Apr 23, 2011

Kenapa UMNO BN bermati-matian mahu cemar nama baik Anwar?

SHAH ALAM 22 APRIL : Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor.
Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.
“Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, “ kata sumber itu tanpa mengulas lanjut.

Kebanyakan dakwaan- dakwaan Nalla itu “bukan perkara baru,” cuma disadurkan dengan butir- butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.

Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nalla, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2006.

Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar diperhebatkan di Tv3 dan media arus perdana kawalan UMNO sejak pilihanraya Sarawak.

Walaupun PRN Negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya UMNO,  sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh terdekat.

Awal minggu ini, Parti Keadilan Rakyat memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.

Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.

Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan.

Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan UMNO memetik sumber- sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video 'Datuk T' sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio metrik.

Semua “fakta- fakta” ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.

Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video 'Datuk T'.

Pada masa sama, individu- individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan- tuduhan lain terhadap Anwar.

Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar ?

Jawapannya berkait dengan Piliharaya Umum ke- 13 dan pemilihan UMNO yang akan datang. Kedua- duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Para strategis UMNO menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia  berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan.

Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik- beratkan soal agama dan moral – justeru itu Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu- talu dalam hasrat UMNO untuk memberi isi kepada persepsi itu.

Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah 'Datuk T' dimainkan di kem- kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.

Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan Presiden UMNO akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

Walaupun pemilihan UMNO masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan- garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem- kem tertentu dibentuk dan dipupuk.

Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno.

Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.

Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar Ibrahim harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.

Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu, Najib akan mendapat “ilham” untuk memanggil pilihanraya umum.
Sementara menunggu detik itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca “cerita bukan-bukan” mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.

Apr 22, 2011

Kematian Pegawai Kastam, keluarga nak tahu kisah sebenar

Kematian Pegawai Kastam, keluarga nak tahu kisah sebenar



Kes Sarbaini: Keluarga tak puas hati, nak tahu ‘kisah sebenar’

KUALA LUMPUR, 22 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis sambil mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Sebaliknya, ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini berkata pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain nampaknya mahu “menyembunyikan” sesuatu daripada diketahui umum.

“Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu.

“Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar,” katanya.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini sedia maklum punca kematian adalah jatuh dari bahagian tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana dia boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu.

“Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu menyeluruh... kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi ini sampai mati (meninggal dunia) pula.

“Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas?

“Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita yang sebenarnya,” tambah sumber itu.

Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangan bersama keluarga terdekat.

“Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian,” jawabnya ringkas.

Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-sarbaini-keluarga-tak-puas-hati-nak-tahu-kisah-sebenar/

Apr 21, 2011

Kegagalan Pemimpin Umno Membela Penduduk Setinggan Pasir Gudang

Sebagai rakyat Malaysia dan berbangsa Melayu merasa terhina duduk dibumi yang dipimpin oleh bangsa Melayu serta mempunyai kuasa penuh untuk menentukan halatuju bangsanya sendiri khususnya di dalam memiliki tanah sekangkang kera untuk dijadikan tempat kediaman. Sedangkan bangsa lain daripada Melayu bukan sahaja sekangkang kera malah beribu ekar tanah dengan begitu mudah mereka dapat memilikinya.

