Mar 1, 2010

CERAMAH




PASTI AL-FALAH (3), 27 Feb 2010, Tg Sedili : Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, PAS Caw Tg. Sedili tidak ketinggalan menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dengan pengisian yang padat.

Bermula dengan pengisian ilmu dan tazkirah bersama penceramah jemputan, Dr. Badrul Amin Bahron selaku Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR bersama-sama dengan Muslimat Tg Sedili berjalan dengan jayanya. Program yang bermula selepas solat Asar dihadiri kaum Muslimat yang berdekatan.

Pada sebelah malamnya, Ust Dr. Badrul Amin mengisi masa selepas solat Maghrib dengan menyampaikan tazkirahnya di surau Kg. Gembut. Program yang mendapat sambutan baik penduduk setempat memanfaatkan ruang dan peluang yang ada untuk menerima ilmu daripada seorang tokoh yang memang dikenali suatu masa dulu.

Sebelah malamnya seperti biasa ceramah Maulidur Rasul dimulakan dengan ucapan Saudara Syed Othman Bin Syed Abdullah, selaku individu yang bertanggungjawab menggerakkan Pusat Aduan Rakyat Zon Permas.



Beliau menyampaikan ceramah pada malam tersebut dengan membawa isu-isu tempatan yang berkisar mengenai masalah penduduk yang ditindas oleh pihak pemerintah. Syed Othman yang memang menonjol dalam membela nasib-nasib setinggan yang teraniaya atas alasan pembangunan menyampaikan ceramahnya sambil menayangkan slot video tentang laporan-laporan Polis yang telah dibuat bagi menggambarkan kepincangan pemerintahan Umno, BN.



Kemuncak kepada program ini iaitu ceramah agama bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul dengan penceramah undangan iaitu Ust Dr. Badrul Amin Bahron. Beliau memulakan ceramahnya dengan mengajak hadirin yang ada pada malam tersebut sama-sama membaca alunan zikir munajat. Suasana hening seketika dengan alunan zikir munajat.



Ust Dr. Badrul Amin dalam ceramahnya mengajak hadirin yang hadir sama-sama berfikir dan merenungkan permasalahan yang dihadapi di dalam negara ini dengan fakta-fakta yang dikaitkan dengan ajaran Islam. InsyaAllah, rakaman audio sedutan daripada ceramah beliau akan di masukkan di laman ini. Wallahualam.

~matahijauku~
Posted by PAS KOTA TINGGI at 11:34 PM

Anwar: Wujud Trend Najib Berusaha Sogok Wakil Rakyat

PUTRAJAYA 1 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud trend jelas Perdana Menteri Najib Razak berusaha untuk menyogok seberapa ramai wakil rakyat Pakatan Rakyat secepat mungkin.

Beliau sekali lagi mendesak institusi-institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang di amanahkan, tanpa menutup mata kepada kecurangan pemimpin Umno.

“Saya tidak faham kenapa mereka melakukannya dan ia agak sukar untuk saya memahaminya kerana tiada alasan, kami tahu Najib dan Rosmah cuba membeli orang secepat yang mungkin.

“Yang Berhormat Azam dari Indera Mahkota ada menyatakan pemimpin Umno ada membuat pertemuaan diantara mereka dan menawarkan wang dan kedudukan, apa juga yang mereka mahu dan segalannya. Jadi kami mengingatkan anggota kami bahawa kita tidak boleh jadi seperti itu,"katanya.

Namun Anwar berkata parti parti politik seperti PKR dan rakan-rakan akan sentiasa terdedah kepada pemimpin yang sanggup menjual maruah diri dan membelakangkan rakyat demi kepentingan peribadi.

"Lihat DUN Perak, mereka takut kepada SPRM, mereka dibawa ke rumah Najib dan kini mereka hidup dengan mewah. Jadi kalau dalam perjuangan sudah tentu ada masalah dan secara kebetulan orang yang meninggalkan parti ini hidup lebih mewah, sepatutnya SPRM harus perhatikan,"katanya.

Hakikatnya pakatan rakyat malah seluruh negara kini terdedah kepada pemerintahan sebuah parti yang di tunjangi oleh pemimpin rasuah yang sanggup memperalatkan institusi-institusi awam demi mengekalkan kuasa politik yang masih ada pada mereka.

"Sebab asas dalam Umno dan Barisan Nasional adalah teruk. Tidak bolehkah mereka nampak korupsi besar dalam Umno? Adakah mereka lupa perbicaraan? Adakah mereka lupa suruhanjaya yang mereka katakan? Adakah mereka lupa prinsipal urus tabdir baik?,"katanya.SUMBER TV ANTARA

ISU ISU TERKINI RINGKAS

Berita Harian


Politik


Kementerian Pelajaran melarang semua sekolah untuk mengadakan pilihanraya memilih wakil pelajar kerana ia mengundang semangat berpuak dan bukannya penyatuan.


Politik


Pemuda UMNO mempertikaikan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengenakan syarat baru dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang disifatkan mampu menjejaskan kontraktor tempatan. Ketua Penerangan UMNO mendakwa bahawa syarat baru itu adalah kontrak yang diperoleh boleh dibatalkan oleh KM pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan.






Ekonomi


FOMCA mengajak pengguna supaya memboikot membeli ikan sekiranya harganya melambung berikutan tindakan pengimport untuk menghentikan import ikan dari negara jiran.


