Dec 5, 2012

KEKACAUAN DI JELAJAH MERDEKA RAKYAT GOMBAK..UMNO CUBA JADI MALAIKAT!!!


Peristiwa di Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak telah dilaporkan dari media pro UMNO mendakwa dalam keganasan yang telah berlaku di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak semalam 4 orang penyokong UMNO/BN telah cedera.


Kejadian tersebut berlaku setelah berlaku pertembungan program di antara pihak Pergerakan Pemuda UMNO dan PKR yang masing-masing menganjur di lokasi yang sama di Batu 8 Gombak Selangor.








Menurut pencacai setan yang cedera itu,Suasana menjadi tegang apabila pemimpin PR mula memaki hamun pemimpin mereka maka ramailah ahli UMNO berkumpul berhampiran tapak program mereka tanpa menganggu hanya ingin melihat suasana dan tidak membawa apa2 barang yang boleh dijadikan senjata seperti yang didakwa.

Apa yang sebenarnya berlaku pencacai UMNO yang diketuai oleh Megat dipercayai anak kepada Mahaguru silat cuba membuat kacau dengan kumpulan motor dengan membuat bising dan provokasi.Malah mereka lebih berani dan ganas kali ini dengan membaling batu, botol juga merosakkan gerai dan menumbuk Petugas Pakatan Rakyat.

Samseng-samseng UMNO/BN... mereka melakukan provokasi lebih keras di Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak ketika ini dan cuba memasuki kawasan pentas ceramah sambil membuat bising.Gerombolan samseng upahan telah melakukan serangan dengan membaling batu dan objek-objek keras ke arah hadirin. 







Inilah dia perangai setan karat,sudah terang-terang lagi nak menipu,nak minta simpati lah tuh dan nak cuba cover line!!!adakah mereka ini ada akal dan otak,saksi mata melihat kelakuan dan pembuatan mereka adalah bukti,tidak cukup dengan mata manusia sebagai saksi,camera serta peralatan tenologi merakam semuanya.... ..

Adakah puak2 pencacai ini ingat semua yang hadir semalam buta2 belaka???Adakah anda percaya mereka hanya melihat sahaja seperti yang didakwa oleh media pencacai mereka?


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas





PAR PERMAS MEMANJANGKAN ADUAN KE BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) JOHOR

Aduan Jalan bayam 26

Pagi tadi Pusat aduan Permas (PAR) mendapat aduan daripada seorang penduduk di Jalan bayam 26,Taman kota putri masai mengenai sistem perparitan serta longkang tersumbat akibat daripada pokok yang tumbang.





Menurut pengadu Abdul Rahman Ahmad 58 tahun seorang pesara pokok yang tumbang yang mengakibatkan longkang tersumbat dan pecah itu adalah kerana bencana ribut kencang yang melanda taman itu beberapa bulan yang lepas.Pokok yang tumbang itu menyebabkan ia menutupi saluran pengaliran keparitan hingga mendatangkan bau yang busuk dan telah menjadi pembiakan nyamuk-nyamuk aedes.





Pada masa yang sama PAR permas juga telah menerima aduan dari penduduk di jalan kempas 10,taman megahria masai berkenaan sisitem kumbahan tidak diselenggara hingga menyebabkan pengaliran sisa kumbahan keluar dari sistem saliran.Keadaan itu menimbulkan rasa kurang selesa penduduk berhampiran.


 
Aduan sistem kumbahan di Jalan kempas 10,taman megahria

Setelah meninjau aduan di semua kawasan aduan penyelia PAR permas syed othman dan setiausaha PAR abusiraj almuner telah membuat aduan secara bertulis di pejabat biro pengaduan awam.