Inilah yang terjadi kepada penduduk di sekitar Parlimen Pasir Gudang dimana lebih kurang 10 ribu orang telah dinafikan hak mereka sebagai rakyat  yang setia kepada kerajaan selama ini telah dinafikan hak mereka untuk memeliki tanah hanya sekangkang kera. Kenapa saya berkata begitui kerana ada bukti dimana penduduk tersebut telah meneroka tanah hak kerajaan lebih 30 tahun yang lalu. Persoalannya jika pemimpin Umno yang dikatakan bijak dan tidak korup serta selalu mewar warkan bahawa merekalah yang memperjuangankan nasib bangsa tidak bersungguh-sunggu 30 tahun dahulu untuk memastikan masyarakat melayu di berikan hak milik tanah tersebut. Oleh kelalaian pemimpin Umno inilah menyebabkan tanah yang diterokai oleh masyarakat Melayu akhirnya dimilikki oleh syarikat yang tidak tahu hunjung pangkalnya layak menerima tanah tersebut. Adakah ini dikatakan Umno membela Melayu?
Jika kita renungkan 30 tahun yang lalu pemimpin Umno begitu galak menyeru supaya masyarakat Melayu meneroka tanah tersebut dengan menubuhkan seberapa banyak Cawangan Umno dengan allasan parti itulah akan menyelesaikan masalah masyarakat Melayu dimasa akan datang. Tetapi malang seribu kali malang penduduk Melayu dengan  hinaya telah dinafikan hak mereka sebaliknya pula kroni diutamakan bagi mmenuhi nafsu sarakah pemimpin. Tidak cukup dengan itu beberapa janji telah ditaborkan kepada masyarakat Melayu apabila tibanya PRU dan   dengan mudahnya masyarakat Melayu mempercayai janji yang ditaborkan. Maka sekali lagi masyarakat Melayu memartabatkan pemimpin Umno untuk terus membela nasib mereka. Malang sekali janji yang manis itu tidak dikkotakan sebaliknya hanya retorik semata-mata.

Kini pada 12/4/2011 di rumah 10, Kampung Plentong sekali lagi pemimpin Umno memberi harapan kepada penduduk setinggan serta berjanji akan memastikan cuba menyelesaikan isu tuntutan penduduk setinggan masyarakat Melayu bagi memberi hak milik. Tetapi kali ini penduduk dengan sinis dan mencebek muka mendengar janji tersebut kerana sudah lama benar menunggu janji pemimpin Umno. Ini kerana pendudk sudah tahu harapan mereka untuk mendapatkan hak milik tanah tidak akan menjadi kenyataan. Walaupun pemimpin Umno masih lagi melaungkan kata-kata hikmah bahawa hanya Umnolah sahaja yang mampu membela nasib Melayu tetapi laungan tersebut hanyalah untuk menjaga kepentingan peribadi Mereka.

Kesimpulan daripada kalimah hanya Umno sahaja yang mampu membela nasib Melayu adalah retorik. Sedangkan parti keramat itu yang sudah memegang tampok selama 53 tahun sepatutnya sudah lama dapat menyelesaikan isu tanah setinggan ini. Tetapi oleh kerana mempunyai kepentingan peribadi nasib rakyat terpaksa dikorbankan. .

Anak Khir Johari tempelak Tun Dr Mahathir






[Image]Dari Blog Zairil Khir Johari
Kenyataan Balas Terhadap Dakwaan Dr Mahathir


Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Tun Dr Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian? Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Apr 19, 2011

PERSIDEN KIMMA TUDUH PEMBANGKANG CUBA SOGOK RM 55 JUTA

Aku tengok kesian jugak dengan puak-puak Kimma ni, dari dulu lagi nampak semacam terhegeh-hegeh asyik mengharapkan Barisan Nasional (BN) menerimanya sebagai parti komponen.


Presiden KIMMA...Pakai baju pun dah ada cap Umno, tak peliklah kalau main serkap jarang (tuduh) PR sogok duit.
Dah bermacam-macam cara dah depa cuba semata-mata mahu perhatian pemimpin BN. Namun satu pun tak laku.

Bukan orang tak tahu, depa ni nak sertai BN ada sebab tertentu. Depa ni minoriti tapi nak jadi bumiputera, dengan kata lain, kalau dah sertai BN, masa depan depa terjaminlah kononnya. Mujur-mujur dapat jadi komponen BN, dapatlah perjuangkan nak jadi bumiputera pulak.

Dah satu lagi khurafat di zaman moden kini. Bergantung harap kepada BN untuk hidup. Menyangka, hanya BN yang boleh jaga depa.

