Rakyat Serawak bukan lagi seperti "katak dibawah tempurung", walau bagaimanapun mereka juga tidak seperti "katak dalam kotak kaca".
Pilihanraya DUN Negeri Serawak telah berakhir dan keputusan muktamat juga telah diumumkan. Apa yang perlu setiap janji-janji semasa kempin sejak hari penamaan calun hingga hari mengundi, dan BN telah berjaya mempertahankan Kerajaan Negeri Serawak.
Kekalnya kerajaan Serawak kpd BN adalah sangat tidak menggairahkan, kerana peratus pengundi turun mengundi kurang dari yang dijangkakan.
Kepada PR yang begitu berhajat untuk membentuk Kerajaan Negeri diSerawak dan keputusan muktamat adalah gagal.Kegagalan tidak beerti terus gagal dan perlu muhasabah dimana yang perlu dianalisakan. Ada baiknya kegagalan itu, akan lebih merangsang kepada mempertahankan beberapa buah negeri Kerajaan PR diSemenanjung untuk kekal berkuasa. Jika Negeri-Negeri pemerintah Kerajaan PR pada PRU13 nanti gagal untuk mempertahankan kuasa, ini bermakna pengundi berubah arah. Untuk kekalkan kemenangan, perlu analisa dimana ada kepincangan, perlu diperbetulkan.
. Apa yang terbaik, bermula dari sekarang, DAP, KEADILAN dan PAS yang sejak kemenangan lepas telah membentuk Pakatan Rakyat (PR) perlu kerja lebih mantap. Bukannya masing-masing membuat hal sendiri dan mengabaikan hak suara pengundi memberi pendapat.
Tahniah kepada pengundi-pengundi Serawak kerana memberi satu tamparan hebat kepada BN untuk kekal memerintah dan apa yang dijanjikan BN, rakyat Serawak berhak menuntut sepertimana mereka janjikan.
Insyaallah, Pakatan Rakyat akan berusaha lebih gigih lagi, pendekatan kepada pengundi perlu dipertingkatkan, strategi mestilah diatur dengan lebih kemas dan jangan lupa turun padang selalu ( kalau dekat pilehanraya saja tidak menjadi/ hendaklah on going basis) dan faktor kewangan/jentera perlu ditambah dan juga ahli2nya perlu ditambah.
ReplyDelete