 

Ada beberapa isu yang telah diadukan di pejabat biro pengaduan awam (BPA)antaranya,


1. Sistem kumbahan tidak diselenggara

   Lokasi : Jalan kempas 10,Taman Megahria masai


2. Pemohonan Bonggol dan Ancaman keselamatan

   Lokasi : Jalan Bayan 45,Taman kota putri masai


3. Loji kumbahan Najis tidak berfungsi di Taman Bukit Mewah

   lokasi : Penduduk Rumah pangsa Taman Bukit Mewah Tampoi


4. Longkang pecah dan tersumbat

   lokasi : Jalan Bayan 26,Taman kota Putri Masai


5. Sisitem perparitan tersumbat dan sampah sarap

   lokasi : Jalan permas 10/1 belakang kedai Bandar Baru Permas Jaya



Semua Aduan ini telah disiarkan di akhbar-akhbar berbahasa melayu dan cina tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak yang berkaitan.



abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas


UMNO MERSING SUDAH GAGAL MEMBELA MELAYU DI MERSING

Dalam lawatan ke Mersing juga PAR permas sempat menziarahi seorang wanita yang kesempitan hidupnya.Par permas bersama PAR Endau menziarahi Puan Marsiah bte Ramli 44 tahun dan menyumbangkan sedikit keperluan asas untuk beliau sekeluarga.






Menurut katanya rumah beliau tiada bekalan elekterik sudah hampir 17 tahun kerana tidak mampu.suami beliau berkerja kampung mengambil upah kadangkala tidak berkerja kerana tiada kerja yang nak dilakukan.Mempunyai 3 orang anak lelaki,2 daripadanya sudah berhenti kerana tidak mampu nak menyekolahkan mereka dan hanya tinggal yang bongsu masih beresekolah dalam darjah 6.

Katanya lagi mereka sekeluarga kadang-kadang tidak menjamah nasi dan lauk kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

Atas perihatinan PAR Endau melalui penyelianya Ust Azam Razak akan berusaha untuk  membantu keluarga beliau dan cuba sedaya upaya untuk membantu semampunya.

Inilah realiti Negeri yang diperintah oleh UMNO....siapa kata negeri yang diperintah oleh UMNO tiada orang miskin....siapa kata negeri diperintah oleh UMNO rakyatnya terbela,silap!!!!...lagi Malang sekiranya WAKIL RAKYATnya BERTARAF MENTERI tidak mampu untuk membantu!!!!


Ayat yang padan disebut ... disitu UMNO memerintah,disitulah melayu merempat....


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

JANJI UMNO JOHOR 18 TAHUN PADA NELAYAN ENDAU...MASIH TIDAK DITEPATI!!!!!!!!

Dalam lawatan PAR permas ke mersing baru-baru ini,kami telah mengadakan perjumpaan dengan sekumpulan nelayan penyabong di endau.Dalam perjumpaan tersebut mereka telah mengadu permasalah rumah dan tanah yang telah dijanjikan pada mereka tidak di tepati oleh kerajaan UMNO BN Johor.

 



Jurucakap kumpulan tersebut Hasan Abdullah 53 tahun menceritakan bagaimana kerajaan negeri 18 tahun dahulu dibawah Meteri besar ketika itu Muhyiddin Yassin,Meteri Pertanian Sanusi Junit dan exco kerajaan johor ketika itu Puan Sabariah didakwa berjanji untuk memberikan sebidang tanah pada keluarga nelayan bagi kegunaan membina rumah dan pertanian.

 




Beliau mendakwa ketika itu exco kerajaan negeri Puan sabariah berkata cadangan pemberian tanah tersebut adalah untuk digunakan oleh isteri nelayan untuk bercucuk tanam manakala suami boleh ke laut bagi memanbahkan pendapatan keluarga.
kata Hasan lagi undian untuk mendapatkan tanah juga telah dilakukan oleh mereka di pejabat tanah bagi menentukan lot tanah mereka.

Tetapi sehingga kini setelah 18 tahun berlalu....janji tinggal janji!!!Pilihanraya Umum sudah 3 kali dilalui,perdana menteri sudah 3 kali silih
berganti.....janji masih tidak dicapati....

Tapi yang sedihnya...MELAYU juga yang ditipu oleh MELAYU!!!!


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

KRONI UMNO CEKAU YANG MISKIN MELAYU-KISAH NELAYAN MERSING





Penyelia PAR permas Syed Othman serta Setiausaha PAR abusiraj almuner telah mengotakan janji kepada nelayan Mersing untuk meninjau keadaan rumah yang dibaikpulih berhubung isu aduan rumah nelayan di mersing baru-baru ini.Turut serta bersama kami dalam tinjauan tersebut ialah Ust Azam Razak PAR Endau dan Tuan hj Abdul Rahman Yusuf Timbalan pengerusi DAP mersing.





