Aug 14, 2009

KUASA POLITIK UNTUK SELAMATKAN NEGARA

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata menjadi tanggungjawab serta kewajipan kepada PAS mendapatkan kuasa melalui politik untuk mentadbir bagi menyelamatkan negara Malaysia.


Menurutnya, kuasa memerintah negara hanya boleh diperolehi dengan politik melalui pilihan raya dalam amalan demokrasi.

Katanya, PAS sebagai sebuah parti Islam mempunyai tanggungjawab yang besar melalui dakwah, tarbiah dan politik.

“Kita (PAS) ada tanggungjawab pertama melalui misi dakwah untuk membuat perkara ma’aruf dan cegah perkara mungkar.

“Kedua, melalui tarbiah untuk kita (PAS) melatih dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan.

“Ketiga, kita (PAS) berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara mengikut acuan dan kehendak Allah SWT,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Penerangan Isu Semasa di Kampung Pagar Ubi, Tepoh, pada 12 Ogos lalu.

Katanya, melalui politik PAS dan Pakatan Rakyat boleh menerajui negeri dan negara dengan lebih baik dan selamat berbanding Umno-BN.

Selain itu, Mohd Abdul Wahid yang juga Bendahari PAS Terengganu menegaskan PAS tidak tunduk atau dikawal oleh Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan tersebut.

Menurutnya, gabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat masih utuh serta tidak berlaku sebarang masalah yang membawa kepada perpecahan.

“Kita (PAS) terkawal dan tidak tunduk kepada PKR dan DAP. Gabungan kita (PAS) dalam pakatan Rakyat bersama dengan PKR dan DAP masih utuh.

“Perbezaan pendapat yang berlaku mematangkan Pakatan Rakyat dan tidak membawa kepada perpecahan,” tegasnya.

Kata beliau, gabungan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bermasalah kerana hilang kepercayaan rakyat dan pengundi.SUMBER

No comments:

Post a Comment