Ekonomi


Bekalan ikan dalam negara akan berkurang dan harga dijangka akan naik 10% jika Persatuan Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia menghentikan import ikan bagi membantah arahan kerajaan menggunakan kotak ikan berinsulasi.


Ekonomi


LKIM mengambil langkah inisiatif dengan menambah import bekalan ikan sejuk beku dari India, Myanmar, Bangladesh dan China jika pengimport meneruskan tindakan memboikot import ikan.






Politik


Menteri Pertahanan menafikan ATM terbabit dalam aktiviti pengganas di Aceh sepertimana yang telah didedahkan oleh agensi berita AFP. AFP melaporkan bahawa tentera Indonesia telah menyerbu pusat latihan JI dan mendapati pakaian seragam mirip anggota ATM berada disitu.
ISU

Berita Harian


Ekonomi


Datuk Husam Musa menyifatkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat serta peruntukan yang akan diuruskan oleh jawatankuasa itu adalah haram

Ekonomi


Timbalan Menteri MITI menyatakan minat pelabur asing dan tempatan untuk melabur dalam pelbagai sektor di Malaysia meningkat dengan ketara sejak awal tahun ini.



Harakahdaily


Ekonomi


Usul agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihak negeri Kelantan memikirkan tindakan-tindakan yang sesuai termasuklah tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi disokong sebulat suara termasuk oleh pihak pembangkang DUN Kelantan



Sinar Harian


Sosial


JAIS siasat ibu kepada Syafia Humairah Sahari (arwah kanak-kanak yang didera) samada bersekedudukan dengan teman lelakinya sehingga melahirkan anak.



ISU

Berita Harian


Politik


Kementerian Luar memantau beberapa orang ADUN dan AP yang memburuk-burukkan imej negara diperingkat antarabangsa sehingga menghakis keyakinan pemimpin luar terhadap Malaysia





ISU

Berita Harian


Sosial


Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional berpendapat bahawa kupasan mendalam mengenai pendidikan seks di sekolah sudah lama dibincangkan namun ia tidak sesuai untuk dijadikan subjek khusus dikhuatiri akan membebankan pelajar. Lebih baik ia hanya dijadikan topik kecil dalam Pendidikan Islam, Moral, Biologi atau Jasmani.
Politik


MOSTI bersedia untuk mengkomersialkan produk teknologi nano yang dihasilkan oleh IPT

Ekonomi


ASEAN komited untuk melaksanakan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang 2015 mengikut jadual asal yang telah dipersetujui. Ia bertujuan untuk mengintegrasikan ekonomi negara anggota selain dapat memudahkan urusan perdagagangan.


ISU




Politik


Malaysia akan kembali menghidupkan Kaukus Malaysia-AS setelah 10 tahun kurang berfungsi. Kaukus tersebut akan dilancarkan semula apabila PM mengadakan lawatan kerja pada April 2010






Ekonomi


DIGI Telecommunications Sdn Bhd akan melabur sebanyak RM 100j bagi program Deep Green sehingga 2012 bagi membangunkan opsyen tenaga boleh diperbaharui dalam operasinya. ICT dikenalpasti sebagai antara penyumbang utama pelepasan gas karbon dioksida di bumi.






Ekonomi


KPKT mendakwa kira-kira 70% perniagaan khususnya disekitar Masjid India dan Chow Kit dimonopoli warga asing.



PR VS BN ISSUES

SUMBER


DOMAIN


ISU

Berita Harian


Politik


Presiden BN mendakwa pihak pembangkang terancam dengan konsep 1Malaysia sehingga mereka terpaksa mencari idea untuk melakukan polisi yang hampir sama dengannya seperti konsep Middle Malaysia oleh DAP






Politik


Jentera Pilihanraya BN Perak menafikan berita mereka sedang menggerakkan jentera dan bersedia berhadapan dengan Pilihanraya Perak pada September 2010



Harakahdaily


Politik


Pesuruhjaya PAS Perak menganggap tindakan Pengerusi BN Perak yang menafikan persiapan jentera untuk menggempur Pilihanraya Perak adalah cakap-cakap politik





ISU

Berita Harian


Politik


YB Nibong Tebal tetap dengan pendiriannya untuk menyaman Ketua Menteri Pulau Pinang. Tan menegaskan bahawa tindakan samannya tiada kaitan dengan parti sebaliknya ia adalah isu peribadi untuk membersihkan namanya daripada tuduhan fitnah.
ISU

Berita Harian


Politik


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin keluar daripada PKR dan menyertai UMNO atas dasar mempertahankan pegangan serta perjuangan agama, bangsa dan negara.



Harakahdaily


Politik


YB Nibong Tebal akhirnya keluar daripada PKR dan menjadi ahli bebas.



Malaysiakini


Politik


Zulkifli Noordin menafikan bahawa beliau akan keluar daripada PKR


Politik


Bekas Setiausaha Agong PKR, Salehuddin Hashim meramalkan lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti.