Ternyata rumah yang dibaiki amat tidak memuaskan kerana masih terdapat banyak kecacatan umpama tidak pernah dibaiki sebelumnya.Terdapat kerosakkan bumbung,lantai dan dinding yang amat ketara.Untuk tidak menampakkan kecacatan,hanya dicat atau ditampal dilakukan agar tidak menampakkan ketaraan kesannya.

Rumah pertama yang kami tinjau adalah rumah pengadu sendiri Ramli bin yaacob.Apa yang dilihat keadaan rumahnya umpama tiada kesan sedikitpun pernah dibaikpulih.Dengan Bumbung yang bocor,kayu dinding rumah serta tiang yang sudah reput begitu juga dengan rantai rumahnya.Keadaan dinding bilik air yang tidak ditampal dengan simen menampakkan tiada kerja-kerja pembaikpulih dilakukan.Menurut kata anaknya Masiah Ramli 43 tahun,sekiranya peruntukkan RM10 ribu dimaafaat sepenuhnya pembaikpulih rumah ini mungkin akan lebih sempurna.







Salah seorang antara nelayan yang mengadu Muhd Bin Abdul Rahman 65 tahun,beliau hanya menerima 7 keping zink dan dinding rumahnya sahaja ditampal dengan simen.


Daripada pengamatan kami peruntukkan yang disalurkan sebanyak RM10 ribu itu tidak digunakkan sepenuhnya.kontractor untuk Kerja-kerja pembaikpulih ini pula membaham selebihnya kerana hendak mendapatkan keuntungan yang melipat ganda...jadi biarlah dalam pemikiran mereka biarlah nelayan Melayu ini rumah bagaikan reban ayam  janji perut dan kekayaan mereka nikmati...


Persoalannya kroni Siapa kontractor ini?????......




abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas

Dec 4, 2012

HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSERONG-SERONG WAHAI PENCACAI UMNO

Balai yang dibina dengan keringat serta penat lelah oleh penduduk yang berkeinginan  untuk  mempunyai balai Islam yang boleh dijadikan tempat untuk pengajian agama telah didirikan di rumah pangsa Taman cendana di blok 34 hampir 3 tahun lalu ternyata membawa keberakatan.Hasil sumbangan dari pihak non patisan yang hanya niat ingin melihat golongan asnaf mendapat didikan ilmu agama agar mereka boleh dibimbing ke arah cahaya nur Islam.

Balai Islam yang Terletak di blok 34 ini telah berjaya menyatukan masyarakat setempat dengan program kuliah agamanya setiap minggu serta program kebajikan saban hari membuatkan Setan-setan yang dikenali tidak senang duduk.




Dengan sambutan yang amat mengalakan dari penduduk setempat maka balai Islam ini telah menjadi rebutan apabila ia diminta oleh setan-setan yang dikenali untuk dikongsikan bersama mereka.Masih segar dalam ingatan,Sebelum awal-awal pembinaan balai Islam ini dahulu ia telah ditentang keras orang setan-setan bertopengkan manusia ini kerana kata mereka balai ini nanti akan dijadikan markaz Pas dan akan digunakan untuk memecahkan belahkan masyarakat setempat.

Sejak awal-awal lagi niat sebenar Ust kelana bakri,orang yang bertanggungjawap Besar terhadap pembinaan balai Islam ini adalah semata-mata ingin memberikan ilmu agama kepada seluruh penduduk Taman cendana agar mereka keluar dari kejahilan Islam.Semenjak hari siapnya balai ini tiada satu program pun yang berunsur politik dan balai ini dimaafaatkan sepenuhnya untuk tujuan majlis ilmu dan program kebajikan penduduk.








Akhir-akhir ini segerombolan pencacai telah cuba hendak meminjam balai tersebut untuk tujuan menganjurkan program politik parti mereka tetapi dihalang kerana balai itu hanya digunakan untuk majlis ilmu sahaja.Mereka sudah lupa bahawa merekalah yang menentang pembinaannya dahulu atas alasan takut balai tersebut digunakan untuk tujuan politik.sebelum ini mereka juga telah meminta supaya kunci balai islam diserahkan kepada mereka agar balai Islam boleh dikongsi bersama.


