Dec 22, 2009

PEGUAM DAKWA DIRINYA MANGSA FITNAH SPRM

Peguam kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Rosli Dahlan mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi jahat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rosli mendakwa beliau dianiaya pihak berkenaan hanya kerana bertindak membela Datuk Ramli Yusuff, serta membantu pendakwaan JSJK terhadap watak-watak tertentu pada tahun 2007.

Rosli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan tidak menjawab notis SPRM yang ketika itu dikenali Badan Pencegah Rasuah bersabit perishitaran harta miliknya.

BPR menuduh Rosli bersekongkol dengan bekas pegawai kanan Datuk Ramli.

Rosli mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar.

“ Tadi dia mengatakan bahawa saya diserahkan dengan notis kerana saya dianggap sekutu. Saya katakan saya peguam, macam mana peguam boleh jadi sekutu pula? Tentulah dasar kepada keluhuran undang-undang saya mengatakan saya mengatakan keterangan saya dalam seksyen 27, sebagai seorang peguam saya terikat kepada maklumat sulit. Tapi saya sedia mendedahkan dan saya mendedahkan semuanya bahawasanya saya tidak pernah memegang sebarang asset “ katanya kepada Tv Selangor.

Rosli Dahlan dari firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill mewakili Datuk Ramli Yusuff pada 2007 dalam satu kes sindiket pinjaman wang haram.

Blog Malaysia today kelolaan Raja Petra Kamaruddin mendakwa Datuk Ramli adalah mangsa fitnah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Menurut blog itu, Musa mengambil tindakan terhadap Ramli kerana pegawai itu memberi keterangan dalam kes mata lebam Anwar yang memihak kepada mantan timbalan perdana menteri itu.

Tidak lama selepas itu, Datuk Ramli didakwa BPR atas tuduhan menyalahguna kuasa dan digugurkan dari jawatannya atas tuduhan kononnya beliau memiliki aset RM27 juta.

Rosli berkata kes SPRM menyifatkan kes terhadapnya dan Datuk Ramli begitu ampuh dan penuh kecurigaan.

“ Pengadu adalah pegawai BPR. Dia mengatakan bahawa dia mendapat maklumat bahawa Datuk Ramli melakukan kesalahan. Maklumat itu berdasarkan laporan 0752007. Jadi datuk Kamariendaran meminta laporan 0752007. Bila ditunjukkan kita dapati nama Datuk Ramli tidak disebut langsung" tambahnya lagi.

"Jadi bagaimana pengadu boleh mengatakan Datuk Ramli buat kesalahan rasuah berdasarkan maklumat yang dia terima dalam laporan 0752007 ini. Bila kita pergi kepada laporan 0752007, nama dia tidak ada langsung. Apakah muslihat di sebalik perkara itu?".

Kumarendran adalah peguam yang mewakili Rosli.

Rosli sebelum ini telah memfailkan saman kepada akhbar The Star, ketua editor akhbar tersebut dan dua wartawannya, sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris dan SPRM berhubung penyebaran fitnah ke atasnya.

Kes Rosli bersambung esok. sumber

No comments:

Post a Comment