Sinar Harian


Politik


Presiden PAS menegaskan bahawa hasrat parti untuk menawan Pahang dalam pilihanraya umum akan datang bukan satu mimpi




ISU

Politik


Jangkaan Pilihanraya Peringkat Negeri



Perak dan Sarawak merupakan lokasi panas jangkaan berlakunya pilihanraya dalam tempoh April hingga September



PKR Berhadapan Krisis Wakil Rakyat



Selepas Zahrain, kini Tan Beng Heng dan dijangka Zulkifli Noordin. Malah Salehuddin Hashim menyatakan seramai 10 orang Ahli Parlimen PKR akan keluar parti tersebut dan akhirnya membentuk blok Bebas di Dewan Rakyat



Pemfokusan Isu Kementerian Pertahanan



Ia bermula dengan isu komisen pembelian Sukhoi dan Scorpene kemudian dilanjutkan kepada enjit jet pejuang yang hilang dan disusuli dengan kapal selam yang tidak boleh menyelam. Kemudian data sulit keselamatan negara bocor dan kaitan warga ATM terlibat dengan JI di Indonesia.



Polisi Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui, Isu Perubahan Cuaca Dunia dan Fenomena El-Nino.



Penjelasan Sebenar Keadaan Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang



Sosial


Pemfokusan Isu Kementerian Pelajaran Yang Menekan Guru dan Pelajar



Bermula pembentangan Bajet 2010, Kementerian Pelajaran berhadapan dengan masalah peruntukan antaranya yuran persekolahan diselaras, Yuran Makan Asrama (YMA) dinaikkan dan tidak seimbang, kursus untuk guru-guru menggunakan duit sendiri dan tidak lagi menggunakan bajet besar, isu disiplin pelajar, pendidikan seks dan terbaru pilihanraya peringkat sekolah.


Kenaikan Harga Barang Keperluan Semakin Terasa



Kenaikan harga ikan berikutan tindakan boikot oleh pemborong setelah tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan. Ia akan terus berkaitan dengan kenaikan harga minyak dan tarif elektrik beberapa bulan lagi.



Ekonomi


Keadaan Sebenar Ekonomi Negara Menjadi Tanda Tanya



Dalam usaha kerajaan ke arah pelaksanaan Model Ekonomi Baru, keadaan sebenar ekonomi negara semakin menjadi tanda tanya. Hari ini MITI mengumumkan bahawa minat pelabur antarabangsa dan domestik terhadap sektor-sektor di Malaysia semakin tinggi.

Feb 28, 2010

BANTAHAN ANTARABANGSA TERHADAP MALAYSIA KIAN MEREBAK

Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

DAMANSARA 27 FEB: Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu menangani merebaknya bantahan antarabangsa yang mempertikai kewibawaan sistem kehakiman negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demontrasi yang didalangi Umno BN di kedutaan Australia 17 Februari lalu tidak mungkin berulang kerana semakin banyak negara menyatakan bantahan termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Turki dan beberapa negara serantau.

Dengan nada tegas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengingatkan semua pihak supaya mengambil kira bantahan antarabangsa terhadap amalan sistem perundangan di Malaysia.

Beliau berkata demikian depan lebih 10,000 pengunjung program Rumah Terbuka PKR di Bandar Utama, Damansara hari ini, yang turut dihadiri ramai duta negara termasuk India, Singapura dan Filipina.

"Sebab Australia cakap, mereka buat demonstrasi. Tapi Amerika juga buat kenyataan, jadi saya cadang buat tunjuk perasaan. Kemudian Turki berkawan dengan kita, kena buat demonstrasi lawan Turki pula.

"Semalam, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin tulis surat terbuka, maka kena tunjuk perasaan Kanada. Hari ini ramai wakil duta dari Filipina, Singapura datang sokong kita, jadi mereka kena buat demonstrasi.

"...jadi, kerja mereka hanya tunjuk perasaan kerana negara lain tetap mahu juga bercakap tentang kita," katanya.

Anwar menyatakan cara Umno-BN berpolitik sudah ketinggalan zaman hingga menyebabkan imej Malaysia di mata dunia semakin menjunam dan tidak lagi dihormati seperti dulu.

Katanya, pandangan masyarakat antarabangsa perlu dihormati dan dinilai sebagaimana kritikan Malaysia dalam isu tuntutan pembebasan Aung San Suu Kyi dan kecaman negara penganiayaan rakyat Palestin.

"Sebab apa kita minta Aung San Suu Kyi dibebas? Sebab kita hormati prinsip kebebasan, hak asasi tanpa kira kaum, agama. Sebab apa kita sedih bila lihat rakyat Palestin dibom? Sebab kita tahu tanggungjawab kita sebagai manusia."Jadi, kalau orang lain bagi pendapat, kita dengar, kena nilai. Adakah betul atau tidak," katanya.

Selain negara berkenaan, Anwar turut mendapat sokongan jitu daripada negara Islam termasuk tokoh ulama paling terkemuka termasuk Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

Feb 26, 2010

WANG EHSAN AKAN DIBERI KEPADA YANG MAHU TERIMA - PM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan Pusat tetap mahu memberikan wang ihsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.

"Kerajaan Pusat akan bagi dan kita akan bagi kepada siapa yang akan terima, siapa yang tidak terima terpulang kepada dia, tentu ada orang yang nak terima," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini Khamis, Najib yang juga Presiden Umno berkata kerajaan akan memastikan bantuan itu dibuat secara telus kepada golongan yang layak menerimanya.

"Bantuan kepada rakyat Kelantan tetap akan diberikan dan kita akan bagi kepada siapa yang hendak menerimanya.

"Kita nak bagi kepada rakyat... pokoknya kita mahu rakyat mendapat manfaat (daripada pemberian wang ihsan)," katanya ketika ditanya mengenai implikasi politik berhubung pemberian wang ihsan itu kepada rakyat Kelantan.