Dah 30 tahun lebih merayu nak masuk BN, tapi tak diterima jugak. Sekarang depa nak guna cara provok pulak dah. Sejak tahun 1976 lagi tu..kematu dah bontot kalau duk tunggu BN pelawa depa.

Sekarang ni, depa guna cara lain pulak. Tapi nampak semacam mengugut BN aje. Ala...itu cara budak-budaklah wahai Kimma.

Hangpa nak perhatian BN dengan menghentam dan menuduh musuh BN iaitu Pakatan Rakyat (PR). Cara lama lah tu...advance lah sikit.

Laporan akhbar semalam menyebut, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang, kata Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader.


Jangan main tuduh aje bro!...kalau betol ada, baik hangpa pi report kat SPRM atau polis pasal hangpa disogok.

Dalam laporan berkenaan, konon Kimma telah ditawarkan seseorang sebanyak RM55 juta sekiranya beliau dan ahli KIMMA bersetuju untuk menyertai PR.

“Dia (pemimpin PR) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda. Itu adalah janji dibuat pemimpin pembangkang berkenaan kepada saya beberapa tahun lalu, ” dakwa presiden Kimma.


Hangpa ingat PR ni kaya-raya macam pemimpin Umno-BN ke, senang-senang nak sogok orang lain masuk PR...nak jaga makan sendiri pun tak cukup...inikan pula nak sogok hangpa dengan wang sebanyak itu.

“Malah, ketua KIMMA di negeri yang ditawan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri supaya menyertai mereka, ” tuduh presiden Kimma lagi.


Nak bohong pun, biarlah berpada-pada. Jangan nampak sangat bodohnya. Semua dah tahu, hangpa sengaja buat provokasi konon nak bagi pemimpin BN terima hangpa.

Selepas duk kata orang sogok dia, lepas tu mengaku pulak dirinya setia kat BN. Kan nampak semacam mengampu agar dapat perhatian. Ces...cara murahan! Konon BN kenalah terima hangpa sebab hangpa jenis tak kebuluq RM55 juta tapi lebih dari itu...baru gelap mata...Ala RM55 juta apa kelas, kalau masuk BN lagi banyak dapat woo. Taktik..taktik...



Sumber

Apr 18, 2011

Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim


Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.

Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.

Apr 17, 2011

BN jangan ‘terlalu pemurah’ layan masyarakat Cina kata Awang Selamat dalam Utusan

Awang Selamat BN jangan ‘terlalu pemurah’ layan masyarakat Cina April 17 2011 KUALA LUMPUR 17 April — Akhbar milik Umno parti teras Barisan Nasional BN hari ini menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu “pemurah” dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak semalam Mingguan Malaysia yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan “mengubah kerajaan negeri” sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu Pada pilihan raya negeri 2006 BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini Begitu juga undin popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu “Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud “Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi Ternyata rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP ” kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia hari ini Dalam ruangannya Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu Katanya Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi dan mesej yang jelas perlu disampaikan Awang Selamata juga mahu Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN Kata Awang Selamat banyak pengajaran perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 “Sekali lagi sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN Awang percaya sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama “Hakikatnya selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan ” katanya lagi Akhbar itu juga mahu BN tidak mengharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri Sebaliknya kata Awang Selamat BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu “Itu risiko besar maknanya Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP “Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri Jika pun pengundi Cina terus menolak BN janganlah bimbang akan ada jalan keluarnya ” katanya lagi Tulisan Awang Selamat pergi ke depan satu langkah dengan berkata keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum Oleh itu katanya BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina walaupun senario itu mahu dielakkan “Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia Jangan yang dikejar tidak dapat yang dikendung keciciran “Dengan sokongan bumiputera Melayu kaum India dan etnik lain yang kian meningkat potensi BN untuk menang tetap besar ” katanya lagi Awang Selamat berkata lagi jika ada pertambahan peratusan kecil pengundi Cina itu bonus dan semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru “Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang ” katanya lagi.

