Aug 3, 2009

TINDAKAN MELAMPAU POLIS ARAHAN HISHAMUDDIN


KUALA TERENGGANU – Arahan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Hussein kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dikesan sejak minggu lalu.

Sumber dalaman memberitahu Buletin Online, arahan tersebut memperincikan supaya Demonstrasi Anti ISA yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) 1 Ogos semalam. Tidak dilihat ‘besar’.

Katanya kontingen polis negeri-negeri diarahkan supaya membuat sekatan-sekatan jalanraya dinegeri masing-masing bagi memastikan orang ramai yang ingin menyertai demonstrasi, tidak dibenarkan hadir.

Kata sumber itu, sekiranya Demonstrasi secara aman dibenarkan, pastinya demonstrasi tersebut berjaya mengumpulkan lebih 50,000 orang.

”Polis tidak akan bertindak tanpa arahan,”katanya menerangkan bagaimana tindakan melampau polis semalam adalah semuanya arahan dari Hishamuddin. - BuletinOnline

No comments:

Post a Comment