Dec 8, 2009

PAS GESA NIK AZIZ DAPAT NASIHAT LEMBAGA PENASIHAT PMBK

Pas menggesa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapatkan khidmat nasihat segera dari Lembaga Penasihat Perbadanan Menteri Besar Kelantan berhubung notis perbentian Ketua Pengarah Eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Abd Rahman.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata urustadbir PMBK harus bebas dari pengaruh Ariffahmi sebaik sahaja surat perletakan jawatan diserahkan.

Tindakan ini seleras dengan etika korporat yang menetapkan cuti diberikan kepada CEO yang meletak jawatan, dan tidak dibenarkan bertugas supaya kerja-kerja audit dapat dijalankan.


“Wajar bagi saya notis tiga bulan itu disertai dengan cuti dan MB atas nasihat lembaga Penasihat boleh melantik seorang untuk ganti sementara waktu hal-hal PMBK.

“Seeloknya menyegerakan atau ambil cuti dan Menteri Besar buat keputusan tidak benarkan membuat perkara yang boleh memberi implikasi dalam tempoh tiga bulan,”katanya.

Mahfuz juga berkata, cuti tiga bulan yang diberikan kepada Ariffahmi itu merupakan langkah menyegerakan perletakan jawatan beliau dan semua penyerahan tugas dan laporan PMBK perlu dibuat.

“Menteri besar juga mempunyai kuasa untuk memberikan pilihan gantian iaitu sebulan gaji terus berhenti untuk tidak mahu panjangkan kontroversi ini.

“Mengikut etika korporatnya apaila seorang CEO melepaskan jawatan untuk notis tiga bulan, di sini lah peranan kepada pengarah ataupun dalam konteks Kelantan ini Lembaga Penasihat dan Menteri Besar sendiri harus menentukan apakah dalam tempoh itu beliau masih boleh bertugas, boleh lagi membuat keputusan dalam hal berkaitan pengurusan,” katanya.

1 comment:

  1. Jangan beri peluang kpd Ariffahmi utk mengubah minit mesyuarat dan dokumen2 PMBK!

    ReplyDelete