Awang Sanal bingung, kecewa

BERSAMA DENGAN PENGADU



PASIR GUDANG – Hasrat seorang bapa untuk melihat satu-satunya anak lelaki dalam keluarga bersekolah masih samar apabila usahanya untuk mendaftarkan persekolahan anak ketiganya itu gagal.

:Awang Sanal Abdullah, 51, berkata, hatinya tertanya-tanya apabila anak lelakinya, Madsheikh, 7, tidak dapat didaftarkan sekolah, sedangkan dua anak perempuannya tidak bermasalah.

Menurutnya, alasannya yang diberikan pihak berkenaan apabila surat beranak Madsheikh tercatat status warganegara masih belum ditentukan sedangkan dia dilahirkan di Seri Alam.

“Surat beranak anak pertama dan kedua saya mempunyai binti dan berstatus warganegara dan kini belajar di sekolah menengah dan sekolah kebangsaan.

“Tetapi saya pelik anak ketiga dan keempat saya tidak mempunyai bin dan berbintikan saya, malah lebih merumitkan keadaan apabila status warganegaranya tercatat masih belum ditentukan sedangkan kami orang tempatan,” katanya ketika hadir ke Pusat Aduan Rakyat (PAR), di sini.

Awang Sanal berkata, hatinya luluh setiap kali pulang dari bekerja kerana anak lelakinya menerkam ke arahnya sambil bertanya bila dia boleh ke sekolah seperti kakak dan rakan-rakannya.

Menurutnya, pelbagai usaha dibuat termasuk merayu kepada guru besar sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan kebenaran mendaftar anaknya sekolah, tetapi tetap tidak membuahkan hasil.

“Saya masih boleh menerima anak tidak mempunyai ’bin’ dan ’binti’ kerana kami bernikah secara adat di Tawau, Sabah sehingga tidak memiliki sijil nikah yang sah.

“Tetapi saya sedih apabila status warganegara anak saya masih belum ditentukan sehingga menimbulkan masalah untuk mendaftarkan persekolahan,” katanya.

Awang Sanal mendakwa, lebih menimbulkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan bayaran RM50 tidak seperti warga tempatan lain ketika mendapatkan rawatan di hospital kerajaan ketika anak bongsunya demam.

Menurutnya, warga tempatan termasuk Cina dan India hanya dikenakan bayaran RM1, tetapi disebabkan status warganegara masih belum ditentukan menyebabkan anaknya dicaj seperti warga asing.

“Saya pernah beberapa kali menangis kerana buntu memikirkan masa depan dua anak saya terutama apabila kami tiada lagi di dunia ini, sedangkan kami warga tempatan.

“Saya rayu pihak bertanggungjawab dapat membuat semakan dalam perkara ini kerana besar harapan saya untuk melihat anak-anak saya mendapat pendidikan yang sempurna,” katanya.

KEPUTUSAN MUKTAMAT MEMEHAK KEPADA BN untuk KEKAL BERKUASA

Rakyat Serawak bukan lagi seperti "katak dibawah tempurung", walau bagaimanapun mereka juga tidak seperti "katak dalam kotak kaca".

