Dec 18, 2009

HARAPAN DAN CABARAN PENEROKA BANDAR MELAYU JOHOR


Semalam Saya bersama Saudara Mazalan Aliman telah di jemput untuk memberi ucapan dalam majlis dialog bersama penduduk, Kampung Desa melayu,majidi Baru Johor Bahru .di mana, Kampung yang mereka teroka selama 25 tahun ini bakal di ambil oleh pihak pemaju untuk Pembinaan Lebuh raya, Pemaju yang terlibat ialah malaysia Resources corp Berhad (MRCB),yang melibatkan 8 buah kampung Melayu di Pingir Bandar ini akan diambil oleh pihak Pemaju, kampung yang berhampiran iaitu Kampung Desa jaya,Desa makmur,kampung Belantik dan kampung Hajah Hasnah.Bagi Mereka yang meneroka kawasan tersebut yang pada mulanya hanyalah paya bakau sahaja hingga lah tanah yang tidak bernilai menjadi bernilai,tetapi sejauh mana pampasan yang bakal mereka dapat apakah pampasan yang sewajarnya kepada mereka. Dalam pertemuan tersebut saya dapati rata rata penduduk tidak puas hati kerana pampasan Rm 18,000 Sahaja yang di bayar Pihak pemaju Kepada Penduduk .

Jadi apa yang saya cuba sampaikan jikalau pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Pemaju ingin tanah tersebut haruslah memberikan pampasan yang setimpal sesuai dengan Perit-payah mereka menebas semak samun, pokok dan lain – lain dan tempatkan mereka dengan tempat yang lebih selesa dan juga sebagaimana yang saya katakan infrastruktur yang berkualiti. Jika kesemua perkara ini tidak dibuat maka para peneroka bandar mempunyai hak untuk membuat aksi penentangan.

Pemimpin UMNO terbahagi kepada 2 jenis mengikut pengamatan saya. Yang jahat, rakus dan zalim, Yang baik, jujur dan adil. Kedua – duanya menginginkan kemajuan kepada negara atau negeri masing – masing. Tapi yang negatif perangainya ketika mahu membangunkan sesuatu kawasan . Kerana tamakkan habuan, tidak sabar – sabar sesuatu projek itu dibangunkan kerana ada saham atau komisyen di dalam projek tersebut maka apa jua cara penduduk setinggan harus dihalau sama sekali. Mereka tidak pentingkan kebajikan penduduk kawasan tersebut. Rumah yang dijanjikan hanya sekadar janji. Paksaan untuk keluar dari rumah mereka dalam tempoh yang singkat amat memeritkan. Kalau dipindahkan sekali pun rumah yang diberikan layak digelar umpama sarang burung merpati, infrastruktur yang teruk dan pampasan yang begitu sikit. Perbuatan seperti ini harus ditentang habis – habisan dan inilah yang menjadi perjuangan kepada Pakatan Rakyat serta seperti aktivis masyarakat dan lain – lain. Saya yakin perbuatan seperti ini akan mendapat simpati masyarakat seluruh negara.

No comments:

Post a Comment