Dec 28, 2009

HASAN ALI KECEWA SPEKULASI BELIAU AKAN MENINGGALKAN PAKATAN

Persuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali melahirkan dukacita dengan spekulasi pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Menyifatkan dakwaan itu sebahagian dari kempen fitnah, pensyarah itu berkata beliau dan gerakan Islam terbesar negara itu komited kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Jawatankuasa Displin Pas sedang menyiasat Dr Hasan dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ekoran kenyataan dari dua pemimpin itu yang dikatakan menjejaskan imej Pakatan Rakyat.

Pas telah menetapkan tarikh 7 Januari dan 9 Januari untuk menyoalsiasat Khalid manakala satu tarikh baru akan ditetapkan buat Hasan.

Pengerusi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jawatankuasa mempunyai kes yang kuat terhadap mereka.

Meskipun begitu Adun Gombak Setia ini menegaskan beliau mahu kekal dalam Pakatan Rakyat kerana gagasan kerajaan alternatif ini memerlukan wakil rakyat yang bukan dari spesis katak melompat.

Dr Hassan Ali turut mencurigai kewujudan geng pemisah yang dikatakan mahu menyerahkan memorandum kepadanya esok

1 comment:

  1. Kecewa? Dukacita? Kalau macam tu dia ni mmg tak layak jadi pejuang apatah lagi nak jadi pemimpin! Mengungkit pasal pengorbanan wang ringgit dan harta adalah ciri2 manusia hipokrit dan tidak ikhlas. macamana TGHA boleh lantik dia ni jadi PJ Selangor? 2x5 kot???

    ReplyDelete