Pilihanraya DUN Negeri Serawak telah berakhir dan keputusan muktamat juga telah diumumkan. Apa yang perlu setiap janji-janji semasa kempin sejak hari penamaan calun hingga hari mengundi, dan BN telah berjaya mempertahankan Kerajaan Negeri Serawak.
Kekalnya kerajaan Serawak kpd BN adalah sangat tidak menggairahkan, kerana peratus pengundi turun mengundi kurang dari yang dijangkakan.
Kepada PR yang begitu berhajat untuk membentuk Kerajaan Negeri diSerawak dan keputusan muktamat adalah gagal.Kegagalan tidak beerti terus gagal dan perlu muhasabah dimana yang perlu dianalisakan. Ada baiknya kegagalan itu, akan lebih merangsang kepada mempertahankan beberapa buah negeri Kerajaan PR diSemenanjung untuk kekal berkuasa. Jika Negeri-Negeri pemerintah Kerajaan PR pada PRU13 nanti gagal untuk mempertahankan kuasa, ini bermakna pengundi berubah arah. Untuk kekalkan kemenangan, perlu analisa dimana ada kepincangan, perlu diperbetulkan.
. Apa yang terbaik, bermula dari sekarang, DAP, KEADILAN dan PAS yang sejak kemenangan lepas telah membentuk Pakatan Rakyat (PR) perlu kerja lebih mantap. Bukannya masing-masing membuat hal sendiri dan mengabaikan hak suara pengundi memberi pendapat.
Tahniah kepada pengundi-pengundi Serawak kerana memberi satu tamparan hebat kepada BN untuk kekal memerintah dan apa yang dijanjikan BN, rakyat Serawak berhak menuntut sepertimana mereka janjikan.

Apr 16, 2011

TERKINI : BN MENANG !!! LEBIH 2/3 !!! TIDAK RASMI!

Setakat ini Ringkasan Keputusan tidak rasmi BN 55 kerusi Pembangkang 16 kerusi keseluruhan 71 kerusi akan dikemaski dengan terperinci!

SPR cuba ubah keputusan pilihan raya?

Saturday, April 16, 2011.....KUCHING: Satu penipuan terancang sedang dilakukan oleh SPR bagi mengubah keputusan pilihanraya Negeri Sarawak, dengan enggan memberi salinan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.

Borang 14 ialah borang jumlah pengiraan di peti-peti undi. Menurut undang-undang, salinan borang yang ditandatangani itu mestilah diserah kepada petugas parti-parti yang bertanding.

Hak utk mendapatkan Borang 14 adalah mengikut peraturan 25 (12) (B) ii undang2 perjalanan pilihanraya 1981.

“Kami banyak menerima laporan bahawa pegawai-pegawai SPR enggan menyerahkan Borang 14 kepada kebanyakan petugas-petugas KEADILAN dan DAP. Ini tidak mustahil adalah satu bentuk penipuan bagi mengubah keputusan awal,” kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, motif ini semakin jelas apabila Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat kenyuataan bahawa jangan mempercayai laporan SMS dan Twitter.

“SMS dan Tweeter melaporkan jumlah pengiraan undi berdasarkan perkiraan dari peti-peti undi yang didapati dari petugas-petugas. Kenapa beliau harus bimbang dengan laporan SMS ini jika beliau tidak mempunyai niat untuk mengubah keputusan?” tanya Saifuddin.

Tambahan pula malam tadi, Aziz memberi amaran melalui berita TV supaya petugas-petugas parti tidak mengganggu tugas SPR.

Pas kalah di Beting Maro

Keputusan tak rasmi di N 24 Beting Maro : BN menang majoriti 436. PAS =2578 : BN 3014

Keputusan awal: Pakatan - 8, BN - 4

Pengiraan undi telah bermula di pusat-pusat undi tertentu yang telam ditutup. Kecuali dinyatakan, berikut adalah keputusan tidak rasmi:
LAPORAN LANGSUNG

3.44pm: Baru Bian dalam twitternya menulis belias sedang mendahului sekitar 300 undi di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi:

PKR - 1747
BN - 1270
Majoriti - 477

3.33 pm: PAS dijangka sukar membuat kejutan pada pilihan raya ke-10 Sarawak ini. Daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, setakat ini keputusan awal tidak rasmi menunjukkan calon-calonnya masih ketinggalan.

Berikut antara kerusi tersebut:

N 22 Sebuyau
PAS - 698 undi
BN - 1,860 undi
Bebas - 44 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 184 undi
BN - 763 undi
Bebas - 32 undi

N22 Sadong Jaya
PAS - 163 undi
BN - 448undi
Bebas - 29 undi

Bagi kerusi N 24 Beting Maro setakat ini masih belum menerima apa-apa keputusan. PAS belum pernah memenangi sebarang kerusi di DUN Sarawak sebelum ini.

