Aug 13, 2009

INKUES KEMATIAN TEOH ....PELBAGAI FAKTA MENGEJUTKAN DIDEDAH

Inkues kematian Teoh Beng Hock yang sudah masuk hari ke-7 telah mendedahkan pelbagai fakta yang agak mengejutkan. Jika perbicaraan inkues ini berjalan dengan adil dan telus, diyakini akan ada pegawai SPRM yang masuk dalam.

Bos SPRM yang juga bekas Ketua Pengarah BPR (pecacai UMNO) perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Pengarah SPRM Selangor harus segera meletakkan jawatannya. Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan tidak mahu spesis manusia sebegini yang sanggup menjadi alat sang penguasa zalim terus kekal memegang jawatan badan itu.

Sudah terlampau banyak kes kematian misteri yang berlaku dalam negara. Semuanya diperap dan mangsa yang mati tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kes kematian Teoh ini amat pelik dan mengejutkan seluruh rakyat Malaysia kerana berlaku di bangunan pejabat SPRM, sebuah Suruhanjaya Bebas (hanya pada nama).

Berikut adalah beberapa laporan berita Inkues Teoh dari malaysiakini ;

1- Teoh 'mungkin diseret' sebelum mati

2- Inkues: Pegawai SPRM tidak catat keterangan Teoh

3- Teoh masuk Plaza Masalam 6.08 petang

4- 'Serpihan tulang dalam stokin Teoh'
SUMBER:BLOG SHABAT MONAS

1 comment:

  1. Sama-sama kita tunggu dan lihat kalau tiada apa-apa di kambing hitamkan kebenaran akan terbukti.

    ReplyDelete