Perdana Menteri berkata Kerajaan Pusat akan tetap dengan pendiriannya berhubung pemberian wang ihsan dan bukannya royalti minyak seperti yang didakwa kerajaan Kelantan pimpinan PAS "Kita punya pendirian jelas dan apa yang diputuskan ikut Perlembagaan dan undang-undang negara dan mengikut pakar-pakar perundangan tiada apa-apa yang dikemukakan (oleh Kelantan) bagi membolehkan kita rasa keputusan kerajaan itu tidak betul," katanya.

Najib berkata dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Kerajaan Pusat telah memperuntukkan lebih RM7 bilion kepada Kelantan untuk perbelanjaan pembangunan walaupun negeri itu berada di bawah pemerintahan pembangkang.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang terus mempersoalkan langkah kerajaan Persekutuan berhubung isu royalti minyak Kelantan.

Terbaru, Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan Persekutuan menerusi akhbar-akhbar bahasa Malaysia baru-baru ini menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan.

Ditanya mengenai pertemuan dengan anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Najib berkata perkara itu sudah lama dan tidak perlu diulas.

Mengenai sama ada Umno akan mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh, Najib berkata MT Umno akan mendengar pendapat anggota parti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan

Najib berkata mesyuarat MT membincangkan perkembangan semasa parti termasuk tumpuan terhadap jentera parti dan Program Juara Rakyat yang akan diteruskan di Perak dan negeri-negeri lain.

Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa setakat 31 Jan lalu, keahlian Umno ialah sebanyak 3,526,952 orang dan parti masih dalam proses mengemas kini keahlian.

"Kita harap semua bahagian menjalankan aktiviti seperti diarahkan dan mengambil tindakan untuk menambah ahli serta mengemas kini daftar keahlian. Kita harap kerancakan aktiviti oleh sayap parti juga berterusan," katanya.

Ditanya mengenai cadangan pindaan Perlembagaan Barisan Nasional (BN), Najib berkata perkara itu hanya dimaklumkan pada mesyuarat itu tetapi akan hanya dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

-- BERNAMA

GST: SETIAP RAKYAT KENA BAYAR TAMBAHAN RM55O SETAHUN

GST: Setiap Rakyat Kena Bayar Tambahan RM550 Setahun

Setiap rakyat perlu membayar tambahan 550 ringgit setahun jika cukai perkhidmatan dan barangan atau GST dilaksanakan dan ini tidak termasuk beban cukai lain.

Mendedahkan hal itu pada Forum Awam, Implikasi GST kepada rakyat malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendapati demikian selepas membuat perkiraan.

Selain Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad turut memberi pandangan.

"Sebenarnya, yang terpaksa dibayar oleh pembayar cukai iaitu terdiri daripada 12 juta pekerja di Malaysia ialah tambahan sebanyak RM6.7 billion.

"Inilah perlu ditanggung rakyat Malaysia. Dan jika jumlah ini diagihkan dengan 12 juta pekerja, ini bermakna setiap pembayar cukai perlu membayar RM550 setahun," katanya.

Guan Eng juga mempertikai hasrat kerajaan melaksanakan GST hanya selepas pilihan raya umum tetapi tidak berani mengutarakan cadangan itu sebelum proses pemilihan.

"Kita tahu itu semua muslihat BN. Mereka hanya akan kenakan GST ini selepas pilihan raya besar. Kalau dia kenakan sebelum pilihan raya besar. Tak payah bertanding pun tahu akan menang.

"Jadi, kita mesti menjelaskan implikasi GST kepada segenap lapisan rakyat. Kalau kita gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan kalah manakala rakyat akan derita," kata Setiausaha Agung DAP itu.SUMBER TV ANTARA

Feb 25, 2010

Ditembak anggota keselamatan : Norizan serah memorandum di Parlimen

KUALA LUMPUR : Memorandum berhubung pendedahan seorang wanita, Norizan Salleh yang mendakwa ditembak anggota keselamatan secara salah kepada menteri berkenaan apabila parlimen bersidang mulai 15 Mac ini.
"Di parlimen, dia tidak boleh lari," katanya Ahli parlimen Kapar, S Manikavasangam dalam sidang media selepas cuba menyerahkan memorandum tersebut.
Memorandum itu gagal diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri kerana menteri berkenaan enggan menemui mangsa.
Sebaliknya hanya Setiusaha kanan kementerian berkenaan datang menemui mangsa sebagai wakil kepada menteri itu untuk menerima memorandum
Kira-kira 30 pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan NGO sampai di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Peguam Norizan, N. Surendran dan wakil PR yang berkeras untuk menemui sendiri menteri atau timbalannya menyebabkan sedikit kekecohan.
Norizan, sebelum ini dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR sebelum ini, Norizan dilaporkan mendakwa, akibat serangan tersebut, beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.
Beliau juga dilaporkan mendakwa terpaksa menanggung kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000.

KUALA LUMPUR : Memorandum berhubung pendedahan seorang wanita, Norizan Salleh yang mendakwa bahawa beliau ditembak anggota keselamatan secara salah akan dihantar kepada menteri berkenaan apabila parlimen bersidang mulai 15 Mac ini.

"Di parlimen, dia tidak boleh lari," katanya Ahli parlimen Kapar, S Manikavasangam dalam sidang media selepas cuba menyerahkan memorandum tersebut.

Memorandum itu gagal diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri kerana menteri berkenaan enggan menemui mangsa.

