan memberi penjelasan tentang Islam? Kenyataan itu hanya menakut-nakutkan manusia yang belum Islam tentang Islam. Kenapa kita tidak menjelaskan bahawa berkhatan itu adalah untuk mencegah dari kekotoran dan boleh membawa kepada penyakit kanser yang merbahaya, sebab itu Islam mahukan umatnya bersih dan bebas dari segala penyakit. Bukankah amalan berkhatan itu juga wujud sebelum Rasulullah SAW diutuskan membawa Islam lagi? Ia juga menjadi amalan biasa kepada kaum India yang menganut agama Hindu di Malaysia. Begitulah juga halnya dengan hukuman-hukuman yang terdapat dalam syariat Islam. Gambaran yang salah seperti hukuman sebat seratus rotan dan rejam sampai mati juga tidak harus menjadi bahan untuk menakut-nakutkan sedangkan hukuman rotan dan bunuh dengan cara yang lebih kejam juga terdapat dalam sistem perundangan penjajah. Kenapa rakyat Malaysia boleh terima?

Menjelaskan tentang kebaikan akan hukum Islam secara akademik dengan sokongan statistik seharusnya menjadi keutamaan kerana Islam merupakan agama kesejahteraan. Sudah tentulah hukum-hakamnya untuk memelihara dan memberikan kesejahteraan kepada manusia sejagat. Selain itu Islam juga merupakan agama fitrah. Syariat dan hukum-hakamnya merupakan sesuatu yang selari dengan jiwa manusia. Sebagai contoh, apabila barang anda dicuri dengan jumlah yang besar (yang melayakkan hudud dilaksanakan), apakah hukuman yang anda harapkan dari pemerintah? Apakah anda berharap agar si pencuri itu hanya didenda dan dipenjara? Sudah tentu anda sangat gembira jika tangan si pencuri itu dipotong sahaja. Bagi seorang pemimpin masyarakat yang perihatin pula, apakah yang mereka harapkan akan hukuman yang patut diberikan kepada si pencuri itu? Sudah tentu potong tangan juga agar si pencuri itu tidak melakukannya lagi dan menjadi pengajaran kepada masyarakat agar takut dengan perbuatan yang mengganggu keharmonian itu. Tapi perlu diingat, bukan semua perbuatan curi terpaksa dipotong tangannya. Tempat simpanan, nilai yang rendah, orang yang miskin, bukan terpaksa, isteri yang mengambil barang suami dan banyak lagi faktor akan diambil kira sebelum hukuman dijalankan. Malah, jika si pemilik barangan tersebut memberi maaf sebelum dilaporkan kepada pihak pemerintah, hukuman itu juga tidak perlu dilaksanakan.

Oleh itu, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Zainah Anwar itu akan terjawab dengan sendiri apabila kita memahami bahawa Islam itu adalah agama yang adil, agama pemelihara, agama kasih sayang, agama fitrah di mana segala hukum-hukumnya termasuk hukum jenayah (Hukum Hudud) juga adalah untuk keadilan dan kesejahteraan masyarakat. Melihat hukum Islam dari sudut kekerasan perlaksanaan hukumannya adalah satu kekeliruan yang hanya akan menjauhkan manusia dari Islam sedangkan hakikat sebenarnya adalah ia suatu keadilan yang tiada taranya dan membawa manfaat serta pengajaran yang besar kepada masyarakat seluruhnya.

Sejarah telah membuktikan jumlah jenayah yang sangat rendah dengan perlaksanaan syariat Allah itu.
Negara
Kes Rogol Tahun 2002
Populasi Penduduk
Kes/Populasi  x 1 juta
Kanada
24,350
33,465,300
727.62
Malaysia
1,431
27,730,000
51.60
Jerman
8,615
82,127,000
104.90
Arab Saudi
59
24,735,000
2.39 (LAKSANA HUDUD)
United Kingdom
13,395
61,186,000
218.92
Amerika
95,136
305,975,000
310.93
Dalam keadaan jenayah di Malaysia tidak terkawal, Pemuda PAS menyokong penuh agar perlaksanaan Hukum Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan sebagai negeri pemula bagi mengembalikan keharmonian negara dan rakyatnya.

Justeru, seorang Islam yang mukalaf, malah beliau sedar bahawa kenyataannya itu merendah-rendahkan Islam seperti yang dilakukan oleh Zainah Anwar,
(“It’s okay to implement the hudud law because it doesn’t affect non-Muslims.” So it’s okay for Muslims to be brutalised? Ertinya : Tidak mengapa untuk melaksanakan hukum hudud sebab ia tidak melibatkan non-muslim. Jadi tidak mengapalah untuk umat Islam dizalimi?) boleh menjejaskan akidah. Oleh itu, Pemuda PAS menyeru agar Zainah Anwar kembali bertaubat. Malah kita juga bersedia untuk bermuzakarah secara terbuka atau tertutup jika beliau inginkan penjelasan tentang hukum Islam (Hukum Hudud).
DR GHAZALI BIN HASBULLAH
PENGERUSI LAJNAH PEKERJA DAN PROFESSIONAL MUDA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

Video : Sidang Parlimen Kecoh !!! Mahfuz Omar VS Tajuddin Abd Rahman

UMNO TAK PUAS HATI BOLEH BAWA KE MAHKAMAH