Dec 2, 2009

SUARAM MINTA GUGURKAN PENDAKWAAN TERHADAP SAUDARI CHENG LEE WHEE


Johor Baharu.Ahli Parlimen DAP kawasan Bakri Muar YB Er Teck Hua, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia merangkap Ahli Majlis Perbandaran Kajang En. S.Arutchelvan, Koordinator Suaram E.Nalini, Koordinator Suaram (cawangan Johor Bahru) Fang Pei Fen dan Setiausaha DEMA Yap Heng Lung telah berjaya menghantar petisyen ke Jabatan Penguam Negara di Putrajaya untuk menuntut Peguam Negara (Attorney General) mengugurkan pendakwaan ke atas saudari Cheng Lee Whee. Salinan petisyen bersama tersebut juga dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor. Petisyen diendorse oleh 35 parti dan pertubuhan serta lebih kurang 500 orang individu.

Petisyen diterima oleh Ketua Bahagian Pandakwaan, Dato’Tun Abd Majid Bin Tun Hamzah, kerana Peguam Negara YBhg. Tan Sri Abdul Gani Patail tidak dapat menghadirkan diri. Dato’Tun Abd Majid memberitahu bahawa beliau akan meneliti semula maklumat kes saudari Cheng sebelum membuat keputusan sama ada meneruskan pendakwaan ke atas Cheng.

No comments:

Post a Comment