Aug 11, 2009

ADUAN ORANG ASLI

Bantuan kepada penduduk Orang Asli



Pencemaran Air di muara sungai Teluk Jawa, Masai.

Pada 3/8/09 satu pencemaran air telah berlaku di kawasan perairan laut Teluk Jawa, Masai menyebabkan berlakunya kematian ikan dan hidupan laut lain. Pencemaran air laut berlaku disebabkan oleh pembuangan sisa pepejal kilang yang berdekatan dengan perairan laut tersebut menurut kata seorang penduduk Orang Asli Kampung Teluk Jawa yang dikenali dengan nama Gosti bin Tik. Menurut beliau lagi akibat daripada pencemaran air laut tersebut seramai 61 orang nelayan di kawasan tersebut tidak turun kelaut dan hilang sementara mata pencarian sehingga sekarang. Sehubungan dengan itu Gosti bin Tik telah meminta bantuan kepada pihak yang berwajib bagi membantu meringankan beban mereka.

Pada 9/8/09 saya bersama AJK Pakatan Rakyat Parlimen Pasir Gudang telah melawat ke kediaman Orang Asli, Kampung Teluk Jawa setelah menerima aduan daripada salah seorang penduduk kampung tersebut. Lawatan saya bersama AJK Pakatan Rakyat mendapati telah berlakunya pencemaran air dan tindakan susulan akan diambil bagi mengatasi isu tersebut. Langkah awal pada 10/8/09 saya dengan AJK Pusat Aduan Rakyat DUN Permas telah memberi sumbangan kepada 24 keluarga Orang Asli dan satu sidang media telah diadakan bwersama Orang Asli.

.

No comments:

Post a Comment