Sebaliknya hanya Setiusaha kanan kementerian berkenaan datang menemui mangsa sebagai wakil kepada menteri itu untuk menerima memorandum tersebut.

Kira-kira 30 pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan NGO sampai di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Peguam Norizan, N. Surendran dan wakil PR yang berkeras untuk menemui sendiri menteri atau timbalannya menyebabkan sedikit kekecohan.

Norizan, sebelum ini dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR sebelum ini, Norizan dilaporkan mendakwa, akibat serangan tersebut, beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.

Beliau juga dilaporkan mendakwa terpaksa menanggung kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000.sumber

Feb 24, 2010

MTUC JOHOR SONGLAP RM177,OOO




Pada 23.02 10 Jam 11 pagi saya bersama bekas Pekerja Kiswire Pasir Gudang telah membuat satu laporan Polis di balai Polis Centeral Johor.




LAPORAN POLIS PENYELEWENGAN WANG
PAMPASAN BEKAS PEKERJA KISWIRE SDN. BHD.


Pada 8/5/09 saya bersama 23 orang pekerja Kiswire Sdn. Bhd. beralamat Plo 475,Jalan Keluli 2, Pasir Gudang telah ditamatkan perkhidmatan dan perkara tersebut telah kami bawa ke mahkamah Perusahaan untuk mendapat keadilan. Sehubungan dengan itu pihak syarikat bersetuju untuk membayar pampas an sejumlah RM 8500.00 kepada pekerja yang telah berkhidmat 5 tahun ketas. Manakala RM 4000.00 bagi pekerja yang berkhidmat kurang 5 tahun.
Pada 1/6/09 saya telah dimaklumkan Bosko Augustin - Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Cawangan Johor (MTUC) telah menerima sekeping cek berjumlah RM 177,000.00 daripada pihak Kiswire Sdn. Bhd untuk diagihkan kepada pekerja yang terlibat. Sehubungan dengan itu Bosko Augustin - Setiausaha MTUC Johor telah mengagihkan wang tersebut kepada kami sebanyak RM 2500 setiap orang manakala baki selebihnya beliau berjanji akan diselesaikan selepas Hari Raya Aidil fitri iaitu bulan SEP 09.
Walaubagaimanapun apabila sampai tarikh yang dijanjikan oleh Bosko Augustin untuk membayar kesemua wang pampas an kepada pekerja telah gagal dilakukan oleh kerana beliau telah menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. Pihak kami telah pergi ke Pejabat MTUC Negeri Johor dan telah dimaklumkan kepada kami bahawa Bosko Augustin telah menggunakan wang pampasan tersebut sebanyak RM 177,000.00 tanpa pengetahun pihak pengurusan MTUC Negeri Johor. Pihak kami juga telah gagal menghubungi Bosko Augustin untuk menuntut wang pampas an tersebut dan saya percaya Bosko Augustin telah menyelewengkan wang pampasan tersebut untuk kegunaan peribadinya

Feb 22, 2010

Orang Kampung Bantah Belanjawan Pendidikan Dipotong

Lebih 500 penduduk berhimpun di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh di Pulau Pinang hari ini membantah tindakan pemerintah Umno-BN memotong belanjawatan Kementerian Pelajaran sehingga 20 peratus menyebabkan kesengsaraan kepada pelajar dan ibu-bapa miskin.

Penduduk memilih untuk berhimpun di sekolah ini, yang disalahguna kerajaaan BN untuk program politik Juara Rakyat.

Ibu-bapa marah kerana pemotongan belanjawan itu telah menyebabkan pendidikan anak-anak mereka terencat. Skim Bantuan Tuisyen Pelajar Miskin, Bantuan Seragam Unit Beruniform, Bantuan Makanan Asrama, Rancangan Makanan Tambahan, elaun murid berkeperluan khas dan bantuan sukan dan ko-kurikulum telah dimansuh atau dikurangkan.

Namun tiada seorang wakil Umno turun menemui warga miskin ini. Sebaliknya kedatangan mereka disambut oleh ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan.

Desakan kuat daripada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno akhirnya akur dan terpaksa membatalkan program tersebut apabila penyokong melaungkan 'Umno bukan juara rakyat, Umno juara penipu".

"Umno dah lama kalah tapi masih tak sedar diri dan cuba adakan program yang hanya dihadiri beberapa kerat orang saja. Kami tak puas hati mereka dengan senang guna sekolah yang sepatutnya tidak boleh digunakan sebagai tempat politik," kata seorang penduduk Abdul Manap Osman.Sumber TVS

Feb 19, 2010

Kes Anwar: Hakim Enggan Undur, Karpal Dedah PM-Rosmah Sebagai Dalang

Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor mendalangi pertuduhan fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Karpal Singh membuat kenyataan berani itu selepas Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah enggan mengundur diri walaupun dituduh berat sebelah dalam beberapa keputusannya.

Zabidin menangguhkan perbicaraan ke 25 Mac, walaupun dibantah oleh Karpal yang mahu prosiding diteruskan.

Namun Zabidin menolak bantahan berkenaan dan berkata Anwar boleh mengambil masa untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan beliau untuk terus membicarakan kes itu.

Dalam silang hujah di antara hakim dan peguam, Ketua pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden mengesahkan bahawa mahkamah dan pejabat Peguam Negara tidak menyalahkan Anwar atas sebarang kelewatan berhubung perbicaraan itu.

