Seorang peniaga jualan langsung melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penarik kereta kerana cuba berlagak samseng dengan mengejar dan melanggar kereta yang dinaikinya di Taman Saujana, Kota Tinggi, di sini, baru-baru ini.
Surihana Prayitno Thum, 31, mendakwa, akibat terlalu ingin mendapatkan kereta Perodua Kancil milik abangnya itu, penarik kereta terbabit menghalang kereta yang dinaiki bersama adiknya di Jalan Niaga 3, Kota Tinggi.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang hari berkenaan ketika dia ke Kota Tinggi bagi menjalankan perniagaannya sebelum cuba dihalang sebuah kenderaan.
“Namun, saya tidak menghiraukan kereta yang menghalang dan berlalu pergi menghala ke Ulu Tiram. Secara tiba-tiba kereta saya dikejar tiga kenderaan termasuk kenderaan yang menghalang saya tadi.
“Ketika kami tiba di lampu isyarat Taman Saujana, tiba-tiba cermin saya diketuk dari arah kiri dan kanan oleh penarik kereta berkenaan,” katanya ketika ditemui di Pusat Aduan Rakyat di sini, semalam.
Menurutnya, dia dan adiknya dipaksa keluar kerana penarik kereta itu berkeras ingin mengambil kereta berkenaan.
“Ketika diarah untuk menunjukkan dokumen yang sah dan lesen yang dibenarkan, penarik kereta itu gagal membuktikan. Jadi, saya terus memecut kereta saya kerana bimbang kejadian yang lebih buruk berlaku.
“Malangnya kereta saya masih lagi diekori tiga kenderaan terbabit dan melanggar kereta yang dinaiki,” katanya
Sehubungan itu, Surihana membuat laporan polis berkenaan kejadian berkenaan.
“Saya mengakui kesalahan tidak melunaskan pembayaran tunggakan bulanan tersebut tetapi penarik kereta itu tidak perlu bertindak demikian dan perlu menunjukkan dokumen yang sah," katanya.
Jelasnya, dia juga kecewa apabila pihak bank seakan-akan enggan bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan.
“Pihak bank mengarahkan pemilik kenderaan terbabit iaitu abang saya menjelaskan kos penyelenggaraan kereta itu.
“Saya tidak berpuas hati dengan cara yang dilakukan penarik kereta terbabit dan berharap polis akan menyiasat berhubung laporan tersebut,” katanya.
Sememangnya penarik kereta ini boleh dilabel samseng.Mereka mencari keuntungan di atas kesusahan orang lain . Tidak mungkin orang akan sengaja tidak membayar kereta kerana suka- suka , pasti kerana masalah tertentu . Jejadian pernah menimpa saya , penarik kereta tersebut datang ke kawasan tempat kerja saya >Mereka telah berjumpa saya dan memberitahu saya bahawa mereka ingin mengambil kereta . Oleh kerana waktu itu sudah hampir waktu saya pulang dari kerja ,saya minta dia ambil di rumah saya memandangkan semua barang saya ada di dalam kereta tersebut . Salah seorang penarik kereta tersebut telah meminta kunci dengan alasan hanya untuk tengok enjin dahulu dan dia akan pulangkan setelah pasti enjin tersebut betul. Disebabkan terlalu lurus saya memberikan kunci dan apabila dapat sahaja kunci tersebut , dia terus melarikan kereta saya . Saya juga kesal dengan bank yang tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila saya adukan hal ini. Bank juga minta saya menanggung semua kos penarikan dan parking padahal saya tidak menandatangan sebarang surat semasa kejadian penarikan kereta tersebut .
ReplyDeleteButo la pmpuan p.gdng ni..ni ak yg nk tarik kreta to,cibai lu cite la btol2 babi!polis da tahan ko kt r.blok saujana asl takot!gmbr dlm l.top to time kne tahan!polis suh ko g balai kn!tbe2 abg ko dtg dr mne nth msk krete syp2 bwk lari!ko to bwk brg pe!asl da kt tiram tros prking dlm kdai cine trun brg psto jeep dtg mek korg bla!bwk dadah kepe!klo xd doc sah adl krete ko msk stor!pkai kancil x bayo,klo slh x lari,lggr bdk ak 2 org! Dr bndr kota smpi tiram jao la sundal!asl nk slmtkn sgt brg ko!nme pn x cm org mlysia!sindiket ea korg ni!cibai!klo ak slh asl kt mhkmh x trbukti slh!asl x??org dtg ckp bek2,siap nk anto blek la...pnipu!ko tggu la mti nt!ak xkn mfkn ko,ckp abg ko xyh blakon alim!hrm jdah pny anjing!
ReplyDelete