Perangai pencacai memang layak digelar setan dan kelakuan setannya  terserlah..mana mungkin hendak berkongsi dengan setan,tempat yang suci bila jatuh ditangan setan akan jadi kotor!!!..Najis!!!!..dengan program lara yang bakal dianjurkan ditempat yang digunakan untuk menyebut kalimah Allah.

Satu sen pun dana yang digunakan adalah hasil sumbangan individul bukan hasil sumbangan ahli maupun pimpinan UMNO.Semasa pembinaan dulu jangan kata nak tolong,ya tolong juga!!!tapi tolong buat umpatan dan fitnah!!!..

Sekarang ini sudah terhengeh-hengeh nak menumpang dan meminjam balai hatta cuma merampasnya???


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas








PROGRAM BERKHATAN PERDANA UMNO CAWANGAN TAMAN CENDANA...BERKHATAN UNTUK DAPAT UNTUNG



Apabila berakhirnya musim persekolahan maka ramailah persatuan-persatuan serta badan bukan kerajaan (NGO)maupun parti politik yang berlumba-lumba menganjurkan majlis berkhatan.Ada yang menganjurkan program berkhatan secara percuma dan ada juga yang menganjurkannya dengan mengenakan bayaran yang rendah kalau dibandingkan dengan klinik swasta.Semua perganjuran ini penulis percaya tidak lain dari ingin menambahkan pahala dengan amal kebajikan yang dilakukan dan juga membantu meringankan bebanan bagi ibubapa golongan yang tidak berkemampuan.

Tapi lain pulak cara penganjuran program berkhatan perdana yang dianjurkan oleh UMNO cawangan taman cendana bersama NGO pro Umno ini.Peserta berkhatan dikenakan bayaran RM130 termasuk kos pengangkutan dan kenduri dan peserta diminta menyediakan bunga pahar sendiri.Kos ini sudah menyamai kos berkhatan di klinik pakar.Bukan hendak mempertikaikannya tetapi bayaran yang dikenakan tidak munasabah apabila dianjurkan dikawasan perumahan pangsa taman cendana ini.







Hujah penulis bahawa Rumah pangsa taman cendana yang mempunyai 49 blok yang dianggarkan penghuninya secara kasar seramai 15 ribu orang yakni 85-90 peratus penghuninya adalah dari golongan kurang berkemampuan dan hampir 70-75 peratus penghuninya gagal membayar sewa walaupun sewanya rendah.Bukan saja sewa tidak mampu dibayar bahkan bill elektrik dan air juga gagal dijelaskan hingga ada yang menyambung bekalan elektrik dan air dari rumah jiran.kalau bayaran sebegini dikenakan sudah tentu penduduk tidak mampu.

Kalau penulis mengambil kira kos berkhatan ini,barangan perubatan hanyalah serendah RM50 seorang dan paling mahal pun boleh menjejak RM70.Itu hanya barangan ubatan termasuk peralatan berkhatan.kalau diklinik swasta bayaran dikenakan Rm130-150 ringgit tetapi selepas itu boleh mendapat rawatan susulan dan sebagainya.

Kalau dikata kos lebihan adalah untuk kos kenduri dan pengangkutan lagi tidak logik.kita lihat Umno sebagai penganjur bersama dan sebagai sebuah parti yang sedang memerintah takkan tidak dapat menyalurkan sumbangan dana untuk program seperti ini,takkan tak mampu untuk membayai kenduri serta pengangkutan peserta yang penulis percaya rata-ratanya penduduk yang terlibat disitu adalah tergolong dari kategori yang penulis sebut itu.

Apa-apa pun niat mereka menganjurkannya kalau tidak ada niat yang menyimpang,penulis rasa hanya Allah saja yang tahu...sekiranya ia ada niat untuk mengambil kesempatan dengan memperolehi keuntungan ia adalah pembuatan yang zalim terhadap penduduk Taman cendana yang rata-rata hidup miskin terutama yang miskin itu juga adalah MELAYU.....