Mahkamah Tinggi kembali bersidang pagi tadi dengan hakim Mohamad Zabidin menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau berbohong sebagaimana yang didakwa oleh Karpal Singh.

Justeru Mohd Zaibidin berkata beliau akan terus menghakimi perbicaraan ini.

Keputusan beliau sudah dijangka tetapi yang mengejutkan ialah apabila Zabidin kemudian menangguhkan kes perbicaraan kepada 25 Mac atas alasan Anwar perlukan masa untuk memfailkan rayuan terhadap keputusannya ini.

Penangguhan itu dibantah oleh Karpal yang menegaskan pihaknya tidak mahu lagi perbicaraan dilengah-lengahkan setelah wujud unsur-unsur Perdana Menteri dan isteri terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau menegaskan pihaknya sudah bersedia untuk menyoal balas saksi utama dan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Di luar mahkamah, Anwar menghuraikan bagaimana institusi keadilan Negara diperalatkan untuk melengkapkan agenda perdana menteri dan isteri bagi menjatuhkan beliau dan melemahkan gagasan Pakatan Rakyat.

"Ini kita bicara mengenai proses undang-undang yang saksama dalam hukum seperti yang ditegaskan Karpal tidak ada asas tapi kita melibatkan campurtangan Perdana Menteri Najib dan Rosmah dengan memperalatkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail teruskan dengan pendakwaan ini dan sebab itu kita tegaskan mesti ikut hukum dan jangan mempermainkan untuk memenuhi cita politik mereka,”katanya.

Najib mengakui menemui Saiful di rumahnya beberapa hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa berlakunya pertuduhan berkenaan pada Jun 2008.

Saiful juga disahkan berjumpa dengan pegawai kanan Najib semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Anwar berkata Najib dan Rosmah harus dipanggil sebagai saksi pada perbicaraannya namun permohonan itu belum mendapat persetujuan mahkamah.

Karpal sebelum itu menuduh hakim Zabidin berlaku tidak adil apabila enggan bertindak atau mencela Utusan Malaysia atas dua laporan yang dikata berasaskan bukti reka cipta dan bukan sebahagian daripada keterangan mahkamah.

“Dia mengatakan tidak ada asas atas pertuduhan saya ke atas di abahawa dia pembohong. Oleh itu ini adalah perkara yang harus diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

“Biar Mahkamah Rayuan putuskan, bahkan Hakim enggan menundurkan diri dan kita lihat keputusan Mahkamah Rayuan dan perbicaraan perlu ditangguh sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan,”katanya.

Dalam pada itu Pengarah Strategi PKR Tian Chua pula mencurigai kesediaan hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan semata-mata untuk membolehkan Anwar menfailkan permohonan ke Mahkamah Rayuan.

Menurut beliau, penangguhan itu akan memberi kelebihan kepada pengadu mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Kalau ada rayuan ikut undang-undang, dia boleh terus untuk soal Saiful ,pandangan saya ialah kerana kalau Saiful ini disoal sekarang, banyak masalah akan timbul. Kalau betul kita menang dalam mahkamah rayuan, hakim ini ditukar peguambela ada peluang untuk pemeriksaan balas sekali lagi sebab hakim baru, mungkin inilah takutnya Saiful nanti ceritanya akan berbeza”

“Sebab itulah saya lihat mereka tidak ada keinginan untuk meneruskan perbicaraan

Feb 18, 2010

Pemimpin Umno ‘benak’; Yang Haram Tak Nampak, yang ‘Syiar’ DiPertikaikan

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, menyambut MaulidurRasul adalah satu syiar yang boleh, samada mahu disambut atau pun tidak, oleh orang Islam.

Sebaliknya, kata beliau, bertafakkur di hadapan tugu negara adalah haram yang sama sekali ditegah didalam Islam.

Namun katanya, pemimpin Umno tidak bercakap soal yang haram itu, apabila Perdana Menteri tunduk bertafakkur dihadapan Tugu Negara, tetapi membesar-besarkan berkaitan soal perarakan MaulidurRasul

”Untuk…bertafakkur depan (Tugu Negara) memang tak boleh, yang ini (menyambut MaulidurRasul (adalah syiar), perarakan itu hanya sebahagian program sahaja, mengapa Umno tak bising (yang haram itu),”katanya ketika ditemui selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan PAS DUN Seberang Takir, dekat sini, semalam 17 Februari.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu yang digembar-gemburkan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba memburukkan Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Menurutnya, PAS mengambil pendirian bahawa sambutan MaulidurRasul hanyalah syiar dan perarakannya adalah program, yang tidak menjadi masalah, samada mahu melaksanakannya, atau pun.tidak.

Oleh itu, di negeri Kelantan PAS tidak mengadakan perarakan tetapi mengadakan sambutan MaulidurRasul dengan menganjurkan pelbagai Majlis Ilmu, yang mengingatkan umat Islam terhadap RasuluLlah dan perjuangannya menegakkan Islam.

Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau berkata pemimpin Umno ‘benak’ kerana tidak boleh melihat dan membezakan antara benda yang lebih besar dan penting, berbanding perkara yang kecil dan kurang penting.

Katanya perkara yang lebih besar dalam Islam adalah perkara yang dilarang dan diharamkan seperti bertafakkur dihadapan Tugu Negara.

”Umno tak nampak perkara ini, tetapi nampak menyambut MauliduRasul lebih besar sedangkan ia hanyalah satu syiar,”jelasnya.

