Aug 24, 2009

PENGUNDI HANTU: PENGUNDI LUAR JANGAN TAKUT

PERMATANG PAUH – Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, Dato' Mahfudz Omar meminta pengundi luar ‘tidak ambil peduli’ dengan ancaman 'pengundi hantu' yang digembar-gemburkan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Dalam masa yang sama, Mahfudz menyifatkan dakwaan Khairy menuduh jentera kerajaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bekerjasama dengan pembangkang adalah serius.

Beliau turut menggesa Khairy membuktikan secara profesional serta membuat laporan polis atas dakwaan - ada 'pengundi hantu' PAS dipindahkan dari kawasan DAP ke N11 DUN Permatang Pasir.

"Kepada semua pengundi berdaftar khususnya (pengundi) luar, mereka tidak perlu takut balik mengundi 25 Ogos ini. Mereka tidak perlu takut ancaman (Khairy) seolah-olah mereka ini pengundi hantu."

"Pengundi hantu ini tuan-tuan saya nak maklumkan ialah orang lain yang membuang undi bagi nama yang tercatit (secara rasmi) dalam daftar pemilih (yang dikeluarkan SPR). Kalau mereka yang sah ada nama dalam daftar pemilih, itu bukan pengundi hantu." (Gambar - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng besalaman dengan calon PAS, Ustaz Salleh Man, dalam majlis berbuka puasa di Permatang Pasir)

Mahfudz tidak menolak kemungkinan bahawa ancaman Khairy itu bertujuan untuk mencaturkan lebih 1000 'pengundi hantu' UMNO BN pada Hari Pembuangan Undi 25 Ogos depan, apabila mendapati ramai pengundi luar tidak turun mengundi di sebelah petangnya.

"Inilah (strategi pengundi hantu) yang akan dibuat Khairy. Saya percaya (iaitu) sejumlah pengundi yang sebelum ini tidak turun mengundi dua (atau) tiga pilihanraya (Permatang Pasir) lalu sudah dikenal pasti (oleh UMNO) nama-nama mereka (berdasarkan senarai daftar pemulih)."

"Maka, nama-nama terbabit yang lebih kurang 1000 itu akan diundi oleh 'pengundi hantu' Umno sendiri Selasa depan, dengan mereka sendiri menyediakan kad pengenalan yang baru kepada yang terbabit."

Tambahnya lagi, UMNO BNlah yang menggunakan 'pengundi hantu' demi memenangkan calon-calon mereka di peringkat Parlimen dan Dun sebelum ini.

"Dalam kes undi hantu di Likas (pada tahun) 1999, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang sendiri memutuskan kemenangan Adun BN tidak sah di Dun itu; dan daftar pemilih yang dikeluarkan SPR (pada tahun) 1998 juga adalah palsu."

Mahfudz berharap majikan dapat memberikan kelonggaran cuti bergaji kepada para pengundi berdaftar yang akan keluar mengundi kelak

No comments:

Post a Comment