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas











NASIB NELAYAN ORANG ASLI TANJUNG LANGSAT AKAN DIBELA PAR PERMAS



Aduan yang diterima oleh PAR permas daripada Kamal bin Entel ketua komuniti Nelayan kampung pasir puteh tempoh hari berkenaan isu penambakkan hutan bakau yang menjejaskan sumber pendapatan mereka,Penyelia Par permas syed Othman bersama setiausaha PAR abusiraj almuner turut padang  meninjau kawasan terbabit pagi semalam.





Dalam tinjauan tersebut Syed Othman turut mengadakan pembincangan serta sesi diolag bersama semua nelayan yang terbabit.Mereka juga membawa PAR melihat kemusnahan kayu bakau disekitar kawasan mereka yang menyebabkan exco sistem hidupan laut mati kerana telah dijadikan sebahagian daripada pelabuhan tanjung langsat.






Menurut syed Othman berkata PAR akan mengadakan sidang media serta merujuk isu ini kepada jabatan alam sekitar.Beliau juga musykila samada kayu bakau yang dimusnakan itu mendapat kebenaran Alam sekitar atau tidak.Satu memorendum juga akan diserahkan kepada pengurusan pelabuhan tanjung langsat untuk mendapat pampasan yang diminta sebelum ini.




Syed Othman juga menegaskan bahawa perlu ada perundingan diantara nelayan terbabit dan pengurusan pelabuhan tanjung langsat sebelum sesuatu tindakan dari pelabuhan tanjung langsat ini dilakukan.Kerana nelayan yang terbabit ini sejak berkurun lamanya punca pendapatan mereka bergantung kepada tangkapan hasil laut disitu.

Persatuan nelayan negeri Johor dan kerajaan negeri harus membela nasib nelayan orang asli ini dengan mengadakan satu rundingan memastikan kebajikan mereka lebih terbela.Orang asli ini bukan menghalang pembangunan tetapi lokasi punca rezeki mereka sejak generasi telah dimusnahkan maka orang yang bertanggungjawap harus membayar pampasan untuk mereka.





abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas

TEMURAMAH EKSKLUSIF AKHBAR BERBAHASA CINA PENYELIA PAR PERMAS



Penyelia PAR Permas Saudara Syed Othman telah mendapat perhatian akhbar berbahasa cina Oriental Express untuk menemuramah beliau secara eksklusif dalam edisi khas akhbar tersebut.Temuramah eksklusif ini telah diadakan di pejabat PAR Taman Mawar pagi tadi.

Sepanjang sesi temuramah tersebut yang telah ditemuramah sendiri oleh  Saudara Joe Chaw teck Leong timbalan editor kawasan selatan khabar oriental express banyak mengajukan soalan-soalan pembabitan politik,kegiatan masyarakat serta kerja-kerja PAR memperjuangankan isu rakyat.Penyelia PAR permas juga adalah diantara bakal calon Pas di dun permas.




Menurut saudara Joe Chaw temuramah ini adalah yang kedua dilakukan terhadap kepimpinan Pas dan sebelumnya beliau telah menemuramah saudara suhaizan kaiat.Turut ditemuramah adalah kepimpinan PKR dan DAP  selain katanya calon-calon BN juga turut ditemuramah tetapi tidak dapat dilakukan kerana masih belum pasti siapa calon diantara mereka.

Mereka yang ditemuramah katanya lagi adahlah yang dipilih kerana mempunyai potensi untuk naik dan melakar kejutan pada PRU13 nanti.


abujsiraj almuner
Setiausaha PAR permas

Dec 3, 2012

ZIARAH MARHABBAH PAR PERMAS


Ziarah-menziarahi sesama Islam boleh mengeratkan lagi ukhuwah dan kefahaman diantara satu sama lain.Apatah lagi apabila saudara kita itu terlantar kesakitan.Pagi tadi penyelia PAR permas Tuan syed Othman dan setiausaha par telah menziarahi rakan seperjuangan ketua ranting PKR pasir puteh saudara Ismail Aran 60 tahun yang baru sahaja pulih dari penyakit angin asmar.