Feb 17, 2010

KU LI : AGONG BOLEH LUCUT JAWATAN PM

Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah senada dengan pengamal undang-undang dan pemerhati politik bahawa Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada istana untuk melucut jawatan Menteri Besar sepertimana yang berlaku di Perak.

Komen Ku Li itu yang dimuatkan dalam laman webnya menolak keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu yang mengisytihar Datuk Zambry Kadir dari Umno sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pendirian Ku Li itu tidak disenangi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata tokoh politik itu sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Bercakap kepada TV Selangor, Pegawai Khas Ku Li, Mohd Lokman Ghani, berkata bagi Ku Li ialah kebenaran, bukannya mengeluarkan kenyataan untuk tujuan sebaliknya.

“Isu Perlembagaan Perak pada Tengku, dia tetap dengan pendirian bahawa raja tidak boleh memecat Menteri Besar. Kena ikut perlembagaan, kena diputuskan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Jadi Tengku tidak mahu kalau kita tidak mengikut Perlembagaan betul-betul, bermakna Yang Dipertuan Agong boleh membuang Perdana Menteri pada bila-bila masa,” katanya.

Ku Li dalam laman webnya menegaskan beliau yakin bahawa istana tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memecat ketua pemimpin kerajaan.

Beliau berkata, keputusan mahkamah berkaitan kemelut Perak itu memberi implikasi bukan sahaja kepada Perlembagaan perak, malah Perlembagaan Persekutuan.

Hakikatnya, jika keputusan mahkamah diterima, ia bermaksud Yang Dipertuan Agong boleh memecat Perdana Menteri sedangkan kuasa itu hanya dimiliki Parlimen.

Justeru, Lokman berkata, pemimpin Umno sendiri harus telus dalam membahaskan implikasi keputusan mahkamah berkenaan.

“Muhyiddin kata kenyataan Tengku kebelakangan ini berbeza dengan pandangan kerajaan, jadi takkanlah hendak Tengku berbohong. Ikut sahaja apa yang kerajaan mahu sedangkan perkara itu tidak betul,” katanya.

Ku Li sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) kerana mengambil pendirian rakyat Kelantan berhak menerima royalti minyak.

Lokman yang lama mengenali Ku Li berkata, pemimpin veteran itu akan terus bersuara kerana kenyataannya adalah benar dan termaktub dalam Perlembagaan.

“Jadi, apabila kerajaan menyatakan perkara yang tidak betul, dia terpaksa memberitahu perkara yang betul. Itu pendirian dia,” katanya.SUMBER TV

NIK AZIZ PUN PERNAH KHIANAT

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.

"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat harus menjadi orang yang bertanggungjawab dengan menyedari bahawa undi yang diberikan itu adalah amanah.

Katanya, kalau wakil rakyat itu tidak mahu tanggungjawab yang diberi oleh rakyat, elok saja mereka letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil.

Terkini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain bertindak keluar daripada PKR kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat itu perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta.SUMBER

"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.

"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) ini tak wajar, sepaptutnya melihat dulu sejarah beliau sendiri dan melihat kepada politik sekarang yang tidak terlalu mengikut parti," katanya.

Feb 16, 2010

Setiausaha Politik Menteri Letak Jawatan

Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Mengikut Bernama, kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha polistik kepada menteri kanan di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Butterworth Jumaat lalu.

SPRM yang melakukan serbuan kira-kira jam 3.30 petang turut menemui wang tunai berjumlah RM2 juta di pangsapuri berkenaan.

Turut dirampas termasuk kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus, Pulau Pinang.Sumber

Tidak Cukup Dengan Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan.
Beliau berkata, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW dengan agama Islam dan petunjuk dari Allah supaya memenangkan agama Islam.
Katanya perjuangan menegakkan Islam tidak berhenti walaupun Nabi Muhammad telah wafat (meninggal dunia).

”Tidak idak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan,

”dan dunia dalam keadaan huru hara, perompak semakin banyak, maksiat semakin banyal dan berlaku berbagai bencana alam,

”puncanya tidak lain dan tidak bukan kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukumnya dalam semua perkara,”tegasnya ketika berucap dalam ceramah penjelasan isu-isu semasa di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan-kenyataan akhbar arus perdana memutarbelitkan fakta dan menghentam Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan sambutan Maulidur Rasul.

Menurutnya, ‘ajaran salah’, yang mengatakan bahawa tidak ada dosa dan pahala dalam politik dan pemerintahan negara sedang menguasai orang Islam masakini.

Justeru, orang-orang Islam menjadi umat yanh semakin lemah, diratah oleh oleh ‘musuh-musuh’ diseluruh dunia.

”Kebanyakkan orang Islam (percaya) dosa pahala ini bab sembahyang (dan) bab pergi ke Mekah sahaja, dalam politik, dalam ekonomi dalam memrintah negara tak ada dosa pahala,

”inilah ajaran salah yang sedang mnguasai orang Islam hari ini, sehingga mereka menjadi umat yang makin hari makin lemah,”jelasnya.sumber Bluetin

Feb 14, 2010

Kerajaan Kelantan Tidak Sekat Hiburan: Nik Aziz

Kerajaan pimpinan PAS di Kelantan tidak pernah menyekat pertunjukan hiburan, cuma mengawal dari segi peraturannya supaya tidak bercanggah dengan kehendak dan ajaran Islam, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, ini kerana Islam tidak menegah seseorang daripada menghayati hiburan, asalkan tidak melalaikan kerana ia sudah menjadi fitrah yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia.

