Dec 14, 2009

PAS PUSAT SERAH ISU ARIFFAHMI KEPADA KERAJAAN KELANTAN

SHAH ALAM - Pas Pusat menyerahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Kelantan berhubung isu dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu adalah di bawah tanggungjawab kepimpinan Kelantan untuk diselesaikan.

“Kes ini kita serah kepada kebijaksanaan kepimpinan Kelantan dan setakat ini apa yang saya tahu, proses itu berjalan baik,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Pusat Tarbiah Islam Subang (Putis) bernilai RM720,000 di Kampung Melayu Subang, semalam.

Turut hadir ialah Naib Presiden Pas, merangkap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali.

Mengenai dakwaan UMNO cuba ‘menangguk di air keruh’ dalam isu itu, Abdul Hadi berkata, itu cara UMNO dan sudah dijangka.

“Terpulang jika (UMNO) nak gunakan isu ini untuk kepentingan mereka, itu hak dia. Saya tidak mahu campur dan kita yakin kes ini sudah diselesaikan," katanya.

Mengenai gesaan kepimpinan Pas Pusat supaya menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, meletakkan jawatan segera, Abdul Hadi menegaskan perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana Pengarah Urusan PBMK itu sudah pun meletakkan jawatannya secara rasmi.SUMBER

No comments:

Post a Comment