3.30pm: Meradong - Calon, DAP Ting Tze Fui sedang mendahului calon Supp Ling Thai King. Ini adalah kerusi majoriti pengundi Cina.

Berdasarkan sambutan terhadap ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, BN dikatakan sukat mempertahankan kerusi-kerusi mereka sekitar bandar-bandar utama itu.

Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim dalam twitternya menulis DAP juga mendahului di semua enam saluran yang sedang dikira.

3.20pm: Setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di Tanjung Datu, Sebuyau, Sadong Jaya, Saribas dan Beting Maro.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan DAP - PKR - PAS pula sedang mengatasi lawan mereka di Krian, Ba'kelalan, Kakus, Tamin, Jepak, Tebedu, Tarat, Meluan dan Bawang Asan.

3.15pm: Sumber DAP pula mendakwa di Bawang Asan, parti itu sedang mendahului 99 undi berbanding 68 yang diperolehi oleh Supp.

3.05pm: Saribas - dilaporkan BN sedang mendahului dengan 872 undi daripada 2000 undi yang telah dikira.

3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu.

Katanyanya dengan hanya satu lagi kotak undi yang belum dikira, PKR sedang mendahului SPDP.

PKR - 2,335
SPDP - 1,185

3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu.

Katanyanya dengan hanya satu lagi kotak undi yang belum dikira, PKR sedang mendahului SPDP.

PKR - 2,335
SPDP - 1,185

3.00pm: Menurut sumber PAS, keputusan terkini adalah seperti berikut:

N 22 Sebuyau
PAS - 612 undi
BN - 1,409 undi
Bebas - 37 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 127 undi
BN - 636 undi
Bebas - 11 undi

2.46pm: Sumber Pakatan mendakwa ketua PKR Sarawak Baru Bian berjaya merampas Ba'kelalan. Mereka dikatakan sedang mendahului dengan 200 undi manakala beberapa kotak undi yang semuanya di kubu kuat PKR belum dikira.

Semua pusat undi telah ditutup pada jam 1 petang tadi.

2.41pm: Sumber BN mendakwa Semop berjaya dipertahankan parti itu.

Keputusan tidak rasmi:

BN - 8891
PKR - 3546
Bebas - 538
Majoriti - 3008

2.30pm: Di semua kerusi yang ditandingi PAS, pengiraan awal menunjukkan calon-calon BN terus mendahului. Berikut keputusan tidak rasmi:

Tanjung Datu
PAS - 111
BN - 568
Bebas - 11

Sebuyau
PAS - 249
BN - 691
Bebas - 13

Saadong Jaya
PAS - 48
BN 306
Bebas - 27

Beting Maro
PAS - 144
BN - 223
Bebas - 2

Satu lagi kerusi yang ditandingi oleh PAS, Muara Tuang belum ada lagi keputusan.

2.10pm: Menurut sumber BN, PBB juga mendahului di Bukit Saban:

PBB - 89, PKR - 1, Bebas - 0

1.55pm: Di Saribas, BN mendahului dengan 594 undi daripada 1,400 yang dikira.

1.50pm: Menurut PKR, keputusan agak sengit di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR Baru Bian mendahului:

PKR - 596
BN - 525

1.30pm: Menurut BN, PBB mendahului calon PAS di Beting Maro 288 - 144.

12.54am: PKR mendakwa mereka mendahului di pengiraan awal di Layar dan Meluan.

Namun di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi daripada enam pusat undi yang telah dikira. Ini hanay 10 peratus daripada jumlah pengundi.

Saribas dikatakan antara kerusi yang PKR mempunyai peluang cerah untuk menang. Pada pilihan raya lalu BN hanya menang dengan 94 undi.

12.49am: Keputusan tidak rasmi lain dari ibu pejabat PKR:

Kakus

PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin

PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kerusi itu mempunyai majoriti pengundi Iban.

