1. JOHOR BAHRU - Kira-kira 1,000 penduduk Jalan Permas 12/14 Bandar Baru Permas Jaya, di sini membantah tindakan syarikat telekomunikasi yang ingin memasang pemancar telekomunikasi berhampiran kediaman penduduk.

Penduduk, Lim Hup Hua, 64, mendakwa, tindakan syarikat telekomunikasi tersebut tidak memikirkan kesan negatifnya kepada penduduk yang tinggal hanya lebih kurang 10 meter dari bumbung premis dua tingkat yang ingin didirikan pemancar telekomunikasi berkenaan.
Menurutnya, enam pemancar telekomunikasi sedia ada sudah cukup mengganggu keselesaan penduduk kerana kerap diserang sakit kepala, demam dan selesema didakwa kesan daripada radiasi pemancar itu.
“Sejak berpindah ke sini lebih kurang empat tahun lalu, kami sekeluarga termasuk cucu berumur 14 dan 2 tahun kerap sesak nafas dan demam termasuk sakit kepala.
“Kita minta jangan tambahkan lagi penderitaan kami kerana banyak lagi kawasan lain yang boleh dipacakkan pemancar telekomunikasi itu selain di kawasan ini,” katanya, semalam.
Seorang lagi penduduk, Anthony Lee, 50, mendakwa, jarak rumahnya dengan enam pemancar telekomunikasi yang dipasang lebih 10 tahun lalu sudah cukup menyusahkannya kerana mengalami kerugian akibat kerosakan barangan elektrik.
Katanya, siaran televisyen di rumahnya tidak pernah jelas, malah paling menakutkan apabila hujan lebat kerana akan berlaku pintasan elektrik sehingga membahayakan ahli keluarganya.
“Nak pindah pun tak boleh sebab kita dah beli rumah ni sejak hampir 20 tahun lalu, walaupun terpaksa berdepan risiko dan membahayakan setiap kali hujan lebat.
“Pemasangan pemancar telekomunikasi sebelum ini tak disedari penduduk kerana ia dibuat pada waktu malam dan cuti umum untuk mengelakkan diketahui serta dimarahi orang ramai,” katanya.
Sementara itu, Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung berkata, tindakan kontraktor yang dilantik syarikat telekomunikasi memasang pemancar telekomunikasi berkenaan menimbulkan keraguan kerana tidak memiliki surat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata, penduduk di kawasan itu tidak menolak kemudahan yang ingin disediakan, tetapi perlu menjaga kepentingan rakyat setempat.
“Kita minta kerajaan negeri atau PBT mengadakan forum untuk menerangkan kesan sebenar radiasi daripada pemasangan pemancar telekomunikasi kepada penduduk kerana mereka belum memperoleh maklumat tepat mengenai perkara tersebut.

  1. “Kita tak mahu penduduk terus dibelenggu kebimbangan sehingga mengganggu keselesaan hidup, sedangkan fakta tepat mengenai kesan daripada perkara tersebut belum dijelaskan secara terperinci,” kaPenduduk bantah pasang pemancar telekomunikasiCai Tung bersama Pengerusi Aduan Amanah Negeri, Syed Othman Syed Abdullah dan penduduk menunjukkan pemancar telekomunikasi sedia ada yang didakwa menyusahkan mereka