Sesampai ke rumah beliau di kampung pasir puteh,saudara Jamaluddin Malik 34 tahun bekas ketua pemuda umno yang sekarang menjadi ajk ranting pkr sudah sedia menunggu dan menyambut kedatangan kami.






Jamaluddin Malik ini seorang pemuda Umno caw yang aktif dahulu,beliau pernah menganjurkan jelajah perdana menteri bebasikal dan berjaya menarik ramai pemuda untuk bersama UMNO ketika itu.katanya,itu adakah sejarah silam.Semasa dalam PKR beliau juga berjaya menganjurkan  Futsall perdana di prima sport hingga dapat menarik seramai 120 pasukan dengan kehadiran berbagai agency kerajaan dan penyertaan UMNO sendiri dalam pertandingan tersebut.





Ziarah marhabbah PAR permas banyak menjurus kepada pembincangan mengenai permasalah penduduk setempat,isu tanah di pasir puteh yang masih belum diselesaikan dan isu-isu semasa.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

GERAI SEPARUH SIAP BEKAS TENTERA DIROBOH



Di kampung pasir puteh pasir gudang  pagi tadi,Sebuah gerai kecil telah diroboh oleh sekumpulan penguatkuasa Majlis penbandaran pasir gudang (MPPG) kerana didakwa mendirikan gerai secara haram di tanah awam.Dengan 2 JCV dan 2 trak lori yang besar dengan hampir 15 orang penguatakuasa belum termasuk pegawai dari pejabat tanah dan polis.Ia Bagaikan hendak meroboh kilang besar dengan kehadiran penguatkuasanya, mereka meranap gerai kecil separuh siap yang dipercayai hendak didirikan oleh seorang melayu....kalau melihat akan saiz gerai yang hendak diroboh itu,tidak perlu seramai itu penguatkuasa datang.




Penyelia Par permas saudara Syed  Othman bersama Setiausaha Par telah dipanggil oleh penduduk untuk melihat sendiri gerai yang diranap oleh jentera berat milik MPPG.walaupun Par permas sampai setelah gerai itu diroboh tetapi masih ada ramai penguatkuasa MPPG berada dilokasi tersebut memantau kerja-kerja meroboh tersebut.Apa yang menghairankan bilamana setiausaha PAR cuba merakamkan  gambar gerai yang diroboh pihak penguatkuasa pulak mengambil gambar Setiausaha par yang sedang merakam gambar.





Gerai tersebut telah didirikan oleh Samiza bin Amran 51 tahun seorang pesara tentera.Menurutnya beliau mendirikan gerai kecil itu kerana beliau sudah tidak mampu untuk berkerja lagi kerana mengalami masalah kesihatan.Beliau mendirikan gerai itu untuk memulakan perniagaan supaya beliau dapat menjana pendapatan untuk menyara keluarganya.MPPG juga katanya ada  memberi beliau notice memaklumkan kepada beliau dan diberi tempoh selama 3 hari kalau tidak gerai tersebut akan dirobohkan.





Apa yang menjadi kemuskilan adalah, kenapa gerai beliau yang kecil lagi separuh siap itu sahaja diroboh?padahal lebih ramai lagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi yang dimiliki oleh pendatang asing di kampung pasir puteh itu tetapi tidak dirobohkan!!!Ini adalah tindakan double standard pihak MPPG terhadap orang melayu khususnya orang tempatan.Adakah ada udang sebalik batu?Tidak menuduh apa-apa tetapi secara logiknya kenapa ini harus berlaku?

Adakah ini adil untuk Beliau?Beliau yang juga bekas tentera yang berkhidmat mempertahankan negara serta banyak pergorbanan terhadap negara layak diperlakukan demikian?Adakah kita semua ingin beliau melakukan jenayah untuk mendapatkan sesuap nasi untuk keluarganya....Mana dia persatuan bekas tentera yang bergoyang punggung dirumah ambiga!!!!adakah mereka terlalu taksub dalam berpolitik bersama UMNO hingga lupa untuk membela ahlinya!!!!Kerajaan harus juga dipersalahkan dalam perkara ini kerana gagal membela nasib bekas tentera.