12.30pm: Ketua PKR Sarawak Baru Bian menghadapi saingan sengit daripada sepupunya Willie Liau di Ba'Kelalan, sebuah kawasan bukit bukau yang bersempadankan Kalimantan di Indonesia.

Ba'Kelalan adalah kerusi paling kecil di Sarawak dengan jumlah pengundi hanya 6,958 orang.

Undi sedang dikira. Setakat ini, keputusan tidak rasmi:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi

BELUM SAH: LAGI TAPI PKR DAH MENDAHULUI BN

KEPUTUSAN TERKINI : PRN SARAWAK JAM 14.51: PAKATAN RAKYAT 7 BN 1



Posted by Warta 365 at 2:52 PM


7

Layar

Meluan

Kakus

Tamim

Jepak

Tasik Biru

Ba'Kelalan


7

Layar

Meluan

Kakus

Tamim

Jepak

Tasik Biru

Ba'Kelalan

BN cuma 1

CERAMAH ANWAR MALAM TERAKHIR

CERAMAH ANWAR MALAM TERAKHIR

Tunggu maklumat terkini dari sahabat dari Sarawak

Kalau saya dapat maklumat dari sarawak saya akan kemaskini

VIDEO INI MENARIK BUAT PENGAJARAN PADA BN

orang semenanjung patut rasa malu, kalau tak nak berubah bila tengok video ini orang iban maki tTaib dan Bn .

Apr 15, 2011

Awas Taktik BN Menjelang Hari Mengundi Esok

 

KUCHING 15 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya tidak menyogok pengundi atau menggunakan taktik licik lain untuk "membeli" kemenangan pada pilihanraya negeri Sarawak esok.
Anwar berkata Pakatan Rakyat yakin akan memperolehi sokongan pengundi yang menjangkaui sasaran awal namun gagasan itu was-was dengan taktik-taktik kotor BN yang digunakan pada masa-masa lalu untuk mempengaruhi pengundi.
“Kami sangat optimistik, kami bergerak menjangkaui (matlamat menafikan majoriti dua pertiga BN), kami bergerak untuk menafikan monopoli BN di negeri ini,” Kami berusaha kerja meskipun kami tahu ia adalah satu tugas yang sukar," Anwar memberitahu pada sidang akhbar di Kuching.
“Jika proses (pilihan raya) adalah bebas dan adil dari peringkat awal lagi, saya tidak ragu-ragu mengenai (peluang itu)... bagaimanapun, kami melawan keseluruhan jentera kerajaan. Kami prihatin dengan perkembangan sepanjang beberapa jam akan datang,” katanya lagi.
Pemantau-pemantua bebas pilihanraya iaitu S.Ambiga, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Steven Ng dilarang memasuki Sarawak untuk mengikuti sejauh mana pilihanraya diadakan secara bebas dan adil.
Selain itu portal berita TVSelangor, Malaysiakini, Sarawak Report dan HarakahDaily digodam untuk mengekang laporan-laporan yang mendedahkan kepincangan Taib dan kerajaan pimpinannya.

