Apr 10, 2011

TAIB MAHMUD HIDUP MEWAH RAKYAT MINUM AIR HUJAN


KOTA SAMARAHAN - Kemiskinan yang berlaku dikalangan penduduk Sarawak khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang adalah jauh lebih teruk daripada yang dibayangkan.

Menurut calon PAS yang bertanding di DUN tersebut, Noraini Hamzah (Kak Ani), kebanyakan rakyat tidak memiliki apa-apa harta benda walaupun tanah yang mereka duduki, kerana ia tidak diberi geran hak milik.

Beliau mendakwa, ia menambahkan beban kehidupan rakyat apabila lebih satu keluarga tinggal di dalam rumah yang mereka bina atas tanah yang bukan milik mereka itu.

"Ada yang tinggal lebih 15 orang dalam satu rumah, bukan satu keluarga, anak yang dah kahwin pun duduk (di)situ, cucu yang dah kahwinj pun duduk (di)situ, satu keluarga dalam sebuah rumah,"ujarnya ketika ditemui pada Sabtu, 9 Apriil.

Selain itu, katanya, masih ada ralkyat Sarawak duduk dipinggi bandar yang masih memasak dengan dapur kayu kerana tidak mampu untuk membeli dapur dan gas.

"Percaya tak? dalam zaman yang moden (kini) masih lagi orang memasak (guna) dapur kayu!,"jelas Kak Ani, menceritakan kemiskinan rakyat, khususnya yang berlaku disekitar kejiranan kediamannnya, Kampung Tanjung Bundong.

Buletinonline telah dibawa oleh Kak Ani menurut ke sebuah rumah tidak jauh dari rumahnya.

Ia sebenarnya bukanlah sebuah rumah melainkan susunan kayu-kayu buruk yang menjadi 'pondok berlindung' sebuah keluarga.

Turut serta dalam tinjauan tersebut adalah Penasihat Kontingen PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat dan Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman.

Haji Hanafiah berkata ia adalah satu tragedi yang menyayat hati apabila, Taib Mahmud hidup dengan segala kemewahan, namun rakyat dibiarkan merana dalam kesusahan.

Selain kawasan kependudukan Melayu di Kota Samarahan, terdapat penduduk kaum Iban yang tinggal dikampung Merang dan Merang Baru didalam daerah mengundi Semarang masih mandi dalam air parit dan menerangakan gelap malam dengan lilin.

Kedudukan kampung -kampung tersebut bukan terletak beratus atau beribu batu, tetapi hanya beberapa puluh kilometer dari bandaraya Kuching.

Manakala Ariffin Deraman terkejut kerana penduduk di Kampung Merang Baru yang menampung air hujan kemudian menapisnya untuk dijadikan air minuman.

1 comment:

  1. Kalahkan ubn dan bela rakyat ini.Bukan saja Sarawak tetapi Sabah dan Semenanjung.

    ReplyDelete