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas

SUNATHON PAPISMA JOHOR BERRSAMA PUSAT ADUAN RAKYAT (PAR) PERMAS



Program berkhatan kebajikan Papisma Johor anjuran bersama Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas telah diadakan di balai Islam rumah pangsa awam taman cendana pagi semalam.Program yang mensasarkan golongan kurang bermampuan ini telah disertai oleh seramai 35 orang peserta yang kebanyakkannya anak-anak penghuni rumah pangsa tersebut.



Rumah Pangsa Taman cendana ini yang mempunyai sebanyak 49 blok yang didiami dan 6 blok lagi yang kosong dengan jumlah kepadatan penduduk dianggarkann seramai lebih 15 ribu orang ini dengan satu blok mempunyai 80 unit rumah.Kebanyakkan penghuni disini ramainya orang yang kurang berkemampuan termasuklah yang mempunyai masalah kesihatan.





Team perubatan ataupun lebih tepat tok mudim dari Papisma Johor yang diketuai oleh pengerusi papisma Johor Dr Norhaimaz dan beberapa orang ahli jawatankuasa selesai mengkhatankan peserta tepat jam 4 petang.Inilah program berkhatan terakhir untuk papisma johor sebelum mengorak langkah untuk program seterusnya.



Hadir sama dalam program yang diadakan semalam adalah penasihat papisma Johor Tuan hj Mazri Yahya,penyelia Par permas saudara syed Othman,pengarah program kelana bakri,pengerusi lujnah kebajikan Aziz Abdullah dan setiausaha Par saudara Abusiraj almuner.


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas

Dec 1, 2012

MBJB DIDESAK SELESAIKAN MASALAH LOJI KUMBAHAN TAMAN BUKIT MEWAH



Masalah loji kumbahan penduduk Taman bukit Mewah yang rosak dan mendatangkan bau busuk yang teramat sangat setiap hari membuatkan penduduk mengadu kepada PAR kempas Suhaizan kaiat.Himpunan bantahan dan sidang media telah diadakan pada pagi khamis lepas bersama PAR permas Tuan syed Othman.

Dalam kenyataan media oleh PAR kempas Suhaizan Kaiat berkata penduduk amat kecewa dengan Majlis bandaraya Johor bahru (MBJB) yang gagal dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk taman bukit mewah.Beliau sendiri membuat aduan kepada MBJB berkenaan kerosakan mesin (surface aerator)sistem loji kumbahan najis pada 8hb oktober 2012.




Dakwanya pegawai yang bertanggungjawap telah memaklumkan bahawa masalah kepada loji kumbahan taman ini adalah disebabkan kedua-dua mesin telah rosak dan menyebabkan najis tidak dapat diproses dengan baik.MBJB sedang berusaha untuk membeli mesin tersebut dengan anggaran kos sebanyak RM30 ribu seunit.Proses pembelian ini memakan masa yang lama.





Masalah ini menbawa kepada bau yang sangat meloyakan setiap hari sehingga menganggu kehidupan penduduk.Penduduk telah membuat bantahan dihadapan loji pada 7 oktober 2012 dan telah dikeluarkan di kebanyakkan media pada 8 oktober 2012,Datuk bandar MBJB Burhan amin juga telah dimaklumkan oleh media berhubung perkara tersebut.




Penduduk Taman bukit mewah dipaksa membayar RM72 setahun untuk urusan loji tersebut tetapi MBJB gagal memberi perkhidmatan sewajarnya.Penduduk mendesak agar masalah ini diselesaikan dalam tempoh seminggu dan punggutan tandatangan bantahan akan dibuat dan akan diserahkan kepada MBJB dengan kadar segera.

Mengulas mengenai isu ini Penyelia Par permas Tuan syed Othman berkata pihaknya akan membuat aduan terus kepada Biro pengaduan awam (BPA) agar menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.Keadaan sebegini katanya terdedah dengan berbagai penyakit berjangkit sekiranya masalah ini berlarutan.


