Feb 26, 2010

GST: SETIAP RAKYAT KENA BAYAR TAMBAHAN RM55O SETAHUN

GST: Setiap Rakyat Kena Bayar Tambahan RM550 Setahun

Setiap rakyat perlu membayar tambahan 550 ringgit setahun jika cukai perkhidmatan dan barangan atau GST dilaksanakan dan ini tidak termasuk beban cukai lain.

Mendedahkan hal itu pada Forum Awam, Implikasi GST kepada rakyat malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendapati demikian selepas membuat perkiraan.

Selain Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad turut memberi pandangan.

"Sebenarnya, yang terpaksa dibayar oleh pembayar cukai iaitu terdiri daripada 12 juta pekerja di Malaysia ialah tambahan sebanyak RM6.7 billion.

"Inilah perlu ditanggung rakyat Malaysia. Dan jika jumlah ini diagihkan dengan 12 juta pekerja, ini bermakna setiap pembayar cukai perlu membayar RM550 setahun," katanya.

Guan Eng juga mempertikai hasrat kerajaan melaksanakan GST hanya selepas pilihan raya umum tetapi tidak berani mengutarakan cadangan itu sebelum proses pemilihan.

"Kita tahu itu semua muslihat BN. Mereka hanya akan kenakan GST ini selepas pilihan raya besar. Kalau dia kenakan sebelum pilihan raya besar. Tak payah bertanding pun tahu akan menang.

"Jadi, kita mesti menjelaskan implikasi GST kepada segenap lapisan rakyat. Kalau kita gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan kalah manakala rakyat akan derita," kata Setiausaha Agung DAP itu.SUMBER TV ANTARA

No comments:

Post a Comment