Aug 6, 2009
BUKAN MEMERINTAH CARA SAMSENG-RAJA MUDA PERAK
"Demokarasi tidak bererti apa saja boleh dilakukan. Tentu sekali ia tidak bererti pemerintahan secara samseng," titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.
Baginda menegaskan dalam mana-mana perjalanan demokrasi, ada peraturan tentang bagaimana masyarakat harus diperintah, dan di Malaysia, peraturan ini termaktub dalam perlembagaan negara.
"Perlembagaan kita menjelaskan tidak saja hak-hak kita tetapi juga had terhadap hak-hak itu. Had ini menentukan bahawa keputusan tidak dibuat oleh mereka yang memiliki kuasa paling kuat, suara paling lantang dan bertindak secara paling kasar," ujar baginda.
Raja Nazrin menyampaikan syarahannya berjudul "Imbued with Integrity, Endowed with Ethics: Foundation for Managing Malaysia through Enlightened Value-Driven Leadership" di Syarahan Tunku Abdul Rahman ke-25 anjuran Institut Pengurusan Malaysia malam tadi.
Baginda menegaskan: "Jika kita berusaha untuk menyelesaikan pertikaian menerusi pemerintah samseng dan tidak mengikuti undang-undang, pertikaian kita tidak sesekali akan dapat diselesaikan".
"Di bawah sistem pemerintahan kita, kehakiman telah diamanahkan dengan tugas penimbangtara terakhir dalam perkara berhubung tafsiran perlembagaan.
"Bila mahkamah telah membuat keputusan, menjadi tanggungjawab semua mematuhinya. Keputusan kehakiman tidak dapat tidak berakhir dengan pihak yang menang dan yang kalah, tetapi kehakiman tidak harus sekali-kali dijadikan korban," ujar baginda.
"Adalah amat penting wujud kebebasan dan keadilan kehakiman. Tanpanya, kedaulatan undang-undang tidak dapat ditegakkan.
"Dan bila kedaulatan undang-undang tempang, ia mesti dipulihkan sepenuhnya," titah Raja Nazrin Shah.
Baginda bertitah sejak pilihanraya umum Mac tahun lepas, cabar-mencabar politik kerap berlaku dan lebih tegang, dan ini berkemungkinan berterusan buat beberapa waktu akan datang.
"Tetapi apa juga perbezaan kita, keprihatinan kita ialah untuk mewujudkan bentuk negara yang boleh kita banggakan.
"Kita mempunyai sistem pemerintah yang baik yang telah memberikan khidmat yang baik. Rakyat Malaysia hendaklah berusaha memperkukuh sistem ini".
Baginda menarik perhatian bila terdapat kelemahan, "kita perlu mengakuinya dan berusaha mengatasinya".
SUMBER MALAYSIA KINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling istimewa bagi PAS ialah di Perak. Oleh kerana undang2 negeri Perak tidak membolehkan kafir jadi MB makan PAS diberi peluang jadi MB walaupun PAS cuma ada 6 ADUN nya. Jika sekiranya ketika itu DAP ada seorang calun nya dari melayu/Islam sudah tentu PAS jadi anjing kurap juga.
ReplyDeleteJika diadakan PRU semula di Perak, dah tentu DAP akan letak kan seorang calun nya dari kaum melayu/Islam. Calun melayu/Islam DAP pernah menang di kawasa cina 90% di Pasir Bedamar, Teluk Intan satu masa dulu. Nama calun nya Fazlan Yahya kalau tidak silap.
Sekarang kita saksikan pula bagaimana PAS dianjing kurapkan oleh DAP dan PKR di Selangor. Sebarang cadangan dan pendapat yang keluar dari mulut PAS jadi angin sahaja - tidak pernah di dengar jauh sekali di terima oleh DAP/PKR.
Bagaimana sekarang, mahu kah PAS terus dianjingkurap kan oleh DAP/PKR dalam Pakatan Rakyat? Jika jawapan nya 'MAHU' teruskan bersama Pakatan Rakyat.
bnlah samseng yang memerintah malaysia, tak cayeke?
ReplyDelete