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas



NELAYAN ORANG ASLI TANJUNG LANGSAT BANGKIT MEMBELA NASIB MEREKA



Warga Nelayan kerap kali dizalimi oleh pihak-pihak yang kononnya membela nasib dan kepentingan nelayan. Kalau tidak dizalimi,ditipu atau dirompak akan hak-hak mereka tidak kira melayu maupun orang-orang asal.Begitulah lumrah di negeri Darul UMNO ini...jangan menuduh negeri umno tiada masalah kerana UMNO memerintah tapi hakikatnya negeri ini lah ramainya warga yang tidak dibela...Laungan keramat di perhimpunan yang sedang berlangsung sekarang ini...hanyalah RETORIK!!!!
.
PAR permas telah menerima aduan daripada Nelayan orang asal tanjung langsat yang mengadu nasib mereka kerana terjejas punca pendapatan akibat pembinaan pelabuhan tanjung langsat.

Kamal Bin Entel 31 tahun ketua komuniti nelayan orang asli kampung pasir puteh berkata pendapatan mereka sebagai nelayan terjejas akibat penambakan hutan bakau di persisiran tanjung langsat ke perigi Acheh.Akibat daripada penambakan tersebut musnahlah exco sistem sumber-sumber laut yang mencari mata percarian mereka sejak generasi lagi.

Dakwanya lagi beliau pernah  menulis surat kepada pengurusan pelabuhan tanjung langsat untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut agar tidak menimbulkan pertingkahan dan memohon jasa baik agar pengurusan pelabuhan tanjung langsat dapat membayar pampasan kepada keluarga nelayan yang terjejas pendapatannya di kawasan tersebut.Beliau juga telah membuat laporan polis mengenainya kerana tiada tindakan penyelesai daripada Pengurusan pelabuhan tanjung langsat.

Penyelia PAR permas Tuan syed Othman berkata Par permas akan melihat dan melawat kawasan terbabit sebelum tindakan lanjut akan dibuat.hadir sama dalam perjumpaan tersebut Setiausaha PAR permas Abusiraj almuner


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas



SISTEM PEPARITAN YANG SUMBAT MENGANCAM PERNIAGA PERMAS JAYA


Ketidakselesaan peniaga di deretan kedai di jalan permas jaya 10/1 yang sistem peparitan dan kumbahan tersumbat hingga mengeluarkan bau yang busuk menganggu percemaran bahkan menimbulkan rasa kurang selesa peniaga serta pelanggan yang berurusan.

Par permas Tuan syed Othman dan Pusat khidmat PKR saudara Jimmy Puah telah mengadakan sidang akhbar pagi tadi bersama sekumpulan peniaga yang mengadu masalah mereka.




Peniaga Foo Ming Teck 50 tahun berkata beliau telah mengadu perkara tesebut kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hampir 4 bulan mengenainya tetapi sehingga sekarang tiada tindakan untuk menyelesaikan masalah mereka.Beliau berkata sisitem peparitan yang sumbat itu menyebabkankan sisa sampah dan kumbahan melimpah keluar dan mendatangkan bau yang meloyakan dan lebih parah lagi kawasan untuk memunggah barangan perniagaan penuh dengan limpahan sisa dan kumbahan hingga tidak dapat digunakan.



Menurut Pusat Khidmat Masyarakat PKR Johor Jaya saudara Jimmy puah masalah ini telah diadukan oleh peniaga kepadanya pada 14hb November lepas dan beliau telah menghantar email kepada MBJB mengenainya.MBJB respon dengan menghantar perkerja untuk mengepam parit yang tersumbat itu tetapi masalah masih tidak dapat diselesaikan.Beliau menghantar email kali kedua tetapi tidak mendapat maklumbalas daripada MBJB.Akhirnya MBJB menghantar email mengatakan bahawa mereka tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana kerja-kerja itu amat sukar dilakukan kerana keparitan sekitar banyak yang tertutup.





Penyelia PAR permas Tuan syed Othman berkata beliau akan menulis surat kepada MBJB untuk mendapatkan keadah penyelesaian dan memberikan tempoh seminggu kepada MBJB untuk menyelesaikan masalah tersebut.sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan juga beliau akan menbawa perkara tersebut ke Biro pengaduan awam (BPA) untuk tindakan selanjutnya.
.

abusiraj almuner