Feb 1, 2010

LAPORAN POLIS ISU PASIR


LAPORAN POLIS
1 Februari 2010

Laporan dibuat terhadap:-

1. Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri Malaysia

2. Datuk Shaziman Abu Mansor
Menteri Kerjaraya

3. Datuk Md Subree Ishak
Pengarah Kastam Johor

4. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor(PTG)

5. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM)


Muqaddimah

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Januari 2010 melaporkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa setiap hari, 700 buah lori mengeksport pasir silika ke Singapura. Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor pula mendakwa taklimat yang dihadiri beliau ketika melawat Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Kastam Tanjung Puteri, Johor pada November 2009 menyebut 500 buah lori pasir memasuki Singapura setiap hari.

Namun dakwaan di atas disangkal oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil yang mengatakan jumlah pasir silika yang dieksport tidak melebihi 20 buah lori setiap hari. Ia disokong oleh Pengarah Kastam Johor, Datuk Md Subree Ishak yang mengatakan jumlah 500 atau 700 buah lori mengeksport pasir ke Singapura sebagai tidak tepat. Namun, Harian Metro bertarikh 30 Januari 2010 pula mendedahkan dua penjawat awam dari Kastam dan PTG Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dakwaan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas lori yang menyeludup pasir ke Singapura.

Aduan/Tuntutan

1. Siasatan menyeluruh bagaimana kenyataan bercanggah antara bekas Perdana Menteri, Menteri Kerajaraya dan Pengarah Kastam Johor,
2. Siasatan menyeluruh pasir apa sebenarnya yang dieksport ke Singapura,
3. Siasatan menyeluruh berapakah jumlah kuota eksport pasir yang dibenarkan pada setiap hari,
4. Siasatan menyeluruh jumlah sebenar eksport pasir melalui jalan laut yang kononnya di bawah kawalan Pejabat Tanah dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM),
5. Siasatan menyeluruh jumlah lombong pasir berlesen di seluruh negeri Johor,
6. Siasatan menyeluruh jumlah lombong pasir haram di seluruh negeri Johor,
7. Siasatan menyeluruh perlanggaran syarat lombong pasir di seluruh negeri Johor,
8. Siasatan menyeluruh mengapa ada syarikat pasir mendapat konsesi melalui kawasan free hold.
9. Siasatan menyeluruh kegiatan penyeludupan pasir di Johor,
10. Siasatan menyeluruh penglibatan pemimpin politik dan masyarakat yang mendapat kawasan lombong pasir samada mengikut undang-undang atau sebaliknya.

Pasir adalah hasil yang menyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri. Isu ini bukan baru kerana ia sentiasa diperkatakan oleh orangramai dari dulu lagi dan melibatkan agensi kerajaan pusat, negeri dan pemimpin masyarakat. Sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah menyebabkan wang rakyat lesap begitu sahaja. Ia belum lagi mengambil kira kawasan lombong pasir yang tidak diurus dengan betul menyebabkan kemusnahan sungai, ekosistem, kepupusan species ikan, terjejasnya mata pencarian nelayan dan pencemaran alam sekitar.

Saya mendesak laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat dilakukan.

LAPORAN POLIS DI BUAT OLEH SAUDARA MAZALAN ALIMAN

No comments:

Post a Comment