Media arus perdana pula diarah untuk tidak menyiarkan ceramah-ceramah pembangkang yang menarik kehadiran tinggi. Sebaliknya tumpuan diberikan untuk mengkitar semula "cerita-cerita lama" bagi menfitnah Anwar yang menerajui kempen Pakatan di Sarawak.
Tv3 contohnya menyiarkan rakaman wawancara dengan blogger Raja Petra Kamaruddin yang mengkritik Anwar. Wawancara itu dirakam dua bulan lalu tetapi hanya disiarkan diambang pilihanraya negeri Sarawak. 
Selain itu, Putrajaya mengarahkan kakitangan agensi-agensi persekutuan seperti Kemas, JASA dan Tekun menginap bersama penghuni rumah panjang untuk memberi tekanan kepada mereka supaya mengundi BN.
Pemimpin-pemimpin BN mengakui parti pemerintah yang menguasai 63 daripad 71 kerusi di DUN Sarawak kini berhadapan dengan saingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negeri itu.
Keresahan rakyat banyak berpaksi kepada dakwaan rasuah dan salah guna kuasa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Perdana Menteri Najib Razak terpaksa menghabiskan seminggu berkempen untuk menarik sokongan bagi Taib khususnya di kawasan bandar.
Anwar berkata kehadiran tinggi rakyat Sarawak pada ceramah-ceramah PR tetap konsisten sejak hari pertama kempen dan menempelak dakwaan BN kononnya pengundi memberi sambutan suram kepada pembangkang.
Anwar berkata mesej yang di bawa oleh Najib tidak berkesan untuk mengatasi masalah-masalah parah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak.
"Sekarang kita tahu adalah apa yang disebut Najib mengenai tranformasi dan pembangunan Sarawak adalah retorik kerana masalah tanah (rakyat yang dirompak) pun tidak diselesaikan," tegasnya.
Anwar yang jua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memberi ingatan kepada pentadbiran Najib supaya tidak mencemarkan proses pilihanraya aya yang sepatutnya berlangsung secara demokratik.
"Setakat ini, media tidak bebas dan memberi proses demokrasi...saya ingin memberi ingatan: jangan dikhianati amanah (pilihan raya) ini.
"Ada yang mereka (pengundi Sarawak) melebihi kebimbangan dengan asakan-asakan (daripada jentera kerajaan dan Barisan Nasional)," ujarnya.
Dalam perkembangan yang lain, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa di Markas Operasi di Taman Permatang Jaya dalam Dun Tupong turut mengakui bahawa Barisan Nasional kian cemas.
Beliau menyuarakan rasa yakin bawa lima Dun yang ditandingan PAS akan menerima sokongan yang lebih besar dalam pilihan raya kali ini.Sumber

Anwar : Siapa Arahkan UTK Bunuh Altantuya?

 

KUCHING 15 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab persoalan  siapa yang mengarahkan dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata persoalan mengenainya gagal dijawab Najib sehingga hari ini.

Anwar merujuk kepada akuan-akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P. Balasubraminiam dan Raja Petra Kamaruddin pada 2008.

Menurut Anwar, pendedahan-pendedahan yang dibuat dalam akuan bersumpah tidak dijawab oleh Najib.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Raja Petra dalam temu bual bersama Tv3 oleh wartawan dari sebuah syarikat televisyen swasta.


Pengarang Malaysia Today itu dalam temu bual bersama Tv 3 semalam menafikan beliau percaya Rosmah Mansor hadir di tempat kejadian  Altantuya Shaariibuu  dibunuh.

Namun ia hanya bertujuan untuk menarik perhatian supaya polis menyiasat kandungan keterangan bersumpah yang dibuatnya.

Raja Petra sekali lagi menegaskan kenyataan bersumpah yang dibuat oleh beliau adalah berasaskan maklumat bahawa perisikan  Angkatan Tentera Malaysia mempunyai sebuah laporan mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera apabila Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.

" Saya tidak mahu jawab sekarang tentang isu ini.  Biar hari ini kita tumpukan sepenuhnya kepada piliharaya Sarawak dan kesedaran baru rakyat Sarawak untuk membuat perubahan.

" Pada 17 hb, mereka (media arus perdana) boleh teruskan serangan peribadi terhadap saya  seperti biasa. Tapi hari ini biar kita fokus sepenuhnya kepada Sarawak," kata Anwar pada satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Kuching hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Tv3, RTM dan media milikan Umno-BN boleh 'mula' membuat serangan kembali ke atas Anwar tepat pukul 6 petang selepas semua pusat pembuangan undi ditutup esok.

" saya hendak Najib jawab umpamanya akuan bersumpah Bala bahawa beliau mengenali Altantuya pada pameran berlian di Singapura. Saya hendak Najib jelaskan ini," katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali dan Penasihat PKR Sarawak, Habsah Harun.