"Malah, Nabi Muhammad (S.A.W) sendiri pun mempunyai sifat untuk berhibur, tapi mengikut caranya tersendiri. Sejak kita (PAS) mentadbir negeri ini 20 tahun lalu, kita tidak menyekat pertunjukan hiburan di negeri ini, cuma mengawal dari segi syarat-syarat dan peraturan supaya tidak bercanggah dengan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meraikan selebriti TV3, Wardina Safiyyah dan Pengarah Filem 'Ketika Cinta Bertasbih', Habibul Rahman di sini hari ini.

Oleh itu, kata Nik Abdul Aziz, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk membolehkan rakyatnya menikmati hiburan mengikut peraturan.

Ditanya syarat pertunjukan hiburan di negeri ini yang agak ketat menyebabkan artis dan penganjur tidak berminat mengadakan pertunjukan di Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata, ia terletak kepada mereka.

"Jika artis wanita yang datang ke sini boleh pakai tudung kepala dengan baik, tidak ada sebab mereka tidak boleh mengadakan pertunjukan hiburan di negeri ini jika mereka boleh ikut peraturan yang ditetapkan mengikut enakmen hiburan seperti yang digariskan oleh pihak berkuasa agama negeri ini," katanya.

Sementara itu, Wardina berkata, beliau amat bertuah kerana dapat berjumpa dengan Nik Abdul Aziz, yang menghargai kehadirannya ke negeri ini sebagai ikon kepada persembahan hiburan Islam.

"Saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan Datuk Nik aziz.

MELAYU JOHOR TERSEKSA DIBAWAH UMNO (LAGI SETIGGAN AKAN DI PINDAH)




Pada 12.02.10 Jam 11 Pagi saya di hubungi oleh wakil pemuda UMNO Cawangan Minta rahsiakan nama dan cawangan ,dalam perbualan saya dengan beliau melalui telefon ,beliau berkata minta saya tolong bantu Penduduk Kg Sepakat Masai(setinggan) Pasir Gudang Johor dalam urusan perpindahan Kg tersebut,kerana berlaku penipuan dalam urusan perpindahan,yang di dalangi oleh wakil cawangan umno sendiri,Kg Sepakat Masai yang telah dapat notis daripada pihak pemaju untuk mengosongkan Kg tersebut untuk di majukan.Saya sempat ziarah Kampung tersebut dan berjumpa terus dengan pengadu ,dalam pertemuan tersebut Wakil penduduk maklumkan yang mereka telah tinggal di sini hampir 36 tahun dan sekarang penduduk telah dapat notis untuk berpindah dalam masa 14 hari.Wakil penduduk maklumkan terdapat penipuan dalam wang pampasan terhadap penduduk dan juga penduduk sendiri tak pernah turunkan tanda tangan untuk berpindah rujuk laporan Polis.Maklumat kampung Sepakat Masai ini akan saya ceritakan dalam masa terdekat.

Feb 11, 2010

Taktik Tiga Serampang Umno Pecahkan PR

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat kini mula goyah berikutan desas desus beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negerinya akan keluar parti.

Anwar sebaliknya menyifatkan desas desus itu sebagai strategi Umno-Barisan Nasional menguburkan pakatan pembangkang itu.

“Tidak ada sama sekali, saya tidak tahu satu dua (Ahli Parlimen dan ADUN) tetapi kalau enam atau lapan, mereka telah keluar kenyataan dan telah marah kerana ditunding sedemikian,”katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Katanya, Umno juga menggunakan kes konspirasi liwat II yang dikenakan terhadap beliau dan taktik memancing Ahli Parlimen dan ADUN bagi memastikan recana mereka berjaya.

“Strategi Najib memang menggunakan kes ini dan dalam masa sama memberi keputusan kes Perak, kemudian cuba membeli beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen.

“Sudah dikeluarkan kenyataan oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR yang menyatakan orang kepercayaan Najib, Duta Malaysia ke Amerika Datuk Jamaluddin Jarjis adalah antara yang terlibat cuba memujuk dan menjamin apa saya. Golongan ini korupsi tidak ada makna bagi mereka,”katanya.-YUSMAWATI MHD YUSOF

Feb 10, 2010

Gong Xi Fa Cai


Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai buat semua kaum Cina di Malaysia. Sebagai perayaan terpenting masyarakat Cina, Tahun Baru Cina membawa signifikan satu titik permulaan dalam kehidupan masyarakat Cina. Semoga Tahun Baru Cina pada tahun ini memberikan kehidupan yang lebih baik, maju dan berjaya. Diharapkan juga sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Melayu, India dan lain-lainnya.

Feb 9, 2010

ZIARAH DAN SUMBANGAN KEPADA IBU IBU TUNGGAL





Pada 7.02.10 Jam 11.30 Pagi selepas Program bersama Masyarakat cina dalam Pemberian Buah Limau saya bergegas pulak ke program sumbangan kepada ibu ibu tunggal yang di tinggalkan oleh suami masing masing tanpa pemberian nafkah. Program yang diaturkan oleh Pas Caw Taman Cendana di bawah Ketuanya Saudara Kelana.Sumbangan juga telah di hulurkan kepada Saudara baru yang baru sahaja memeluk Agama Islam ...yang mana telah di abaikan oleh pihak yang bertanggung jawab untuk membimbing beliau .