Wabak H1N1 terus merisaukan rakyat Malaysia, Namun kerajaan pusat dan negeri Johor seolah-olah tidak runsing,Johor sudah ada kematian seorang kanak kanak usia 6 tahun, Setakat ini mereka masih yakin dengan tindakan yang sedang mereka ambil walaupun kematian sudah menjangkau 18 orang.
Semalam sahaja 3 lagi kematian dicatatkan. Sebanyak 53 kes baru turut dilaporkan menjadikan jumlah yang disahkan positif mencecah 1,578 kes.
Mengapa kerajaan masih berdegil dan tidak mahu mengambil langkah yang lebih drastik
Adakah kerajaan ingin menunggu hingga beratus-ratus rakyat mati dan wabak ini tidak dapat dikawal lagi?atau tunggu anak Menteri,Menteri mati baru nak ambil tindakan kalau rakyat biasa mati kerajaan buat pekak aje...
Semalam saya pergi klinik kerajaan di Masai Johor nak lihat sendiri bilangan pesakit yang berpusu-pusu datang untuk membuat pemeriksaan ujian darah
Ada diantara mereka terpaksa berjam-jam menunggu giliran mereka,kenapa tidak di tambah Doktor untuk buat pemeriksaan terhadap pesakit kerana ramai pesakit panik kalau demam sahaja bimbang kalau kena H1N1.Mana konsep satu Malaysia rakyat di diutamakan...?Sebagai orang islam kita kena buat solat hajat supaya Allah lindungi kita daripada bala ini...
No comments:
Post a Comment