Showing posts with label KELAB PENYOKONG. Show all posts
Showing posts with label KELAB PENYOKONG. Show all posts

Dec 31, 2009

KELAB PENYOKONG PAS GEMBIRA DI IKTIRAF SEBAGAI DEWAN





Kelab Penyokong PAS Pasir Gudang yang di ketuai oleh Cikgu Nada gembira kerana Kelab Penyokong PAS telah diiktiraf sebagai Dewan Perhimpunan Penyokong PAS.Beliau berucap semasa Majlis Dialog baru-baru ini di Pejabat PAS Pasir Gudang, turut hadir bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat YAB Dr.Mujahid Yusof Rawa serta Sdr.Khairul Faizi selaku Ketua Pemuda PAS Johor.

Jun 8, 2009

SAYA SOKONG PAS




Hari terakhir muktamar ketika pusing pusing di gerai aku terjumpa dengan satu keluarga india yang pakai baju Kelab Penyokong Pas ,kesempatan aku bertanya datang dari mana, dia kata ...sini punya orang ,saya minta izin nak ambil gambar.
saya satu keluarga sokong Pas kata india tersebut pada saya.Kalau india begitu minat dengan Pas,orang UMNO bila lagi nak buat perubahan tak malu ke bukan Islam minat dengan perjuangan Islam.

Jun 5, 2009

KELAB PENYOKONG PAS BAKAL DI PERKASA


Akhirnya, PAS mengambil satu langkah bersejarah dimana Kelab Penyokong PAS bakal diperkasakan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tatkala menyampaikan ucapan dasarnya menyatakan "kewujudan kelab ini diinstitusikan menerusi pindaan perlembagaan
PAS yang bakal dilaksanakan untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab dan statusnya dalam organisasi parti, keahlian dan peranannya dalam parti PAS."

Ustaz Hadi sebelumnya menyatakan bahawa PAS amat menghargai sokongan masyarakat bukan-Islam terhadap perjuangan PAS dan bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dan tahap kefahaman ahli PAS yang semakin bertambah, dan sebagai satu proses memperkasakan Kelab Penyokong PAS, maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab mestilah dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS.

Ustaz Hadi tidak melupakan jasa-jasa pemimpin PAS yang terdahulu seperti Almarhum Ust Fadzil Mohd Noor yang di mana PAS mulai berjinak-jinak dengan kaum bukan Islam.

"Sepanjang tempoh puluhan tahun kewujudan PAS ini, kita telah berjaya untuk memecahkan tembok masyarakat bukan Islam yang dahulunya merasa janggal dengan PAS. Alhamdulillah, semuanya mampu kita capai dengan usaha yang bersungguh-sungguh yang telah dirintis oleh para pimpinan PAS yang terdahulu, dimulai dengan penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC) yang sama-sama kita ketahui itu sehinggalah kepada kewujudan Kelab Penyokong PAS pada masa sekarang," katanya.

May 21, 2009

KELAB PENYOKONG PAS

Infomasi LPN PAS Pusat bagi pihak YB Dr. Mujahid Yusoff Rawa …. Khairul Faizi (Pengarah program) 019-770 1830, Hajjah Kamariah (Setiausaha LPN PAS Pusat) 016-322 6159 & Razif (Timb. Pengarah b/p Tuan Rumah : Kota Raja) 013-361 0603 .HIMPUNAN DAN KONVENSYEN KELAB PENYOKONG PAS PERINGKAT KEBANGSAAN.DEWAN SEBRBAGUNA PEJABAT DAERAH KLANG SELANGOR.30hb 05. 2009